Bab 17

Mystery Completed 8041

BAb 17

Izz hanya mampu melihat mayat naufal dan cikgu zita diusung ke ambulans dari kerumunan pelajar-pelajar yang bersifat ingin tahu itu. Dia beredar dari situ dan bersandar pada tiang. Kepalanya dihentak-hentak berulang kali. Sakitnya tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan yang dirasai cikgu zita dan naufal ketika roh ditarik keluar dari jasad. Air matanya sudah bergelinang. Hatinya asyik menyumpah-nyumpah dirinya menyalahkan diri sendiri.

"Andai kata aku tak paksa kau join aku, mesti kau masih hidup dan bernafas di muka bumi ni. Ini semua salah aku! Aku yang bodoh, aku yang bunuh kau! Naufal!" Katanya separuh jerit. Dadanya dipukul-pukul menahan sakit. Pedihnya tak terkira tapi pasti tak sepedih tikaman di abdomen naufal yang membawa maut.

Ally menepuk-nepuk bahu izz. Tipulah kalau dia kata dia tak menyalahkan izz tapi ada naufal ataupun tidak, cikgu zita tetap terbunuh dalam stor itu. Mungkin bersama orang lain.

Setelah sejam, baru mayat cikgu zita dan naufal ditemui di dalam stor oleh tukang bersih yang menguruskan bilik itu. Sehingga kini makcik tu histeria semacam. Kalau aku pun mesti susah nak lupakan kalau jumpa orang mati depan mata aku.

Polis tidak membenarkan seorang pun keluar dari kawasan sekolah kerana mereka yakin suspek adalah orang dalam. Mungkin kakitangan, guru atau pelajar.

Naufal tak pernah ada musuh walaupun dia nakal. Segarang-garang cikgu zita, semua pelajar sayangkan cikgu matematik tambahan itu. Jadi siapa punya angkara ni?

Wafiy? Tidak. Dia senantiasa di sisi izz ketika membersihkan stor sukan sehinggalah dikhabarkan mereka berdua mati dibunuh.

Para pelajar perempuan dan lelaki diasingkan dan disuruh pulang ke dewan dan perpustakaan atas perintah berkurung.

Syira termenung sepanjang waktu berkurung. Mana taknya, orang yang disayangi mati sebegitu. Syirpa meraup muka. Ya Allah kuatkan hatiku. Sekuat mana dia tahan kesedihan, air matanya pasti jatuh jua.

"Kan aku dah bagitahu, wafiy ni akan bawa sial dekat sekolah ni. lima orang dah dia bunuh. Sorang pulak jadi gila," bisik seorang perempuan kepada kawannya berdekatan dengan syira.

"Kau diamlah! Kau nampak ke wafiy yang bunuh dorang semua? Kau ada bukti mengatakan dia punca semua ni?" Syira naik angin. Dia bangun dan merenung pelajar perempuan itu dengan tajam. sudahlah naufal baru sahaja meninggal dunia, sekarang sibuk pula mereka menuding jari. Sudah sah-sah pembunuh tu yang patut disalahkan.

"Eh, aku cakap perkara yang benar. SIapa jer yang mati setakat ni? Pelajar 5sains kan? Dan sejak bila benda ni berlaku? Sejak wafiy tu datang! Dan pakwe kau tu mati sebab dia! Kau masih nak pertahankan wafiy?" Pelajar yang tadi bangun bercekak pinggang. bengang apabila dia ditengking sebegitu. Lantaklah dia pelajar popular ke apa.

"Kalau terbukti wafiy tak bersalah, adakah kau nak makan balik ludah kau tu huh?"

Wafiy segera menarik syira dan beredar bagi meleraikan situasi tegang itu. Sesampai sahaja di koridor, syira duduk memeluk tubuh menangis sepuas-puasnya. Wafiy di sebelahnya dipeluk erat. Tiada lagi rasa takut yang sama dia pernah anggap pada wafiy.

Wafiy menepuk-nepuk belakang badan syira dan membiarkan gadis itu meluahkan segala isi hatinya.
..

Izz menghempaskan kepalanya ke bantalnya serta memandang kipas yang ligat berpusing di siling. Fikirannya sudah merewang entah ke mana. Mengimbas segala memori yang dia jalin bersama naufal ketika kecil.

"Woi hati-hatilah!" Jerit naufal ketika izz hampir sahaja melanggar tiang lampu dengan motorsikal kesayangannya itu. Ah sudah, calar jugak motor aku budak bertuah tu buat.

Gedebush!
Tak semena-mena bunyi sesuatu jatuh ke dalam air kedengaran. Naufal segera mendekatinya. Sesampai sahaja di situ, naufal ketawa berdekah-dekah melihat izz basah lencun dalam parit sawah. Mujurlah izz sahaja yang terjatuh ke dalam parit. Motornya selamat landing di atas semak-samun.

Izz berang dan memukul air kepada naufal.

"Woi berhenti! Kotor lah!" Naufal menjerit-jerit sambil melompat cuba mengelak tempias air parit yang berwarna coklat teh tarik itu. Izz ketawa besar. Haa padan muka , ketawakan kawan lagi!

Izz tersenyum dengan airmata perlahan-lahan mengalir ke pipi. Memori ketika dia berumur 15 tahun dengan naufal di kampung ligat bermain di fikirannya. Ketika itu dia baru berjinak-jinak belajar menunggang motor dan motor suzuki naufal juga yang jadi mangsa sehingga rosak akibat terlanggar kereta orang. namun naufal tidak marah ataupun meminta ganti rugi. Dia tetap tabah mengajarnya menunggang motorsikal sehingga mahir.

..

Ally melepaskan keluhan berat. nak nangis tapi takde air mata. Dia hanya duduk bersantai di atas tangga padang bermain-main dengan daun kemuncup yang ditemuinya tadi. Dia dan naufal sudah lama berteman sejak kecil dan daun kemuncup itu penjalin hubungan persahabatannya.

Bunyi derapan tapak kaki kedengaran mendekatinya. Dia mengangkat muka dan terkesima. Itu gadis yang ditemui kelmarin! Apa dia buat di sini? Ally memerhatinya melintasinya. Gadis itu menuju ke padang.

Baru dia teringat, kelmarin gadis itu lesap di padang. adakah kali ini dia akan lesap sekali lagi? Ally segera bangun dan senyap-senyap mengikuti gadis itu menuju ke dua per tiga sisi padang. Agak jauh tapi sebab ingin tahu sangat kuat dalam dirinya dia ekori jua.

Ally berhenti apabila gadis itu berhenti di bawah sepohon pokok yang rimbun. Jaraknya di antara gadis itu hanya tiga meter. Gadis tu langsung tak terperasankan aku ke?
Banyak persoalan berada di mindanya. Apa gadis itu buat di sini? Dia tak ikut perintah berkurung ke? APa dia tengok kat tanah tu?

Ally semakin pelik apabila gadis itu menguis-nguis tanah dengan tangannya sehingga kotor. Seketika kemudian dia berhenti dan mula menangis, merisaukan ally.

"Eh, awak kenapa nangis ni?" Ally berani mendekatkan dirinya pada gadis aneh itu.
Gadis itu mendongak dan dia seraya bangun menghadap ally.

"Awak tolong saya!"

"Tolong apa?" Ally tergaru-garu kepala. Mengapa pula aku kene tolong dia ni?

"Tolong gali tanah tu," pinta gadis itu sambil menunjukkan tanah yang dia kuis tadi lalu ke penyangkul yang terbiar di hujung tangga. Tanpa berfikir panjang dia segera berlari mendapatkan penyangkul itu dan kembali. Dengan sekuat tenaga dia gali tanah tersebut entah berapa dalam dia tidak pasti mungkin ada sesuatu barang dia la kut.
Setelah 15 minit dia melakukan kerja gila itu di sisi gadis itu, tiba-tiba dia berundur selangkah dan menjatuhkan penyangkul dari tangannya. Jantungnya berdegup pantas lalu memandang gadis yang masih menangis itu dengan seribu soalan.

"Apa benda ni," soalnya sambil melihat sesuatu yang digalinya dari dalam tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience