Bab 15
Habis berselerakan majalah-majalah sekolah lama di atas lantai yang berdebu. tak cukup dengan itu dia mengeluarkan segala isi surat khabar lama yang tersimpan kemas dalam almari. Namun dia tidak menjumpai apa yang dia hendaki. Dia hampa dan mula meroyan. Rambutnya yang dibasahi peluh semakin serabai dek asyik di serabutkan kerana tertekan apabila sesuatu yang dia cari di dalam stor tidak dijumpai. Dia harus mencarinya sebelum orang lain jumpa kalau tidak, nahas. Semuanya akan terbongkar.
Sudahnya dia berhenti melakukan aoa yang sedang dia lakukan. Dalam keadaan keliru dan stress, dia kembali mengunci stor lama sekolah dan berlalu pergi tanpa mengemaskan barang-barang yang telah dia selerakkan. Keluhan kasar dilepaskan. Mungkin lain kali dia akan mencarinya sekali lagi dan pasti dijumpai.
..
Para pelajar yang telah mendaftarkan diri berkumpul di tapak perhimpunan selaras dengan perintah guru. Atmosfera semakin panas dan mula membuatkan para pelajar tidak selesa. Selagi semua orang belum habis mendaftar, mereka perlu tunggu sebelum acara dimulakan. Haih rimas.
Izz melilau sekeliling. Orang yang dicarinya sejak dari tadi tidak ditemui. Risau kalau dia tidak hadir. Boleh luntur semangat dia nak berkhemah macam ni. Mahunya dia minta dipulangkan menangis-nangis.
Ally yang terperasankan kawannya itu gelisah semacam mula berlawak bodoh
"Kenapa kau ni? Rindu selimut hello kitty kau tu ker?" Ally ketawa terbahak-bahak. Dia teringat petang semalam ketika izz menanyakannya jika ada selimut lebih kerana dia hanya mempunyai selimut hello kitty . XD
Izz menjeling tajam. Mahu saja tangannya laju menampar-nampar ally namun ditahan memandangkan beberapa pelajar perempuan memerhatinya. Pelik kut tengok budak ensem masuk perkhemahan.
"Baiklah para pelajar semua. Kamu akan dibahagi mengikut beberapa kumpulan. Sila ke kumpulan kamu sekiranya nama disebut," suara cikgu rasyid berkumandang. Satu persatu nama pelajar disebut.
"Izz, Ally, Wafiy, Naufal, syira..." apabila nama wafiy disebut bersamanya, izz melonjak gembira. Dia datang rupanya tapi di mana.
Lautan pelajar itu semakin bergelora mendengarkan nama wafiy. Masing-masing merasakan dirinya malang. Pasti akan ada apa-apa berlaku. Mereka yakin itu.
Wafiy terpacul di hadapan ahli kumpulannya namun tidak bersuara. Dia menjauhkan jaraknya dengan mereka.
"Takpe wafiy. Aku akan pastikan kau bukanlah dalang sebalik semua ni," getus hati kecil izz sambil menatap pilu gadis itu. Entah sejak bila dia mula tertarik pada wafiy cuma tiada siapa yang perasan mahupun diri sendiri.
Seorang guru wanita berbaju kurung merah menerpa mereka dengan senyuman.
"Tak sangka kamu semua anak-anak kumpulan saya, ya," cikgu zita ketawa kecil. Izz dan kawan sekumpulannya sudah mengeluh. Kenapalah dapat cikgu yang sama aje.
"Okay, dah semua, pelajar lelaki kemas barang kalian di dewan sekolah. Pelajar perempuan pula di perpustakaan. Di situ tempat kamu tidur. Jadi saya beri kamu 20 minit untuk mengemas. Cepat pergi sekarang," perintah cikgu zita sambil mengibas tangannya kepada mereka seperti menghalau kambing.
Mereka pergi dengan langkah yang longlai. Kenapalah cikgu yang garang jadi pembimbing mereka.
"Aku tak sedap hati," kata naufal ketika sedang mengemas beg pakaiannya di sebelah izz.
"Kenapa pula?"
"Aku tak pasti tapi mungkin sebab wafiy?"
"Apa masalah wafiy dalam perkara ni?" Izz seperti tidak suka.
"Entah. Cuma perasaan aku tak tenang. Aku yakin ada sesuatu bakal menimpa kita. Kau tahu kan aku ni seorang yang tak percaya perkara karut? Tapi harini aku rasa lain,"
"Sudahlah kau. Kau mesti takut sebab malam ni ada night walk kan? Hahaha," izz berlalu pergi dengan sisa ketawanya meninggalkan naufal yang masih bergelora. Dia harus tenang.
Para ahli kumpulan menghadap cikgu zita yang sedang memberikan sesuatu yakni jadual aktiviti. Izz melihat senarai itu dan memang benar ada night walk malam ni. Dia memandang naufal. Riak naufal memang tidak berubah. Masih dalam kegusaran. Ah biarlah dia. Kemudian dia beralih pada wafiy. Wajahnya tenang.
"Okay, pelajar, aktiviti pertama kita adalah gotong royong. Setiap kumpulan ada tempat masing-masing jadi tempat kita adalah stor. Sekolah ini ada 4 stor semuanya. Jadi 2 orang setiap kamu akan dipecahkan dan mula memebersih. Faham?"
"Tapi cikgu, kami ada tujuh orang sahaja," akmal bersuara, selaku ketua kumpulan.
"Sebab itulah salah seorang yang bertuah akan bersama cikgu bersihkan stor majalah. Dan orang yang bertuah itu adalah naufal!"
Naufal bungkam. Ah sudah. Baru ingat nak bersama-sama dengan syira namun meleset.
"Ally bersama akmal. Izz bersama wafiy dan syira bersama siti. Tepat jam 6 petang, stor sudahpun kemas dan bersih. Jadi selama 2 jam yang diberikan, kamu semua perlu tunjukkan kerjasama antara rakan setugas kamu untuk melakukan kerja," ujarnya sebelum mengalihkan pandangan pada wafiy. PEmecahan kumpulan dibuat melalui undian rawak. DIa sangat berharap dapat bekerja dengan wafiy namun izz yang dapat. Naufal pun naufal lah. Izz, tolong berbaik dengan wafiy.
Cikgu zita dan naufal sampai ke stor majalah yang terletak di hujung blok D. Kelihatan seorang tukang bersih sedang merungut sendirian. Segera mereka mendekatinya.
"Kenapa ni makcik?" Tegur cikgu zita dengan sopan.
" ini haa, saya buka sahaja stor, habis berselerak macam ada gempa bumi sahaja. Setahu saya, sebulan lepas saya sudah membereskannya dan mengunci dengan baik.
Kepala cikgu zita dijegulkan sedikit melihat keadaan bilik stor tersebut. Ya, memang macam tongkang pecah.
"Takpe makcik. Hari ni makcik rehat je. Saya dan naufal akan bersihkan stor ni dan kembali kemas dan teratur. Saya janji itu,"
Tukang bersih itu mengangguk dan berlalu pergi membiarkan mereka berdua.
Naufal melepaskan keluhan berat. Banyaknya tugas. Awal-awal sudah berpenat lelah.
Cikgu zita menyinsing lengan bajunya.
'Baiklah mari kita mula,"
Naufal mengikuti. Rak yang terjatuh itu dia naikkan semula kemudian mengutip buku-buku majalah sekolah lama di atas lantai. Kain lap dicapai dan mengelap debu-debu yang terlekat padanya. Majalah 10 tahun lepas itu disimpan kembali di atas rak dan mengutip yang lainnya.
Tiba-tiba langkah berhenti apabila terlihat majalah tahun 1995, 20 tahun yang lalu di hadapan kakinya. Hatinya berdegup kencang berpenasaran untuk melihat isi kandungnya. Dia mengambilnya dan lari ke sebalik rak bersembunyi dari cikgu zita yang sibuk menyusun surat khabar.
Dia segera membuka halaman yang memaparkan pelajar kelas 5 sains. Terpampang 25 gambar wajah para pelajar beserta nama. Dia lihat satu persatu. Adakah wajah pelajar yang bunuh diri itu di situ.
Matanya terhenti pada satu gambar. kemudian menyorot pada dua gambar lain. Matanya membulat. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya. Segera dia mendekatkan gambar pelajar itu ke matanya. Ya, memang jelas lagi, wajah mereka. Wajah mereka memang persis seperti yang dikenalinya. Kemudian dia membaca nama yang tertera. Ya, memang benar itu mereka!
Share this novel