Bab 20

Mystery Completed 8041

?Bab 20

Azura menampar pipi farah sekuat hatinya sehingga merah pipi perempuan itu. Pertemuan mereka jauh di tepi padang.

"What the hell are you doing!" Marah farah sambil menggosok pipinya yang sakit.

"Apa yang kau dah buat pada wani? Kau dah gila ker! Aku tak suruh kau buat kerja kotor macam tu! Aku dah suruh kau berhenti, kan! kau dah bunuh wani!"

Farah mencebik.
"Bila masa pulak kau kisah pasal dia? Bukan kau benci dia ker? Patutnya kau gembira sebab dia dah mampus!"

Sekali lagi pipinya ditampar azura.

"Aku akan laporkan hal ni pada polis, biar kau dengan konco-konco kau masuk penjara!"

Sebelum azura beredar, dia ditarik oleh farah. Farah tidak mahu kelakuannya terbongkar. Azura mengaduh sakit akibat digenggam erat tangannya oleh farah.
Mata farah mencari-cari batu di sekeliling. Mungkin dengan cara itu dia akan senyap. Yah dia jumpa! Satu meter darinya. Dia terus melepaskan azura dan segera mengambil batu itu.

Azura dapat merasakan sesuatu tidak baik. Lantas dia mengambil serpihan besar kaca cermin mukanya yang pecah dari poketnya dan sedia menikam farah sebelum dia yang dibunuh. perlahan-lahan dia mendekati farah tapi kemudian sebuah batu ditetak pada kepalanya.

Azura putarkan badannya. Kepalanya pening dan sakit.

"Harriz?" Ucapnya sebelum rebah. Farah terkejut melihat tubuh azura di atas lantai padang kemudian memandang harriz yang memegang batu besar yang berdarah.

"Sayang, you ok?"
FArah mengangguk laju.
"TAk guna punya perempuan! Dia nak bunuh aku dari belakang!" HErdiknya sambil menendang-nendang azura yang tak sedarkan dirinya.
Apabila azura tidak bergerak. Farah panik. Jangan-jangan dia mati!

"Bie, dia.. dia dah mati!"
Harriz bungkam. Tapi tidak menakutkannya. Segera dia mengambil cangkul yang ditinggalkan oleh pekebun di tangga padang.
Azura diusung berdekatan pokok. Kemudian dia terus menggali lubang yang dalam. setelah selesai, dia mencampakkan tubuh azura ke dalam lalu menutupnya kembali dengan tanah. Harriz memijak-mijak tanah itu supaya mendatar. Beres!

"Dah selesai dah, awak jangan risau. Wani dan azura dah mati," harriz cuba menenangkan farah. Farah kembali tersenyum. Ya semua akan baik-baik sahaja. Tiada siapa akan jumpa azura.

Azura merasakan sakit yang teramat. Nafasnya semakin perlahan. Dia tidak dapat udara yang cukup. Segalanya gelap. Dia sesak kemudian ingatannya hilang. Diam di dalam kubur tak bernama itu.

..

Wafiy kembali sedar setelah dirinya hilang tenaga. Tangan izz yang melingkar di bahunya dipeluk erat. Dia takut. DIa baru teringat siapa wani syawafiy yang sebenarnya.

"Selama ni aku bodoh, tak nampak yang sebenarnya orang yang aku cintai diam-diam curang dengan aku. Harriz yang aku sayang berkomplot dengan kau! Kau tanam aku hidup-hidup dalam lubang yang kecik dan gelap tu! Membiarkan aku mati dalam tu!"

Farah menggeleng laju. Dia pasti azura dah mati sebelum dia ditanam.

"Ini semua salah harriz. Dia yang bunuh kau! Dia yang bunuh wani!"

"Jadi kenapa kau datang balik nak bunuh wafiy? Apa salah wafiy? Memang pada mulanya aku fikir dia adalah wani tapi bukan. Darah wani yang mengalir di dalam darahnya sangat sedikit. dia hanyalah anak saudara wani. Selama ni aku jaga wafiy sebagai tanda membalas balik perbuatan kejam aku terhadap wani. Aku fikir izz harriz adalah harriz tapi aku silap. Izz lebih baik dari harriz," ujarnya sambil memandang izz yang sedang menenangkan wafiy. Hatinya sayu. Sudah suratan takdir dia mati di usia muda.

Farah jatuh terduduk. Dia mahu jadi gila. Kenapa muka mereka sama! Ah, aku tak peduli, aku akan bunuh mereka sama seperti cikgu zita dan naufal! Farah bangun kembali. Dia tidak peduli akan azura. dia segera berlari mengacukan pisaunya ke arah wafiy. Tak semena-mena azura muncul di hadapannya, farah tidak dapat berhenti. Dia terlanggar koridor dan akibat itu, dia tertolak jatuh menyembah bumi.

Ally melihat ke bawah. Farah sudah tidak bernyawa lagi.

Azura memegang pipi wafiy yang sedang lelah. Airmatanya tumpah.

"Maafkan saya kerana menyiksa ibu saudara awak, wani syawafiy. Dia mati dengan sia-sia. Saya juga mati dengan sia-sia. Maafkan saya kerana membunuh dian, hana dan faris. Saya memang dah berjanji untuk lindungi awak. Sekarang semuanya sudah berakhir. Saya akan pergi.."

Bayangan azura hilang dari pandangan. Wafiy tersenyum nipis. Sekarang semuanya sudah berakhir.

..

Ally menampar belakang kepala izz sehingga dia tersodor ke depan. Izz berang lalu memicit hidung kawannya itu.
Ally menepis lalu ketawa.

"Satu... dua... tiga!" Ally dan izz sama sama menayangkan keputusan spm mereka.

"Aaahhh aku kalah!" Rungut ally. Izz mendapat 9A+ manakala dia tercicir mendapat 8A+ 1A.

"Hahaha, jangan lupa belanja kitorang pizza harini!"
Ally keluh. Nasib baik wang simpanan kerja separuh masanya banyak lagi. Salah dia kerana bertaruh.

"Wah, tahniah korang! Tak sangka kita dua dapat straight A+," kata syira sambil menunjukkan keputusannya yang cemerlang pada izz. Izz turut gembira.
Ally mengeluh. Hanya beberapa markah aje nak A+. Bukan rezeki dia.

"Alhamdulillah, akhirnya kita semua cemerlang. Pasti naufal gembira di sana," ucap syira sambil mendongak ke langit. sungguh dia merindui bekas kekasih hatinya itu.

"Yup, alhamdulillah! Semua yang kita lalui bersama akhirnya dibalas dengan keputusan cemerlang,"

Ally dan syira mengangguk. Meskipun naufal tiada bersama, mereka yakin, dia dapat melihat dari atas sana.

Sebelum pulang, izz melihat sekolah itu untuk kali terakhir. dia akan ke amerika syarikat bersama keluarganya bulan hadapan. Ally dan syira turut bakal mengikut haluan masing-masing.

Wafiy? Dia dah berpindah selepas kejadian malam tu. Sampai sekarang tiada khabar berita darinya. Izz sangat berharap dia dapat bertemu wafiy sekali lagi. andai Tuhan mengizinkan.
**tamat*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience