Bab 14
Izz sibuk mengemaskan beg pakaiannya memandangkan esok sudah bermula perkhemahan tersebut. Senarai barangan yang wajib dibawa ditatap sekali lagi agar tiada yang tertinggal.
Pakaian sukan, seluar tracksuit, pakaian biasa, kasut sukan, selipar, peralatan mandi, etc
Dia mengetik barang yang sudah dimasukkan ke dalam beg pakaian dengan pen ke atas kertas senarai. Hampir keseluruhannya sudah disediakan kecuali selimut. Dia buntu mahu bawa selimut apa. Hanya selimut terlipat kemas di atas katilnya yang ada. Dia malu hendak membawanya ke sekolah kerana ia berwarna merah jambu dan bergambar watak hello kitty.
Sudahnya, dia lupakan dahulu masalah selimut itu dan terus ke bilik mandi. Sejurus pulang dari sekolah, dia terus mengemas barang sebelum terlebih dahulu membersihkan diri daripada bau hamis peluh.
Dia membuka pili air dan dapat merasakan air yang hangat menyentuh badannya yang berpeluh. Sangat menyegarkan dan selesa. Dia capai buku sabun dettol yang terletak di sinki dan digosok dengan laju dengan tapak tangannya sebelum menyapu buih sabun yang terhasil ke tubuhnya.
Tiba-tiba dia dapat merasakan ada seseorang di belakangnya namun dia tidak mempedulikannya. DIa teringat akan kejadian terserempak dengan hantu sesat di tangga yang menyebabkan dia cuti sehari. Dia tidak mahu terserempak lagi dengan bayangan yang sama.
Namun seketika kemudian dia menoleh ke belakang dengan riak terkejut. Seketika tadi dia merasakan angin yang sejuk menerpa belakang badannya sedangkan laluan udara berada di atas kepalanya.
Tiada sesiapa di belakangnya. Dengan segera dia menbersihkan sisa-sisa sabun yang masih terlekat di tubuhnya.
"Dalam bilik air pun kau nak ganggu aku ker!" Getus hati kecilnya setelah itu dia mencapai tuala lalu melingkarinya ke pinggangnya. PIli air ditutup dan segera keluar dari bilik mandi.
Selangkah dia keluar dari bilik mandi, kelihatan susuk berwarna putih ditingkapnya. Izz menggosok matanya berulang kali untuk memastikan apa yang dilihatnya namun ia terus hilang dan menebak itu adalah suatu permainan perasaan.
Izz melepaskan lingkaran tuala dipinggangnya lalu menyarung pakaian ke tubuhnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Ada mesej terpapar dan kelihatan nombor yang dikenalinya iaitu naufal.
Dia membuka mesej tersebut. Naufal menyuruhnya segera datang ke dewan bougainvillea. Izz toleh pada jam locengnya dan ia memaparkan jam 4.15 petang. Wah dia sudah lewat seperti yang dijanjikan. segera dia capai kunci motornya dan berlalu pergi. ada satu lagi mesej yang belum dibaca daripada ally tapi dia tidak pedulikannya kerana ingin cepat.
Sesampai di kawasan persekolahan sebelum membelok, dia sempat menjeling pagar sekolah. Pagar yang telah meragut dua nyawa, dua minggu lalu dan dua puluh tahun lalu. Dari ekor matanya dia ternampak kelibat seorang perempuan berpinafore biru seperti dikenali. Tiba-tiba dia spontan menekan brek secara mengejut menyebabkan kenderaan di belakangnya turut membrek secara tiba-tiba. Pemandu tersebut memberi hon beberapa kali namun izz tidak mendengarnya. Dia kusyuk memerhati susuk itu memasuki perkarangan sekolah. Tanpa membuang masa, dia menukar haluan ke sekolah dengan perasaan ingin tahu yang kuat mengenai gadis yang ditemuinya dari jauh.
..
Ally selesai menghantar mesej kepada izz supaya menjemputnya di sekolah. Perjumpaan kelab bahasa inggerisnya berlangsung begitu lama kerana sibuk menyediakan persiapan bulan bahasa inggeris minggu hadapan. Selaku pengerusi kelab, dia perlu mengatur segalanya dengan bimbingan guru penasihat. Dia sangat letih dan haus. Motornya pula masih dibengkel. Entah bila aris nak bawa pulang, maka dia perlu menumpang sama ada naufal atau izz.
Ally menanti-nantikan ketibaan izz menjemputnya. Bosan menunggu, dia mengganggu beberapa pelajar perempuan tingkatan satu yang sedang bermain congkak.
Ketika hendak memulakan permainan bersama pelajar tersebut, tiba tiba dia menoleh pada arah kantin secara spontan. Ada yang menariknya ke sana. Dia cuba mengecilkan matanya untuk meliht lebih jelas. Susuk seorang pelajar perempuan memakai seragam pinafore dilihat sedang duduk berjuntai di atas bangku kantin sebelum beredar.
Kakinya terus melangkah ke kantin tanpa dikawal oleh otak. Dia seolah-olah dipukau oleh susuk tersebut untuk datang mencarinya. Sesampai di kantin, dia tercari-cari namun tidak ditemui. Kemudian ally berjalan ke padang. Memang tepat jangkaannya, gadis itu berada di situ sedang bermain rumput. Semakin dekat dia menghampiri gadis itu, semakin kuat bau yang wangi seperti kasturi. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah gadis itu kemudian bahunya dipegang oleh seseorang. Ally kalih dan terkejut apabila izz berada di belakangnya dengan muka terkejut sama.
"Kau buat apa kat sini?" Soal ally membuatkan izz berkerut.
"Kau pula buat apa kat sini?" Izz melontarkan soalan yang sama. Ally tidak menjawab. Dia memutarkan dirinya 180 darjah dan terkejut mendapati gadis itu hilang.
Begitu juga dengan izz, sebentar tadi dia melihat gadis itu menaiki tangga ke padang sekolah namun sesudah sampai, gadis itu tiada di situ dan hanya Ally yang dijumpainya.
Share this novel