Bab 19
Ally berlari-lari anak mendekati cikgu rashid, akmal dan siti yang tampak kerisauan. Dia tidak nampak pula izz, syira dan wafiy.
"Akmal!" Jerit ally menyentakkan mereka bertiga. Ally melambai-lambai namun tidak disahut.
Sesudah sahaja ally terpacak di hadapannya, terus akmal menumbuk perutnya. Ally mengaduh kesakitan.
"Kau kat mana tadi! Semua orang cari kau, risaukan kau!"
Ally tersengih. Prihatin juga kawan-kawannya itu.
"kat mana izz" akmal mendongak. Menunjukkan keberadaan izz yang tadinya tergopoh-gapah naik ke atas bangunan.
"Dia naik ke atas. Tadi syira menjerit. AKu tak tahu apa jadi. So, izz naik ke atas. Dia suruh kitorang kekal di sini. sampai sekarang tak muncul-muncul," jawapan akmal merisaukan ally. Dia mula panik dan memandang gadis di belakangnya. Gadis itu mengangguk. Ally faham. Dia segera naik ke atas bangunan menyelamatkan mereka.
"Korang tunggu sini dengan cikgu. Biar aku cari dorang. Awak , jom!" Ally segera berlari naik ke atas meninggalkan ahli kumpulannya.
Akmal dan siti memandang sesama sendiri. Awak? Siapa 'awak' yang dimaksudkan ally?
..
Bilah pisau itu didekatkan pada wajah wafiy. wafiy menyerot ke belakang namun cikgu adni tetap berbuat demikian.
"Kau tahu tak betapa seksanya aku selama ni sebab kau? Selama ni aku dah cuba lupakan semuanya tapi tiba-tiba kau muncul kat sekolah ni! Kenapa aku perlu dipindahkan ke sekolah bodoh ni! Kenapa aku perlu kembali ke sekolah sial ni!"
Wafiy hanya mampu mendengar tanpa mengetahui apa-apa. Cikgu adni sudah meroyan barangkali.
"Kenapa kau tak mati je terus masuk neraka? Perlu ke kau masih berkeliaran kat sekolah ni bunuh semua orang sebab kau tak mampu buat tu kat aku, huh? Kenapa kau tak lesap je dari dunia ni sebagai orang berdosa!" Terbeliak mata dan urat-urat lehernya menahan amarah. Wafiy mahu bersuara namun gumpalan kertas di mulutnya menghalangnya.
Cikgu adni mengundur ke belakang menekup muka. Kedengaran suara tangisan diikuti dengan ketawa. Dia memang gila!
"Wani.. wani.. aku ingat lagi waktu kau dimalukan dengan teruk kat sekolah sebelum kau mampus tu. Semua orang benci kau, pandang serong kat kau tapi aku masih tak puas! Sebab ada je orang yang selalu sokong kau!"
Berkerut dahi wafiy mendengar penjelasan cikgu adni. Siapa wani? Adakah wani tu...
20 tahun dahulu..
"Budak kotor. Masih berani tayang muka kat sekolah ni. Dasar tak tahu malu!"
Bermacam-macam cemuhan dan cacian yang dia terima selepas dia kena culik. Sumpah dia tidak ingat apa-apa kejadian tu. Datang sahaja sekolah, ada poster bersama gambar dia dan seorang lelaki di atas katil separuh bogel dengan caption "anak pelacur memang akan melacur,". Orang sekeliling pandangnya dengan jelek dan menyampah. Ada juga membuang sampah sarap ke atas tubuhnya kerana dianggap sampah.
Puas dia mencarik-carik poster memalukan itu namun terlalu banyak. Tiada cikgu ke yang bertindak. Dia hampa. Hidupnya musnah!
"Tengoklah tu, pelacur masuk dalam kelas kita bhaii,"
Wani segera duduk di ruangannya yang sudah tidak berdua dengan azura. Azura pun benci dia?
Wani hampir menangis tapi dia tahan semampunya. Farah yang melihat dari hadapan ketawa sinis. Kasihan tapi memang padan muka dia!
Wani memandang harriz yang tidak berbuat apa sedangkan cemuhan itu meliar di telinganya. Adakah dia pun benci aku?
Dia mengeluarkan pisau lipat dari beg sekolahnya. Dia menggores-gores sesuatu di atas mejanya.
Kenapa aku dilahirkan oleh seorang pelacur?
Aku memang loser
AKu memang pelacur
Aku hina
Aku kotor
Airmatanya jatuh di atas tulisan itu. Tidak.. bukan! Ini bukan salah ibu. Walaupun ibu seorang pelacur tapi dia jaga aku dengan baik tanpa seorang suami. Ini semua salah mereka! Mereka yang buta hati! Mereka kejam! Mereka yang menjatuhkan harga diri aku! Mereka yang mengotorkan aku!
Wani bangun. Dia memandang kawan sekelasnya dengan renungan yang tajam. Pisau lipat di genggam erat.
"Aku memang anak pelacur! Aku memang loser! Aku memang murah dan kotor!"
FArah menepuk tangan. Akhirnya mengaku jugak budak ni.
Wani mengangkat pisau lipat itu ke udara lalu meletakkannya di pergelangan tangan kirinya.
"Kalau aku mati mesti korang gembirakan? Gembira sebab orang yang dibenci pergi selama-lamanya. Tak semakkan mata korang. Korang yang sebenarnya salah. Korang pikir diri korang sempurna? PUIH! Gi matilah korang! Pergi mati, mati mati!" Jerit wani sebelum mengelar pergelangan tangannya sekuat mungkin. Darah melimpah dengan banyak. mereka hanya memerhati wani jatuh ke atas ruangannya dan tidak bernyawa.
Azura yang melihat dari luar tingkap tergamam. Dia cuba menahan jeritannya. Lututnya berasa lemah dan kemudian rebah. dia menangis semahu-mahunya. Ini bukan yang dia inginkan. Farah kelihatan terkejut tapi senang. Senang melihat orang yang dibencinya mati dalan keadaan sangat hina.
"Kau jangan buat-buat tak tahulah bodoh! Sebelum kau mampus, kau berniat nak balas dendam kan? Kau nak mati dua kali ke?" Herdik cikgu adni. Pisaunya diangkat tingii, bersedia untuk menetak wafiy yang tidak bermaya.
Tiba-tiba pintu ditendang kuat dari luar. terpacul muka izz yang panik di koridor memandang wafiy dan syira di lantai kemudian muncul ally dan.. azura?
CIkgu adni menjatuhkan pisaunya. Matanya membulat memandang azura yang merenungnya. Tak, tak, azura tak mungkin hidup lagi.
"Kau! Kau bukan dah mampos ker?" Soalnya sambil menuding pada azura. Ally mengikut telunjuk itu. Dia memang tahu azura adalah hantu. Izz pula pucat apabila perasan azura tiada kaki!
Azura mendekati cikgu adni atau farah yang dikenalinya 20 tahun dahulu. Farah cepat-cepat mencapai pisau di lantai dan mengacunya pada azura. Azura berhenti tepat pada mata pisau itu.
"KAu jangan dekat dengan aku! PErgi mampos lah!" Farah sudah tak dapat mengawal ketakutannya, apatahlagi azura kelihatan terapung di udara. Ah sial, kenapa ally undang dia ke sini!
Izz dan ally segera membantu wafiy dan syira. Mujurlah syira hanya tertidur. Wafiy pula lelah. Izz membuka ikatannya dan mengeluarkan gumpalan kertas dari mulutnya lalu memapahnya keluar dari kelas tersebut.
"Macam mana aku nak mati dengan tenang? Aku dibunuh dan ditanam di padang sekolah macam bangkai kucing!" Mata azura mula merah.
"Aku? Aku tak salah! Kau yang bodoh! Sebab tu kau mati! Aku tak bunuh kau! Harriz yang bunuh kau!"
Izz toleh pada mereka berdua. Macam nama aku jer.. kemudian dia beralih pada ally yang sedang menyandarkan kepala syira di dinding. Pandangan untuk meminta penjelasan.
"Sebenarnye weh..."
Share this novel