Bab 2
Petang itu seperti yang dijanjikan, mereka berempat lepak di dewan bougainvillea yang masih terbiar dan tidak terurus. Kelihatan beberapa buah motor melintasi kawasan tersebut.
Tepat jam 5 petang, mereka berempat bertenggek di bawah pokok kelapa yang biasa. Agenda mereka hanya berbual kosong. Kalau ada perbincangan fasal pelajaran pun.. erm tak pernah dibuat rasanya. Ally dan izz datang membawa sekotak minuman hundred plus. Setiap seorang kena bayar seringgit satu tin. Walaupun izz, ally, naufal dan syira pelajar yang nakal, mereka masih ingat akan ajaran agama meskipun iman goyah dan sosial tidak terjaga.
Riak muka izz masih tidak berubah. Sugul seperti sedang memikirkan isu negara. Ally sendiri sudah penat melayan karenah izz. Dibuka tin minuman tersebut dan diteguk dengan rakus.
Izz ralit mencabut rumput yang tidak bersalah. Fikirannya gusar dan bercelaru. Tidak tahu apa yang mengganggunya sejak pagi tadi. Mungkinkah pelajar baharu itu? Mustahil! DIa tidak akan mudah jatuh hati pada seorang perempuan lebih-lebih lagi yang baru dikenalinya. Akibat terlalu tertekan, dia menampar-nampar pipinya sendiri.
"Korang, nak dengar satu cerita tak? Fasal Wafiy, budak baru tu," jerit ally mengambil perhatian. Semua mata tertumpu ke arahnya terutama izz apabila dia mendengar nama pelajar yang sudah lama berada di dalam mindanya.
"Tadi di sekolah aku curi-curi dengar budak kelas kita bercerita fasal wafiy. Ini mengenai tempat duduk wafiy. Bukankah tempat itu dilarang? Tiada siapa boleh duduk di situ sebab kononnya tempat itu sudah disumpah" semua mengangguk laju mendengarkan kata-kata ally. KIsah itu merupakan yang terkenal di sekolah. Akibat kisah itu juga, tiada siapa ingin menggunakan ruangan itu. Ada juga berasa sial apabila dapat kelas 5 sains.
"Nah, ini yang aku nak cerita ni. Semua berpakat untuk tidak berkawan dengan wafiy. Anti-wafiy. Dia orang percaya wafiy pembawa sial. Sekali dia duduk tempat tu, roh hantu tu terus meresap dalam tubuh wafiy. Dorang kata lah," sambungnya.
Izz terdiam. Mungkin sebab itulah dia tidak senang melihat wafiy menduduki tempat itu.
"Kenapa tiada siapa menghalang wafiy menjauhi tempat tu? Korang memang sengaja kan?" Soal izz tanpa usul periksa. Menyesal pula dia lambal masuk ke kelas. Kalau tidak, mungkin dia dapat menyelamatkan wafiy dari diskriminasi.
"Waish, izz! Kitorang dah halang dia, tapi dia tetap memilih tempat tu. Semuanya dah terlambat. Ramai taknak menyapa wafiy. Ketua dan tegah mereka tapi semua geleng kepala dan palau dia," tekan ally dengan mata bersinar-sinar. SYira mula menggigil. Takut juga jika mitos itu benar.
Izz tidak mempercayai tindakan rakan sekelasnya. Hidup dipulau dan dipinggirkan merupakan mimpi ngeri bagi semua orang. Mereka mendaoat risiko yang tinggi untuk dibuli namun adakah pembuli mahu mengganggu wafiy? Pasti semua orang takut, kan?
"Kalau aku pun taknak duduk tempat tu," naufal mencelah.
"Apesal? Takut?" Ally cuba memprovok naufal.
"Bukanlah! Aku kan popular. Takde kelas ke apa berkawan dengan newbie? Pasal cerita karut tu semua aku tak percaya. Itu hak persendirian antara percaya atau tidak. Kita pun tak duduk tempat tu sebab kotor kan? Meja tergores sana sini, kerusi pun macam nak patah je. Berat syira pun mungkin tak tertampung!" Ujar naufal mempertahankan diri sambil membahan syira. Syira memberi jelingan tajam.
Izz terdiam. Sebenarnya, apa yang menyebabkan kisah tu bermula? Selama bertahun-tahun sejak peristiwa hitam sekolah bougainvillea tu, macam-macam cerita karut menjadi jamuan semua orang. Ramai ibu bapa menolak menyekolahkan anak mereka di sana dek pretasi yang corot dan mulut makcik-makcik.
Share this novel