Bab 9

Mystery Completed 8041

BAb 9

Hana merenung wajahnya di dalam cermin. Pipinya kelihatan kendur, matanya merah seperti sesudah menangis. Jantungnya berdetak kencang tanpa mampu dikawal. Matanya merewang ke bahagian kiri pantulan dirinya. Peluh mula laju mengalir dari liang-liang peluh.

Pantulan itu tersenyum lebar kepadanya sambil menayangkan barisan gigi yang berdarah. Ia mengangkat muka mempamerkan sebelah mata yang hilang bebola mata memandang tepat pada hana. Seketika selepas itu senyumannya pudar. Hana mendengar rengusan yang semakin lama semakin kuat. lantas dia menoleh ke belakang namun tiada siapa.

"Dian," nama kawannya yang mati disebut. mata hana melilau kesekitar kantin sekolah. Kosong. hanya ada beberapa pekerja kantin sibuk menyediakan makanan untuk waktu rehat nanti. Dia kembali merenung cermin. Agak lama.

Hana dapat merasakan sentuhan bahu kanannya. Bulu roma di tengkuk meremang di siang hari. Tidak semena-mena dia menjerit sambil menarik-narik rambutnya. DIa terduduk dan menjerit-jerit. Pekerja sekeliling memerhati dari jauh tanpa berbuat apa. Fira yang menyapanya tadi sudah ketakutan melihat Hana seperti orang kena rasuk.

Hana mengangkat muka. Wajah itu muncul lagi tapi tersenyum sinis. Tangannya dihulurkan menyentuh pipi hana. Hana mengekori pergerakan tangan itu ke pipinya kemudian dia tepis. kemudian ia hilang dari pandangan. Satu hembusan angin menerpa telinganya bersama suara yang halus.

"Mati,"

Hana menjerit sekuat hati.

..

Fira menerobos pintu kelas yang separa tertutup dengan marah yang meluap-luap. Matanya cerlung merenung wafiy sebelum meluru ke ruangan wafiy.

Fira memegang kolar pinafore wafiy dan mengangkatnya dengan kudrat yang dua lebih ganda daripada biasa. Mejanya dihempas ke lantai dan menarik wafiy ke dinding. Fira bertindak mencekiknya sekuat hati sehingga wajah wafiy yang putih mulus itu merah-kemerahan.

"Kau pembawa saka! Apa yang kau dah buat dekat hana? Kau santau dia? KAu hantar hantu tu kacau dia?" Herdik fira yang sudah tidak mampu mengawal perasaan marahnya.

"Lepas kau bunuh faris, kau bunuh dian! Selepas dian, kau nak kacau hana pulak? Kau penakut, wafiy!"

"Bukan, kau bukan penakut tapi roh yang tak diterima Tuhan! sudahlah mati tak diterima bumi, kemudian bunuh orang-orang yang sakitkan hati kau. Macam tu permainan kau? Lepas ni siapa mangsa seterusnya? Aku? Aku tak tak takut dengan kau, hantu bodoh!"

Melihatkan keadaan yang semakin tidak terkawal, izz segera cuba meleraikan cengkaman fira dari leher wafiy namun gagal. Amarah fira membuatnya lebih bertenaga.

Ally cuba menahan izz supaya tidak masuk campur namun izz tetap berdegil.

"Fira! Fira!" Kedengaran suara seorang perempuan memanggil fira dalam keadaan cemas.

"Hana... hana terjun bangunan!" Jerit khairul yang merupakan kawan dian juga.

Fira perlahan-perlahan melepaskan leher Wafiy dan tercengang seketika mendengar berita yang keluar dari mulut khairul. Begitu juga dengan pelajar lain.

"Di mana dia?" Tanya Ally penasaran.

"Dia... dia jatuh dari bilik kesihatan di blok b,"

Mendengarkan itu, semua pelajar 5 sains bekerjaran pergi ke tempat yang dimaksudkan.
Fira berhenti di suatu sudut.
Sekujur tubuh tidak bernyawa baring meniarap mencium jalan raya. Ally yang memberanikan diri cuba melihat mayat yang dikenal pasti sebagai hana. Lehernya patah, begitu juga kakinya yang sudah tidak lurus seperti manusia biasa. Tempurung kepalanya pecah memperlihatkan isi otaknya yang terburai membuatkan Ally sudah tidak mampu melihatnya.

Izz memandang ke atas. Bilik kesihatan berada di tingkat atas sekali iaitu tingkat 4. Mustahil keadaannya mengerikan sebegini melainkan dia melompat sebelum membuat terjunan.

Dia memandang dari atas. Kerumunan pelajar-pelajar tidak membatasi penglihatan untuk melihat tubuh hana yang hampir berkecai. dia tesenyum kerana telah berjaya menghapuskan satu manusia berhati jahat. Kemudian dia berpaling pada fira.

"Kau tunggu fira," desisi hatinya. Sebelum lesap, dia tersenyum pada izz. Izz, kau lihat, bukan?

..

Keadaan agak suram di dalam kelas setelah beberapa hari kematian dian dan hana. semenjak kejadian itu, tiada siapa mahu membuka suara bercerita mengenai wafiy lagi kerana takut perkara yang sama berlaku pada dirinya. Fira pula sudah lama tidak hadir ke sekolah. Dengarnya dia masuk ke hospital sakit jiwa kerana sering bercakap sendirian dan menjerit tak tentu fasal tapi tiada siapa tahu kebenarannya.

Seorang guru wanita yang memakai baju kebaya merah yang menampakkan bentuk pinggulnya dan diserasikan dengan kasut tumit tinggi merah berkilat melangkah masuk ke dalan kelas 5 sains.

Derapan langkahnya dapat didengar sejauh 10 meter. Rambutnya terurai dan digayakan curl. Mata pelajar lelaki tertancap padanya. Senyuman senget terukir. Bangga memiliki tubuh badan yang seksi dan wajah yang cantik. Sangat kontra dengan profesian guru yang sepatutnya menjadi ikutan bukannya menjadi cucian mata.

"Selamat sejahtera. Nama saya cikgu Adni dan saya akan menggantikan guru kimia kamu selama 3 bulan. Harap semua boleh beri kerjasama dengan saya ketika waktu pdp," suara yang lunak dan mengasyikkan terbit dari bibir guru itu.

Siulan-siulan nakal mula kedengaran.

"Cikgu! Cikgu datang dari syurga ke?"

Cikgu Adni ketawa kecil. Ketawa kecilnya turut mendapat sambutan pelajar-pelajar lelaki miang.

Izz malas hendak memgambil tahu fasal guru tersebut. Penampilannya yang menjolok mata tidak memberi kesan padanya dan dia hanya tidur dalam keriuhan kawan sekelasnya. Dia meletakkan kepala ke atas meja dan menghadap wafiy. Wajah wafiy direnung dalam-dalam. Riak wajahnya penuh dengan seribu makna yang tak dapat di tafsirkan. Wafiy memandang cikgu adni seperti ada sesuatu yang menganggunya. Seperti tidak sudi melihat kehadirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience