Bab 12

Mystery Completed 8041

BAB 12

CIkgu adni memerhati gerak laku wafiy yang hampir seperti tugu. Nota yang perlu disalin tidak dilakukan sama sekali. Malah hanya sibuk menconteng sesuatu di atas kertas. Dia penasaran untuk mengetahui latar belakang pelajar yang aneh itu. Ketua kelas ditegur secara berbisik untuk mengelakkan sesiapa mendengar.

"Siapa yang duduk di hujung kelas itu?" Soalnya sebagai permulaan walaupun dia kenal sungguh pelajar yang bermain di fikirannya.
Azim menoleh ke belakang dan menangkap visual pelajar yang dimaksudkan oleh cikgu adni yakni wafiy.

"Itu pelajar baharu. Kalau boleh, cikgu jangan ambil peduli dengan dia takut akan ada apa-apa berlaku pada cikgu di kemudian hari,"

"Kenapa pula?"
"Takkan cikgu tak tahu? Tempat duduk wafiy tu tempat terlarang. Sejak dia datang, faris, dian, hana dan fira ditimpa kecelakaan,! Sambungnya dengan bersungguh-sungguh meyakinkan cikgu adni.

Cikgu adni kembali memandang ruangan wafiy namun segera kalih apabila wafiy merenungnya seperti tahu diperhati.

..

Ally melemparkan borang penyertaan itu ke meja izz. Dia mengeluh berat kerana dipaksa oleh rakannya sendiri untuk mengikuti aktiviti tersebut malah ibunya turut bersetuju.

"Puas?" Soalnya setelah izz tersenyum memandang borang yang diisi penuh itu.

"Mestilah puas. Kau memang setiakawan," puji izz sambil menepuk-nepuk bahu rakannya itu.

"Aku pelik kenapa kau tiba-tiba berminat nak sertai aktiviti macam ni. Selalunya engkaulah orang pertama yang tolak,"
Izz ketawa kecil namun tidak menjawab pertanyaan ally dan membiarkan dia terpinga-pinga sendirian. Izz sambung melakukan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu buat pertama kalinya. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga hari ini.

*flashback*

Izz selesai menghantar buku-buku matematik tambahan ke ruangan cikgu zita. Ketika dia hendak naik ke kelas, kelihatan wafiy dan cikgu zita sedang bercakap-cakap di hadapan tandas guru. Dia cuba mendekatkan dirinya dengan mereka dan bersembunyi di sebalik dinding supaya dapat mendengar dengan jelas.

"Benar kamu ingin sertai kem ini? Saya takut kamu disisihkan ketika aktiviti berkumpulan berjalan dan menyebabkan kamu tidak selesa sepanjang perkhemahan," suara wanita pertengahan umur kedengaran dan itu pastinya cikgu zita.

"Saya sedia tanggung risiko yang bakal saya lalui tapi sejujurnya saya ingin menimba pengalaman baru di sekolah baru meskipun tiada teman bersama. Perkhemahan ini satu medium yang baik,"

Kelibat cikgu zita dan wafiy kelihatan dari sebalik dinding. Cepat-cepat izz melarikan diri supaya dia tidak tertangkap.

"Perkhemahan? Wafiy sertainya? Okay! Aku pun nak ikut serta!" Jeritnya di dalam hati lalu segera ke kelas.

*flashback end*

"Kalau ada apa-apa terjadi pada kita orang, kau tanggung tahu! Aku mahu pulang hidup-hidup," rungut ally.

"Iya.. iya!" Izz meletakkan noktah. Sudah lelah dia melayan karenah ally yang tak ubah seperti kanak-kanak.
Sejujurnya izz juga takut. Dia tidak pernah menginap di sekolah mahupun di mana-mana selain rumahnya. Namun semangatnya berkobar-kobar apabila mendapat tahu wafiy turut serta. Mungkin dia telah tertarik pada wafiy namun bukan sesuatu dipanggil cinta. Satu tarikan yang tidak dapat digambarkan mahupun ditolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience