Bab 6
Gula-gula berjenama mentos itu dilambung-lanbung ke udara. Entah disampuk hantu mana dia hari ini, dengan baik hati setiap seorang dalam kelasnya disedekahkan sebiji gula-gula.
Izz memandang ruangan Ally yang kosong. Dia masih tidak dibenarkan pulang dari hospital. Bosan dan keseorangan duduk di belakang apatahlagi naufal asyik berkepit 24/7 dengan syira.
Orang terakhir diberi gula-gula ialah... wafiy.
Gadis itu mengangkat muka sebaik sahaja izz berada di hadapannya. Izz kaku seolah-olah dibekukan waktu. Tangannya erat menggenggam gula-gula itu. Suasana jeda. Pandangan wafiy membuatnya gabra semacam. Dada turun naik dengan laju seperti baru selesai larian 400m.
Wafiy mempamerkan riak wajah tenang tanpa mengetahui keadaan sebenar lelaki yang berada di hadapannya. Setelah lama menanti, wafiy menundukkan muka dan tangannya ligat menconteng sesuatu di atas kertas. Izz mengubah pandangannya ke atas kertas yang diconteng. Keningnya berkeriut cuba memahami apa yang ditulis wafiy.
Tersedar akan izz yang memerhati, cepat-cepat dia menutup kertas yang dicontengnya lantas merenung izz dengan tajam.
"Awak buat apa di sini?" Wafiy bersuara.
Izz terpana. Baru kali ini dia dapat mendengar suara wafiy yang lunak dan lembut yang mampu mencairkan mana-mana lelaki yang mendengarkannya. Oh Tuhan, apa yang kau sedang fikir ni izz?
"Saya cuma nak bagi gula-gula ni je," jawab izz sambil menayangkan mentos tersebut dan tersengih.
"Saya tak perlukan benda tu,"
'Sombongnya minah ni," bisik hati kecil izz.
"Saya kasi semua orang BENDA ni, jadi saya pun nak beri pada awak jugak," sengaja izz menekankan perkataan benda itu. Gula-gula itu diletakkan di atas meja namun gadis itu langsung tidak menunjukkan minat mahupun ucapan terima kasih terbit dari bibir merah merekahnya. Izz berasa jengkel. Tak pernah-pernah ada perempuan berlagak sedemikian rupa padanya. Setelah itu, izz kembali ke ruangannya . Sumpah, dialah perempuan paling pelik sedunia!
Dian yang memerhati gelagat izz dan wafiy mencebik dan sangat menyakitkan hati. Dia cemburu walaupun wafiy ketara menunjukkan dia tidak berminat terhadap izz namun perasaan benci mula menular dalam dirinya. Dia benci izz bertegur sapa dengan perempuan lain selain dirinya.
"Kau nampak macam mana izz senyum kat wafiy walaupun dia tidak pedulikan izz? Seriously? Those girl really polluted izz's dignity as the top guy in the school! Rude and cant acceptable!" Omel dian sambil menjegilkan matanya pada wafiy.
"Minta dijauhkan izz suka kat budak tu," kata-kata hana meledakkan lava yang sudah lama disimpan dalam gunung berapi Dian.
"Pleaselah! Izz takkan suka dengan perempuan jenis macam tu. Citarasa izz mestilah seseorang yang cantik, seksi dan paling penting setaraf dengan dia, seperti aku!" Dian membangga-banggakan dirinya. Tepuk dada tanya selera. Hana dan siti terpaksa mengiyakan walaupun sebenarnya mereka ingin muntah hijau!
Kepala dian mula bermain bermacam-macam idea jahat untuk mengenakan wafiy.
..
Izz tercari-cari buku nota biologinya. Satu demi satu buku dikeluarkan dari beg namun tidak ketemu. Izz tergaru-garu kepala. Dia seperti sedang mencari jarum di lautan pasifik.
Kemudian dia menyelongkar laci mejanya dan hanya ada sekeping kertas dijumpai.
Perlahan-lahan dicapai lalu membukanya. Ada tulisan berangkai yang kemas tertulis di atasnya.
Izz, saya sukakan awak! Jum jumpa di pagar sekokah setelah selesai persekolahan harini? I have something for you. I swear it will be fun and interesting for entertain you!
Izz senyum mengejek. Ni mesti ada orang curi-curi hantar surat ketika aku pergi ke tandas tadi. Jangan harap aku nak berjumpa dengan kau, si tiada nama.
Niat hendak buang terus ke tong sampah meleset sehinggalah matanya tertancap pada satu ayat yang tertinggal.
Itupun kalau awak sanggup biarkan si dia dimalukan dan terseksa di hadapan orang ramai nanti, hahahaha
Si dia? Huh? Aku takkan terpengaruh. Siapa entah si dia yang dimaksudkan pun aku tak tahu. Ini semua taktik. Surat itu dikeronyokkan lalu dicampak ke dalam tong sampah. Yes masuk!
Loceng tamat sekolah akan berdering tidak lama lagi. Benarkah akan ada sesuatu berlaku di pagar sekokah jika dia tidak hadirkan diri? Ah, izz jangan fikirkan.
'Maaf si dia. Disebabkan saya awak perlu dimalukan. Jahatnya orang tu. Tak sangka saya ada peminat berhati syaitan,'
..
"Guys listen up. Once she takes a step to the front gate, baling belon-belon kemudian lari. Do not miss any shot!" Perintah pelajar perempuan yang menutup mukanya dengan kain perca kepada konco-konconya lagak seperti seorang ketua.
Lima pelajar perempuan itu turut menyembunyikan muka dibalik kain tudung. Di sebalik pondok sekuriti, si ketua ralit memerhati pelajar-pelajar yang berpusu-pusu keluar. Dia menanti sasaran dan mencarinya bak mata helang.
Di sudut lain, izz termenung sendirian. Perlukah dia berjumpa penyurat tersebut atau melihat dari jauh si dia ditimpa kesusahan?
Ah sudahlah! Baik aku balik. Apa kau kesah dengan perempuan hati busuk tu. Nak cari publisiti murahan konon. .
Iz mencapai beg dan beredar mengikuti wafiy yang berjalan di hadapannya. Dia masih terkilan dengan reaksi gadis itu terhadapnya.
Si ketua mengerling ke arah anak buahnya yanh bosan menunggu. Entah-entah sasaran dapat menghidu rancangan mereka dan segera menyembunyikan diri. Ah jangan gagal sudah. Izz juga tidak muncul-muncul. Memang sah dia tak mahu jumpa aku. Terbit kekecewaan dalam dirinya.
Setelah kelibat sasaran ditemui pasangan matanya. Terus dia memulakan serangan.
Arahan telah diberikan. Mereka berlari dan berteriak membaling belon air kepada sasaran. Bunyi belon pecah dan percikan air mengena tepat pada sasaran. Rambut dan pakaiannya basah lencun.
Paling memalukan, pelajar-pelajar yang tersisa memerhatinya bersama ketawa. Tiada siapa bertindak. Setelah puas mengerjai pelajar tersebut, mereka semua lari dengan motorsikal masing-masing meninggalkan pelajar itu termangu di situ.
Dari jauh izz terkejut melihat perkara itu. Tanpa berfikir panjang dia menarik tangan pelajar malang itu dan dibawa ke surau sekolah. Wajah izz cemas. Siapa yang berani lakukan ini terhadap wafiy?
Darah izz menyirap apabila melihat tubuh wafiy basah. Wafiy merenung izz dengan tenang. Wajah izz tegang. Air mata wafiy hampir jatuh dari kelopak matanya. dia harus kuat. DIa taknak orang sekeliling fikir dia telah kalah dengan pembuli-pembuli terbabit.
Share this novel