Bab 13

Mystery Completed 8041

Bab 13

Bandana yang menutup matanya dilepaskan. Pandangannya samar-samar dan lambat bertindak balas kerana sudah lama ditutup. Tangan dan kakinya masih terikat rapi menyekat pergerakannya.
Perlahan-perlahan pandangannya kembali pulih. Susuk seorang lelaki dan perempuan jatuh pada retina matanya dengan jelas. Wajah itu diamati dan jelas wajah farah terpampang dihadapannya. Kini dia menyedari bahawa dirinya telah dibawa ke sebuah gudang lama. Cahaya-cahaya yang merentasi lubang-lubang kecil memberi kelebihan kepada penglihatannya untuk memerhati sekeliling. Banyak sesawang tergantung di sudut-sudut gudang menunjukkan gudang itu sudah lama tidak digunakan. Matanya beralih pula pada beberapa sangkar kecil yang memerangkap beberapa ekor tikus yang telah kehilangan nyawa.

Farah mendekatkan wajahnya pada wajah wani yang ketakutan kemudian gumpalan sapu tangan yang menutup mulutnya dikeluarkan. Wani ingin menjerit namun suaranya seperti tersekat di kerongkong. Pipinya yang berkeringat ditepuk beberapa kali oleh farah dengan wajah yang sinis.

"Aku simpati dengan kau. Haa tu lah, aku dah bagi amaran beberapa kali supaya kau cepat-cepat angkat kaki dari sekolah tapi kau degil. Kau melawan jugak. Sekarang terima padahnya!" Herdik farah dan disusuli ketawa seorang lelaki di belakangnya.

Farah masih duduk mencangkung menghadap wani yang hampir menangis. Dia menilik wajah wani dengan jemarinya.

"Muka kau takdelah cantik mana tapi dapat pikat pemain bola sepak sekolah. Kau pakai minyak dagu atas dia ea?" Tuduh farah melulu. Wani segera menggeleng menafikan tuduhan farah terhadapnya. Air mata sudah melimpah setelah bertakung lama di empangan matanya.

"Heh? Kau fikir dengan tangisan bodoh kau tu boleh buat aku rasa kasihan kat kau? Lepaskan kau? Mimpi jela. Aku dah lama sakit hati dekat kau. Bukan sebab azura saje tapi sebab kau anak pelacur!" Hina farah semahu-mahunya.
Ingatannya kembali memutarkan kejadian 3 tahun lepas ketika wani baru sahaja berpindah ke Bougainvillea. Mereka sangat rapat bagai isi dan kuku. Namun apabila dia mendapat tahu status wani bahawa dia seorang anak pelacur tanpa bapa, dia terus membencinya. Farah ingat lagi apabila wani berkata dia adalah anak yatim tetapi itu semua bohongan. Akibat paksaan kawan-kawannya dia menjadi brutal dan membuli wani secara mental. dia ingin semua orang membencinya sama seperti dirinya namun tiba-tiba harriz bertindak melindunginya dan menarik azura keluar dari kumpulannya. Maka perkara itu membuatkan bencinya semakin meluap-luap.

Farah bangun dan memanggil lelaki yang berada di belakangnya.

"She is yours," katanya sepatah sebelum menginjak ke belakang memberi laluan kepada lelaki tersebut menjalankan tugasnya.

Tangan wani direntap dan dipaksa bangun. Wani cuba bergelut namun kudratnya lemah untuk melawan lelaki tersebut lalu membiarkan dirinya dibawa ke suatu tempat yang tidak terfikir oleh akal.

..

Suasana begitu hening di kelas 5 sains apabila seseorang melaporkan kepada harriz apabila dia ternampak sekumpulan perempuan yang tidak dapat dikecam wajahnya membawa wani masuk ke dalam van dalam keadaan terikat. Harriz panik dan lantas melaporkannya kepada guru disiplin. Malangnya saksi lupa mencatit nombor plat van tersebut kerana terlalu panik.

Kelas hangit membincangkan wani yang diculik. Ada yang memperlekehkannya dan ada juga berasa simpati. Harris sukar menenangkan dirinya apabila orang yang dicintainya dalan keadaan bahaya. Dia menyalahkan dirinya kerana sibuk berkejaran dengan azura tanpa mempedulikan wani.

Azura kembali ke dalam kelas dengan tenang. Harriz yang sedar mengenainya terus menarik tangan azura dan melemparnya ke meja. Hampir sahaja azura terhantuk ke bucu meja. Azura tidak tahu menahu mengapa harriz tiba-tiba berang dengannya. Wajah harriz yang merah padam menahan marah direnung.

"Mana wani? Mana kau culik wani!" Herdik harriz. Amarahnya sudah mencecah tahap bahaya. Azura memandang sekeliling. Semua pelajar mula berbisik dan mempersoalkan mengapa azura disoal siasat.

"Wani kenapa? Manalah aku tahu!"

Harriz mencengkam kolar pinafore azura dan memgangkatnya. Azura meronta-ronta minta dilepaskan oleh harriz yang sudah tidak mampu dikawal. Dia seperti dirasuk syaitan.

"Kau jangan pura-pura tak tahu! Aku yakin kau adakah dalang semua ni! Kau culik wani dan selamba badak je tayang muka tak bersalah depan aku!"

Azura tidak tahu untuk menjawab apa. Dia sendiri tidak tahu wani diculik namun dia terfikir akan farah yang tidak kelihatan sepanjang persekolahn.

"Sumpah aku tak tahu apa-apa!"

Mendengarkan akuan azura yang tidak memuaskan hatinya, dia lantas melempar azura ke lantai. Dia merenung pelajar perempuan yang mengaduh kesakitan itu penuh dengan kebencian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience