Bab 11

Mystery Completed 8041

Bab 11

Cikgu adni sibuk memberes barang-barangnya dari kotak ke atas meja baharunya yang telah diberi tanda nama.
Dia meletakkan gambar-gambarnya bersama ibu dan rakan-rakan sekolahnya yang dahulu . Sudah 20 tahun dia meninggalkan zaman persekolahan, kini dia kembali ke sekolah sebagai seorang guru rasmi setelah berbelas tahun menjadi guru kontrak di beberapa buah sekolah persendirian.

Di sebelahnya kelihatan cikgu zita menguruskan fail-fail pelajar yang berselerak di atas mejanya. Usai meletakkan buku-buku rujukan di rak buku, dia meninjau ruangan cikgu zita yang bersepah.

"Hai, cikgu zita, serabut nampak," cikgu zita mendongak. Cikgu adni gian mengumpul kertas-kertas yang bertaburan di meja cikgu zita sebagai satu pertolongan darinya.

"Terima kasih tolong kemaskan kertas-kertas tu. Hari pendaftaran spm akan bermula minggu depan, jadi saya sibuk sikit nak kumpul semua data murid. Ada juga yang melambat-lambatkan kerja saya apabila dia tak mahu hantar maklumat dirinya," keluh cikgu zita. Selaku guru kelas 5sains, dia juga berasa tertekan kerana harapannya sangat tinggi untuk memiliki anak murid sesempurna 5 sains tapi indah khabar dari rupa. Perangai mengalahkan pelajar subjek teras!

"Biasalah, pelajar sekarang mana reti nak hormat guru. Mereka anggap kita sebagai kawan mereka," balas cikgu adni sambil membelek beberapa borang maklumat murid ditangannya.

Ally Iskandar bin azmi... Naufal bin Ikram.. wafiy...

Matanya terjatuh pada gambar pasport pelajar perempuan itu. Air liur kering diteguk kesat. Cepat-cepat dia meletakkan kertas-kertas itu kembali ke meja cikgu zita dan segera duduk di ruangannya. Hatinya gelisah. Masakan aku terlepas pandang dia di kelas tadi. Getus hatinya. Cikgu adni mengetuk kepalanya sedikit kerana leka melayan anak-anak miang itu. Sepatutnya dia tidak lupa yang..

"Kenapa cikgu adni terima tawaran sekolah sini? Cikgu tak takut ke?,"

Pertanyaan cikgu zita kepadanya menyentaknya dari lamunan. Cepat-cepat dia mengatur ayat.

"Takut kenapa?" Soalnya pura-pura tidak mengetahui apa-apa sedangkan dia tahu persis apa yang berlaku.

"Berita dah tersebar luas di akhbar dan buletin tempatan tentang sekolah bougainvillea ni, takkanlah cikgu tak tahu? Minggu lepas 3 pelajar saya meninggal dunia dengan cara yang memilukan di sekolah. Kemudian seorang lagi pelajar saya berhenti sekolah sebab sakit mental. Mereka tu tiga sekawan,"

"Kecoh pelajar-pelajar saya tentang mitos sekolah 20 tahun lalu. Saya pun tak tahu nak percaya ke tidak cerita-cerita mereka tu. Saya berada di sini baru 5 tahun," sambung cikgu zita.

Cikgu adni diam sejenak memikirkan sesuatu namun lamunannya hilang setelah cikgu zita kembali bersuara.

"Ramai pelajar saya mengadu untuk buang seorang pelajar saya. tapi sayang, dia seorang yang berprestasi tinggi. Rugilah sekolah melepaskan calon-calon harapan straight A bukan?"

CIkgu adni mengangguk perlahan sambil tersengih tidak ikhlas. Dia yakin pelajar yang dimaksudkan itu adalah yang berada dalam benak fikirannya kini.

..

Izz masuk ke dalam bilik guru sambil membawa naskhah buku-buku matematik tambahan yang perlu dihantar pada ruangan cikgu zita. Ruangan gurunya itu samgat bersepah. Sebelum meletakkan buku-buku itu ke atas meja, dia mengumpulkan kertas-kertas yang berselerak ke satu tempat. Tiba-tiba satu daripadanya melayang ke ruangan sebelah cikgu zita yakni ruangan cikgu zita.

Dia mengutipnya dari lantai dan kembali berdiri. Dari ekor matanya, terpampang beberapa gambar lama pelajar-pelajar yang memakai uniform sekolah sedang menayangkan wajah gembira berlatarkan dinding mural. Dia mengangkatnya dan meniliti dengan jelas, cuba mencari cikgu adni yang muda dalam kalangan 25 pelajar di atas foto itu.

Dia teliti satu-satu wajah orang-orang lama itu dengan kesengihan. Wajah mereka kelihatan terlalu old fashioned dan seperti kanak-kanak ribena. Matanya berjalan lagi ke hujung kanan gambar dan terhenti di situ. Susuk pelajar perempuan bertocang dua dan berpinafore biru direnung. Dia cuba melihatnya dengan jelas dengan mengecilkan mata tapi gagal. Kualiti gambar itu sangat tidak memuaskan. Izz meletakkannya semula. Dia melihat tanda nama cikgu adni. Namanya lebih panjang dari yang sepatutnya.

..

Cikgu adni melintasi kelas 5 sains untuk menuju ke kelas 5akaun 1. Sebelum itu dia sempat menjeling ke arah ruangan yang paling hujung dengan tingkap. Ruangan itu kosong. Tiada tanda-tanda pelajar itu ada di dalam kelas. Dia mengeluh. Kelas kimia seterusnya adalah pada minggu hadapan. Dia perlu tunggu 3 hari sebelum dapat bertemu dengan pelajar itu.

DIa muncul di belakang cikgu adni dan merenungnya dengan muka yang keruh. Lenggok berjalan wanita itu seperti dikenali. Gayanya persis seperti seseorang yang dia kenal namun dia perlukan kepastian.

..

Cikgu zita mengedarkan borang penyertaan kem dua hari semalam di sekolah kepada pelajar-pelajar. Ada yang memandangnya dengan terkejut dan ada yang seronok.

"Baiklah, kalian semua, perkhemahan perdana akan diadakan sabtu minggu hadapan jadi sesiapa yang ingin sertai, kembalikan borang ini bersama keizinan dari ibu bapa masing-masing pada esok hari,"

"Cikgu! Saya taknak sertai kem ni. Seramlah cikgu!"

"Penakutnya kamu ni! Cikgu dulu tidur di sekolah selama dua hari tahu. Satu malam sahaja dah kecut dah?" Perli cikgu zita.

"Bukan macam tu cikgu. Takkan nak buat perkhemahan di sekolah selepas bermacam-macam kejadian telah berlaku akhir-akhir ni,"

Semua berdeham tanda setuju.

"Saya nak sertai aktiviti ni!" Izz bangun nak menyatakan hasratnya. "Ally, naufal dan syira akan turut sertai juga"

Ally terkejut apabila namanya disebut. Baru saja dia meletakkan hasrat untuk tidak ikut serta. Naufal dan syira juga begitu. Selama ini izz tidak pernah setuju menyertai perkhemahan kerana dianggap membuang masa.

"Woi, bila masa aku cakap aku nak join sekali?" Bisik ally.
"Sejak tadi. Aku yang tentukan. Jangan nak lari pulak!"

Cikgu zita menepuk tangan berbangga dengan keberanian izz.

"Siapa yang tak join tu memang rugi. perkhemahan kali ini banyak aktiviti menarik dirancang,"

"BAiklah cikgu, saya sertai," kata seseorang pelajar kemudian diikuti beberapa pelajar lain yang sudah ada keberanian diri.

Izz menoleh ke ruangan wafiy. Gadis itu hanya duduk di situ tanpa bersuara. dia sangat berharap wafiy turut menyertai perkhemahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience