Bab 10
Langkah wani terhenti apabila farah dan kawan-kawannya menghalang jalan. Farah memandang wani dari atas ke bawah dengan jengkel. Lantas dia mencapai beg sekolah di belakang badannya lalu dicampakkan ke tubuh wani. Wani terkejut dan menyambutnya secara spontan. Aksi farah diikuti oleh kawan-kawannya yang lain. Bertimbun-timbun beg yang ditatang oleh wani sehingga dia terpaksa menjatuhkan semuanya ke tanah. Hal ini membangkitkan kemarahan farah kerana beg yang baru dibelinya minggu lepas dibuang sebegitu ke atas tanah.
"Kau kutip balik semua ni sekarang!" Pintahnya sambil menuding pada selerakan beg-beg di atas tanah.
Terdapat 6 beg di atas tanah namun dia tidak dapat mengangkatnya sekali gus. Tersedar akan hal itu, farah menarik lengan wani dan menolaknya ke tanah. Wani jatuh terduduk dan punggungnya terasa seperti disengat.
"Eh, perempuan lembik, kau ni nak bawak 6 beg pun tak kuat, macam mana kau boleh tahan dengan kitorang? Harap je emosi kuat tapi fizikal lemah! Memang muka dua ea kau ni," herdik farah sambil menolak-nolak kepala wani dengan jari telunjukknya namun wani membiarkan.
"Tengoklah muka toya dia tu. Dia fikir dia kuat sangat nak lawan kita semua? Tunggu masa je, dia blah dari sekolah ni menangis macam bayi! Hahahahaha," kata salah seorang dari lima rakan farah.
Farah menyilangkan tangannya lalu menendang kaki wani yang masih tidak berdiri.
"Kau masih tak sedar ke yang semua orang kat sekolah ni nak sangat kau pergi berambus dari sini? Anak pelacur macam kau memang tak setaraf nak bersekolah dengan pelajar-pelajar elit. Kau fikir sekolah bougainvillea ni tak ada nama baik ke? Dan kau lah penyebab reputasi sekolah ni merosot. Sekolah elit bougainvillea terima pelajar, anak daripada seorang pelacur chowkit yang lahir tanpa asal usul yang jelas, yang takde bapak..."
Wani berang lantas berdiri dan menampar pipi farah dengan sekuatnya. Matanya sudah berair menahan sakit dicemuh.
"Kau boleh lempar tahi ke muka aku, calit lumpur ke tubuh aku, suruh aku bawa beg kau, tapi jangan sesekali kau kutuk ibu aku! Kau tak layak!"
"Aku tak layak? Macamlah kau layak sangat nak guna harriz macam orang suruhan kau, body guard kau, beli makanan untuk kau dan tinggalkan azura untuk kau? Huh? Cermin diri kau sikit! Bukan setakat anak pelacur tapi perampas hak orang!" herdik farah dengan matanya yang membulat menahan amarah.
"Ikat dia,"
Lima sekawan itu lantas menahan wani membuatkan wani sukar meloloskan diri. Salah seorang daripada mereka mengeluarkan tali dan mengikat tangan wani dengan kuat agar dia tidak mudah melepaskan diri kemudian dia menyelitkan gumpalan sapu tangan ke dalam mulut wani supaya dia tidak bising.
Satu van hitam mendatangi mereka. wani dipaksa masuk ke dalam. Wani cuba mempertahankan diri namun kudratnya tidak mampu melawan lima orang perempuan sekali gus dan akhirnya dia dibawa dengan van tersebut tanpa mengetahui destinasi dan apakah nasib yang bakal ditimpanya.
..
Azura menolak tangan harriz dari pergelangan tangannya. Dari tadi harriz cuba mengejarnya namun dia sentiasa melarikan diri. Tetapi apabila dia tiba di hujung kantin, dia tiada lagi tempat untuk melarikan diri daripada harriz.
"Azura, tolong dengar penjelasan saya. Saya tak berniat nak menduakan awak, saya cuma.."
"Cuma apa?" Potong azura.
"Awak nak kata yang awak kasihankan dia dan merancang untuk jadikan dia kekasih rasmi awak supaya tiada siapa mahu mengganggu wani sebab awak pemain bola sepak terhandal sekolah? Macam tu ke?"
"Kalau awak faham saya baguslah. Itu je caranya. Tapi saya masih sayangkan awak dan tak mahu lepaskan awak. Saya dah berjanji dengan awak untuk tetap sayangkan awak, kan?"
"Janji untuk tetap sayangkan saya? Menduakan tu awak panggil sayang?"
"Saya bukan menduakan awak. Awak tak faham saya,"
"Ya, memang saya tak faham awak! Awak sanggup khianati saya untuk anak pelacur macam dia.."
Tiba-tiba tapak tangan harriz singgah tepat pada pipi kanan azura membuatkan dia bungkam. Azura memegang pipinya yang sakit.
"Baguslah. Sekarang awak tampar saya, sakiti saya kerana wani? Entah apa istimewanya wani tu," katanya sebelum beredar.
Harriz ketawa kecil dan membuatkan azura kalih berpenasaran. Apa yang lucu sangat kata-katanya.
"Memang patut pun awak terima tamparan tu supaya awak sedar! Memang tak salah pilihan saya memilih wani jadi kekasih saya daripada perempuan talam dua muka seperti awak,"
"Apa maksud awak?"
"Awak ingat saya bodoh sangat sampai tak perasan kepura-puraan awak selama ni terhadap wani dan saya? Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri , awak suruh farah mendera batin wani. SAya ingat kalau saya masih teruskan perjuangan saya, awak boleh berubah. Tapi rupanya salah, awak lebih teruk daripada farah!" Ujarnya dengan keras lalu meninggalkan azura yang terpana. Dia tidak menyangka harriz tahu semua aktiviti dibelakang tabirnya. Dia jatuh terduduk. Dia sedar dirinya salah kerana hidup dalam kepura-puraan namun hatinya masih membenci wani. Disebabkan wani, harriz pergi dari hidup aku.
"Dan aku akan buat harriz pergi dari hidup kau!"
Share this novel