Bab 3
Izz menghempas pintu kamarnya dengan kuat memandangkan tiada siapa di rumah. DIa mengerling jam loceng berwarna biru tua yang sedang menunjukkan jarum panjang dan pendek ke nombor 9. Sudah jam 9.45 malam namun tiada makhluk bernafas pun di rumah itu sejak dia pulang. Solat isyak pun belum lagi.
Izz terus membuka baju kemejanya yang sudah berbau masam lalu mencampakkannya ke bakul baju bersama pakaian kotor yang lain. Kemudian dia memasang mp3 player dengan kuat. Sesiapa sahaja yang berada di dalam bilik itu pasti sudah lari ke luar rumah. Kuatnya na'uzubillaminzalik! Lagu she's gone berkumandang diikuti dengan suara sumbang tambah sengau izz yang melolong seperti disampuk syaitan. Izz melayan rentak dan mengangguk-angguk kepala dan melompat-lompat.
Setelah penat terkinja-kinja seperti monyet terlepas dari zoo, dia menghempaskan tubuh ke atas katilnya yang empuk. Sudahlah tidak mandi, kasihan katil itu. Pasti berbau masam seperti jeruk nanti.
She's gone
Outta ma life
Ooo she's gone
I find it so hard to go on
I really miss that girl, my love
Com back, into my arm
I'm so alone.. im begging you
Im down on my knees
Forgive me... girl~~~~ wooo wooooooooo
Izz melolong sekuat hati semampunya biarpun rumah itu bakal bergegar sekalipun. Itulah satu-satunya cara dia melepaskan semua kegusaran dalam hati dan fikirannya. Apabila sudah sakit tekak, baru lega rasanya.
Izz mengah. Dadanya sakit. Apa yang menghantui fikirannya? Gadis itukah? Mustahil. Pasti ada sesuatu yang bakal berlaku pada dirinya. Tidak! Dia harus lepaskan semuanya. Ya, dia kena menjerit lagi! Izz tarik nafas sedalam-dalamnya dan..
-izz-
Izz tercekik! Sepertinya ada suara yang memanggilnya. Tapi entah di mana. Di keluar menjenguk sekeliling namun tiada sesiapa. Mungkin suara hatinya.
Izz menuruni tangga dengan perlahan-lahan. Di rumah sendiri pun terpaksa berjalan berjengket-jengket seperti pencuri. Tiada tanda-tanda orang di ruang tamu. Di tingkap pula tidak kelihatan seperti ibu dan ayah pulang. Atau semua ini khayalan semata-mata? Orang kata, kalau kita terdengar seseorang memanggil nama kita ketika sedang mendengar lagu, itu syaitan atau paranoid.
Setelah menelaah ruang tamu, dia kembali ke kamar. Selangkah dua langkah..
-izz-
Suara itu!
Darah turun naik dengan laju. Jantung mengepam darah dengan pantas. Mukanya pucat dan berpeluh. Dia lantas kalih pada suara itu. Dari arah tangga.
Ia memandang izz dengan mata membulat. Matanya merah seperti terkena jangkitan. Tapi itu bukan jangkitan. Izz bungkam. Dia yakin apa yang dilihat pada matanya. Seorang gadis terduduk dengan leher patah berpakaian biru lusuh sambil tangannya terkapai-kapai cuba memanggil izz. Suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong sedangkan lehernya patah dan terkelar. Darah berlimpah-limpah.
Izz mengambil langkah ke belakang. Dia gopoh dan terus berlari ke ruang tamu. Tak semena-mena dirinya tersadung pada karpet dan terjatuh. Terasa sakit di kepala. Samar-samar matanya melihat cecair likat yang disentuhnya di kepala. Tiba-tiba semuanya kabur dan gelap.
Share this novel