BAb 4
"Izz"
Suara lembut kedengaran sambil memanggil-manggil namanya. Tubuhnya terasa digoncang-goncang. Izz cuba membuka mata namun pandangannya kabur. Susuk seorang wanita berpakaian putih serta di sebelahnya seorang lelaki berjanggut nipis dikecam. Ibu dan ayah.
Hatinya sedikit lega apabila dapat melihat ibu dan ayahnya kembali. Seketika selepas itu, izz menyeringai kesakitan. Sakit yang teramat dirasai di ubun-ubunnya. Baru dia teringat sebentar tadi dia tersadung lalu kepalanya tehentak pada bucu meja kopi ketika cuba melarikan diri daripada lembaga tersebut.
"Izz, kamu dah sedar ke?" Suara wanita itu kembali kedengaran namun semakin lama semakn hilang. Dirinya tidak mampu lagi bertahan dan akhirnya kembali pengsan lalu membuak kerisauan kepada kedua-dua ibu ayahnya.
..
Sinaran matahari yang menyilaukan menyedarkan Izz yang tidur sehingga tegaknya matahari. Perlahan-lahan dia bangun. Kesakitan di kepalanya masih dapat dirasai. Sungguh dia lupa semua kejadian yang berlaku semalam. Suara riuh-rendah di tingkat bawah rumahnya menyebabkan dia segera keluar dari bilik. Dia yakin ally dan naufal menziarahinya.
Ally dan naufal sibuk menjamu makanan yang disediakan oleh ibu izz, pijah. Pijah menelefon ally dan naufal sebelah pagi tadi untuk memberitahu keadaan izz yang tercedera malam semalam. Tepat jam 9 pagi mereka berdua betul-betul berdiri di hadapan muka pintu dengan wajah kerisauan. Syira tidak ikut sama kerana ada kelas tuisyen dan mungkin akan melawat.
"Nasi lemak makcik Pijah memang first class! Untung izz ada ibu yang pandai masak macam makcik pijah," puji Ally sambil mulut penuh dengan nasi.
Naufal memandang dengan jengkel. Tak senonoh betul kawannya itu.
"Kalau ye pun, habiskanlah makanan dalam mulut tu dulu. Karang terhambur keluar, siapa nak bersihkan? Maid kau?"
Ally mencebik.
"Cakap jelah jeles sebab rumah kau tak ada maid," pidas ally sambil menjelirkan lidah.
Naufal menayangkan penumbuknya ke muka ally. Ally berpura-pura cuak. Mahu sahaja ally dilemparkan ke dalam lubang jamban dan dilemaskan tapi ini rumah orang. Tak sopan membunuh orang di kediaman orang lain, kan?
"Izz, kau dah bangun!" Teriak naufal sebaik sahaja kelibat izz muncul dari anak tangga.
Pijah menanyakan keadaannya. Izz hanya mengangguk kepala tanda dia sudah pulih
" ibu jemput kawan kamu ke sini. Mereka terus ke sini lepas ibu beritahu kamu pengsan malam semalam," ujar pijah tanpa dipinta.
"Izz pengsan?" Soal izz yang memang seratus peratus lupa kejadian kelmarin
"Ye, kamu pengsan. Terkejut ibu ayah nampak kamu terbaring di sebelah sofa dengan kepala yang berdarah. Mujurlah kecederaan kamu tidak serius. Panik ayah kamu semalam!"
Izz mengangguk lemah. Oh begitu ya. Kepalanya diusap lembut oleh pijah. Kepala yang sakit kini sudah hilang setelah ibu membelainya. Ibu memang ada kuasa penyembuh! Izz tersenyum pulas .
"Izz, macam mana kau boleh pengsan?"
"Aku tak ingat apa-apa. Mungkin sebab aku penat sangat sampai tak nampak jalan kut?"
"Risau aku bila ibu kau telefon cakap kau pengsan. Cepat-cepat aku lari ke rumah naufal nak pinjam motor. Penat tau! Semua ni aku buat demi kawan," kata ally sambil menabik dada. Izz ketawa kecil. Demi kawan konon. Demi makanan adalah!
..
"Baiklah kelas. Kali ini saya tidak mahu kamu memandang remeh terhadap peperiksaan akademik satu. Saya tak mahu ada pelajar yang gagal matematik tambahan lebih-lebih lagi kelas pertama seperti kamu,"
Semua menjawab faham dengan laju setelah diberi amaran daripada cikgu zita. Cikgu zita merenung satu-satu pelajarnya. Matanya terhenti pada wafiy yang hanya tunduk sepanjang pembelajaran. Dia sangat pantang apabila ada pelajar yang tidak fokus.
"Kamu yang memakai pinafore bertocang dua tu, bangun!"
Semua tertumpu pada pelajar berkenaan iaitu wafiy.
Wafiy merenung tepat mata cikgu zita membuatkan dia resah semacam tapi tidak dapat dijelaskan mengapa.
"Errr... betulkan tocang kamu tu. Kemaskan sikit. Itu saja," pintah cikgu dan lantas mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.
Keadaan itu menimbulkan tanda tanya pelajar. Cikgu zita yang garang seperti harimau ditundukkan oleh pelajar baru, wafiy!
Di satu sudut kelas, dian dan rakannya sibuk berbincang sesuatu.
"Pelik! Selalunya cikgu zita main sound je kalau budak-budak buat hal. Tapi kenapa dengan budak baru tu cikgu macam takut-takut?"
Fira menggoyangkan jari telunjuknya cuba mencari jawapan.
"Pasti hantu dalam badan wafiy yang senyapkan cikgu! Kau tak nampak macam mana wafiy pandang cikgu? Menyeramkan, bukan?"
Beberapa pelajar yang mendengar perbualan mereka turut sama menyelit. Rugilah jika terlepas isu hangat terutama mengenai hantu dan jembalang.
"Memang betul kot khabar angin yang mengatakan sesiapa saja yang menduduki tempat itu akan diposses oleh hantu tu. Aku rasa aku dah tak selamat sekelas dengan hantu!"
"ISh kau ni! Semua cerita tu karut. Jangan percaya benda khurafat macam tu,"
"Jika khabar tu hanya angin sahaja, kenapa tak pernah ada sesiapapun duduk di situ? Kau tak rasa ada bad spirit dalam budak baru tu?"
"Aku ada rasa sesuatu yang lain pada dia! Setiap kalu aku usha budak tu, mesti bulu roma aku tegak, leher seram sejuk. Pandangan mata dia tajam!"
"Yang kau mengusha dia kenapa?"
"Sebab dia cantik, hehe,"
Seusai itu, mereka ketawa semahunya namun apabila menyedari tingkah mereka dikesan oleh mata wafiy, cepat-cepat mereka beredar.
Izz mengeluh berat apabila tercuri dengar perbualan mereka. Wafiy telah menjadi pelajar yang merentasi tangga pertama dalam gosip mingguan.
Gadis itu diperhati dari hujung rambut ke kuku kaki. Melalui perwatakan wafiy yang dia survery, memang benar adakalanya dia seram namun nampak normal. Mungkin sahaja khabar angin karut itu mengubah persepsi orang sekeliling terhadap wafiy.
Wafiy.. ingin saje aku tegur kau namun aku ada maruah yang harus dijaga. Getus hati kecilnya.
"Huh? Apa dia?"
Terkejut izz. Macam mana ally dapat mendengar isi hatinya? Atau aku tercakap separa berbisik tadi? Atau ally ada kuasa psikik?
"Apa? Sekali lagi?"
Izz membuntang. Budak ni memang menakut-nakutkan orang.
"Takde apa la! Perasan lah kau ni. Mana ada aku bercakap dengan kau," kata izz sebelum menjauhkan dirinya dari ally. Takut jika segala isi hatinya dapat dibaca Ally.
Pelik.. Ally dapat merasakan namanya dipanggil. Hanya izz yang berdekatan. Kalau bukan izz, siapa lagi?
Share this novel