Bab 18
Izz menanti-nanti ally yang sudah sejam hilang sejak senja tadi. Sekarang sudah melewati waktu maghrib. Ketika solat jemaah tadi pun dia lesap. Kebimbangan menerpa dirinya. Janganlah dia pulak jadi mangsa pembunuh naufal tu. Minta dijauhkan.
Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kumpulan masing-masing. Izz berasa kosong setelah pemergian cikgu zita dan naufal apetah lagi ally tak dapat dikesan. Syira, wafiy, akmal dan siti turut merisaukan ally. Janganlah dia buat hal.
"Baiklah pelajar sekalian, sekarang kita akan mengadakan aktiviti nightwalk iaitu berjalan sendirian dalam kegelapan malam," suara cikgu rashid berkumandang.
Izz mencebik. Apa pasal aktiviti tu tetap dijalankan setelah apa yang terjadi petang tadi? Gila ker! Tak takut ke kalau pembunuh tu serang lebih ramai pelajar lagi! Gilalah sekolah ni!
Semua pelajar mula berbisik sesama sendiri. Memikirkan hal yang sama seperti izz. Memang gila berani mati sekolah ni! Menyesal join!
"Ya, saya tahu kita baru sahaja dikejutkan kes pembunuhan cikgu zita dan seorang pelajar tingkatan 5 tapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa," sambung cikgu rashid. Sebenarnya dia takut juga jika ada apa-apa berlaku pada para pelajar namun segala kelengkapan aktiviti nighwalk ni sudah penat-penat disediakan oleh cikgu adni.
"AKtiviti ni sesuai untuk melawan ketakutan kamu. Jangan risau, saya yakin cikgu adni melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan kamu semua. lagipun aktiviti ini dalam blok sekolah sahaja," ujarnya kemudian menyuruh mereka beratur. Satu per satu pelajar akan naik ke atas bangunan kemudian turun ke tingkat dua dan kembali ke bawah dengan selamat.
Kumpulan izz paling terakhir kerana tiada guru pembimbing. Masing-masing bergaduh siapa dulu akan naik dan siapa yang terakhir.
"Aku dan siti naik dulu. Kemudian wafiy dan syira. Setelah tu kau izz paling akhir sekali. Kalau ally dah sampai, dia yang terakhir," putus akmal. Izz dengan redhanya menerima jadi orang terakhir. Haih mana ally ni.
Mereka menanti giliran sambil melihat ahli kumpulan lain di atas bangunan. Kelakar tengok mereka terjerit-jerit berlari-lari. Nampak sangat takut. Hahaha, aku dah kecut perut ni!
Rasa macam nak terkucil aje lepas akmal dan siti selamat sampai setelah giliran mereka. Memang cuak betul muka dorang berdua tu sampai termengah-mengah.
"Pehal kau ni? Macam baru kene kejar jembalang je," ketawa izz namun hatinya bergelora melihat wafiy dan syira mula bergerak ke atas bangunan.
"Sumpah terkejut kot! Cikgu tu siap baling kerusi lagi. Terkejut do!" Kata akmal menghabiskan sisa cuaknya. Penat dia berlari turun tangga. Mujur tidak terjatuh.
Izz kembali memandang ke atas. Budak perempuan tu dah sampai ker.
..
Wafiy berjalan di hadapan dengan langkah berhati-hati. Syira di belakang sudah menggigil ketakutan. Tidak tahu kejutan apa yang telah membuatkan pelajar lain menjerit bagai nak rak tu.
Wafiy berjalan ke hadapan dengan berani. Tidak semena-mena dirinya tertarik ke salah satu kelas yang gelap kemudian pintu itu tertutup. Syira terkejut lalu berlari mendapatkan wafiy namun dia terhalang dek pintu kelas yang terkunci dari dalam. AH sial, ni mesti pembunuh tu!
"Wafiy! Wafiy!" Jerit syira berulang kali dengan cemas. Dadanya berombak kuat. Dia tahu bukan wafiy sahaja dalam bahaya tapi dia juga!
Izz terkejut apabila kedengaran suara syira memanggil wafiy. Dia mula risau. Apa yang telah berlaku atas sana. Kumpulan lain yang sudah selesai sudah beransur pulang. Tinggal dia, akmal, siti dan cikgu rashid yang menunggu. Ah sudahlah, dia perlu naik sekarang. Pasti ada apa-apa yang terjadi pada mereka berdua!
..
Ally terduduk cuba memahami situasi yang dia sedang hadapi. Matahari sudah tidak kelihatan tapi entah mengapa berat hatinya untuk beredar. Ni kalau orang lain pasti akan pengsan atau cabut lari.
Gadis itu duduk di sisinya melepaskan nafas yang pendek. Dia tersenyum. Ally sudah seram sejuk. Dah kenapa budak ni tersenyum sedangkan aku bagai nak gila.
"Terima kasih,"
Huh? Terima kasih apanya. Aku rasa aku dah nak tercabut nyawa tahu tak! SAbar ally sabar.
"Selama ni saya cuba selamatkannya tapi gagal. Saya penat. Saya penat!" Tiba-tiba gadis itu mengamuk. Haish apa ni, sudahlah kita dekat depan rangka! Bukan rangka kucing, rangka manusia!
"Saya bodoh sangat waktu tu. Tersangat bodoh! Saya biarkan dia terseksa. Saya biarkan dia merana, saya biarkan dia mati! Saya bodoh!"
Ally sudah ketakutan. Jangan pula lepas ni aku senasib dengan naufal. Ya Allah tolong aku!
"Wani, maafkan aku.." kedengaran suara menangis merintih di telinga ally. Wani? Siapa wani? Dia pandang rangka yang masih di dalam tanah itu. Itu wani ke?
"Wani mati sebab aku. Aku kejam, aku jahat. Aku tak berperikemanusian dan aku seorang pembunuh! Aku bunuh dorang!"
Pengakuan gadis itu membuatkan ally terkesima. Pembunuh? Kau ker yang bunuh naufal?
..
Wafiy meronta-ronta minta dilepaskan. suasana yang gelap menyukarkan dia melihat wajah orang yang menangkapnya tadi. Tangan dan kakinya diikat ketat. Mulut pula disumbat gumpalan kertas. suara syira dari luar sudah tidak kedengaran. Wafiy ketakutan. Sungguh, dia takut! Kemudian dia dapat rasakan ada seseorang duduk disebelahnya.
Lampu dibuka namun hanya satu yang menyala. Seorang wanita di hadapannya memandangnya dengan jelek sambil memegang pisau. Kemudian wafiy melihat orang yang di sebelahnya. Syira! Dia pengsan dan ada sedikit darah di kepalanya dek dipukul objek tumpul.
Wafiy menendang-nendang kaki syira untuk menyedarkannya namun gagal. Syira pengsan.
Wafiy kembali memandang wanita itu. Tinggi lampai. Dia sangat mengenali wanita itu.
"Apa kau pandang-pandang? Dah lupa aku ker? Akulah farah adni, wani syawafiy!"
Share this novel