IRDINA memandang Arisya yang asyik termenung. Sepotong Kek Coklat di hadapannya tidak diusik. Jarinya digigit fikirannya menerawang entah ke mana.
Dahi Irdina berkerut-kerut memikirkan pelbagai spekulasi terhadap Arisya.
'Dah kenapa pulak minah ni. Sepatutnya, balik dari 'dating' happy. Ini tidak, masam je muka. Macam orang putus cinta.' bisik Hati Irdina.
"Isy, tepi sikit." ujar Irdina sambil menghenyak punggungnya disebelah Arisya.
Terangkat bahu Arisya bila mendengar sapaan itu. Dah kenapa dia ni? Banyak-banyak sofa, kat sebelah aku juga dia nak menyelit. Sibuk betul!
Tadi, dia terkejut juga dia bila melihat Irdina dan adik-adiknya menyambutnya dengan sebiji kek ditangan. 'Suprise' katanya. Patutlah, tadi banyak sangat songeh adik-adik Arisya. Suruh beli ini lah, itu lah. Rupa-rupanya mereka belum siap menyediakan kejutan.
Pandai betul dia berpakat dengan Mikaeyl. Suruh Mikaeyl mengajaknya keluar bersama siang tadi. Atau lebih tepat, ajak dating. Patutlah Mikaeyl tak masuk kerja tadi, semata-mata mahu membuat kejutan. Ada lah juga rasa terharu tadi. Ehek.
"Kau dah kenapa? Dari tadi termenung. Sepatutnya, kau kena happy. Harini Birthday kau." ujar Irdina.
Arisya mengeluh perlahan. Dari tadi, dia sibuk memikirkan Mikaeyl. Apa yang dia buat? Dia dah okay ke? Masih nangis lagi ke? Atau...
"Sakitlah!" Jerit Arisya.
Lengannya digosok-gosok bagi menghilangkan rasa perit apabila dicubit Irdina.
"Haa kan dah kena. Aku tanya...kenapa? Apa yang tak kena? Jangan pendam sorang-sorang, Arisya. Kau gaduh dengan Mikaeyl, eh?" soal Irdina.
Betullah tu. Dia perlukan seseorang untuk menyelesaikan masaalah ini.
"Emm Dina, kau...pernah tak nampak orang lelaki nangis? I mean...menangis depan-depan." soal Arisya.
Kening Irdina bercantum. Ah, dah kenapa pula dia ni?
"Dekat YouTube belambak mamat K-Pop menangis. Contohnya, Park Jimin tu. Tapi depan-depan ada lah sekali. Dekat wayang. Aku kan selalu tengok cerita sedih. Pastu ada seorang budak sebelah aku. Dia nangis. Ah, kau tak tengok lagi kan? Sabtu ni, kita set time. Ok?" ujar Irdina.
Arisya menepuk Dahinya. Orang tanya elok-elok, dia main-main pula.
"Tak. No. A big NO. Bukan yang macam tu. Emm kau pernah nampak seorang lelaki, menangis dalam tidur. Depan-depan kau. Pernah tak?" soal Arisya, masih belum berputus asa.
Berkerut-kerut Dahi Irdina mendengar soalan itu. Hah? Kalau tanya banyak-banyak kang, merajuk pula kawan dia ni. Lama berdiam, dia bersuara.
"Orang lelaki ni, susah nak menangis. Ego dia, tinggi melangit. Tapi, kalau dia nangis...maksudnya, dia terlalu gembira, ataupun...sedih. Kut lah. Aku pun mana lah tahu sangat, bab-bab ni." balas Irdina.
'Happy? Takkan lah dia terlalu happy dapat keluar dating dengan aku. Isy, mustahillah!'
Bila melihatkan Arisya kembali termenung, Irdina mengetap giginya. Geram kita! Ada juga yang kena cepuk jap lagi ni...
"Kau tengah fikir pasal siapa?" soal Irdina.
"Mikaeyl"
"Mikaeyl? Kenapa dengan dia?" soal Irdina.
Arisya tersentak? Huh?
"Kenapa dengan Mikaeyl?" soal Arisya kembali.
Irdina menjeling.
"Tadi, kau cakap, kau tengah fikirkan pasal Mikaeyl. Kenapa dengan dia?" soal Irdina.
Arisya menepuk dahinya. Dah sah terlepas cakap. Haa tulah. Fikir sangat pasal dia. Sampai tak perasan dah terlepas cakap.
"Mikaeyl, tadi...dia menangis." ujar Arisya.
"Seriously? Mikaeyl? Mikaeyl si Hati Batu tu? Seriously, Arisya?" soal Irdina separuh menjerit.
Arisya mencebik. Dia bukannya hati batu lah! Dia pun ada perasaan. Tak payahlah nak menjerit sampai macam tu sekali.
"Hmm ya. Aku nampak sendiri dengan mata kepala aku. Sampai ada air mata keluar. Kau rasa kenapa eh? Dia sedang berada dalam kesedihan ke? Teruk sangat ke sedih dia tu?" soal Arisya
"Mana lah aku tahu. Aku bukannya rapat sangat dengan dia pun. Kau je yang rapat dengan dia. Cuba kau ingat balik. Dia pernah tak bagitahu kau sesuatu. Tapi, kau tak ingat. Aku rasa mesti ada sesuatu yang dia bagitahu kau. Tapi kan, kalau dia menangis dalam tidur tu, mesti ada sesuatu yang berlaku. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Dia tak dapat nak luahkan secara lisan." jawab Irdina.
Arisya mengetap bibirnya.
"Tu lah masaalahnya. Sejak aku berjumpa balik dengan dia, aku nampak macam senyuman dia tu... Tak ikhlas. Lepastu, macam ada sesuatu yang dia pendam. Dan aku rasa...kesedihan yang dia alami sekarang, lagi teruk daripada dulu. Tapi seingat aku, dia tak pernah cerita apa-apa kat aku. Sebab tu aku tak boleh nak tolong apa-apa. Setakat buat dia tersenyum, ketawa tu boleh lah." luah Arisya.
Kecewa dan terkilan rasanya bila tak mampu nak buat apa-apa. Bila dia sedih, Mikaeyl lah yang pujuk dia. Tapi dia? Kalau lah dia boleh selami hati Mikaeyl, sudah lama dia lakukan benda itu. Tak lah hati dia sakit macam ni bila melihat Mikaeyl bersedih macam tu.
"Macam ni lah. Kalau kau rasa tak sanggup nak tanya pasal tu kat Mikaeyl, kau cuba tanya emm.. kawan rapat dia. Macam yang..."
Irdina menggigit bibirnya. Hampir-hampir dia pecahkan rahsia yang Mikaeyl datang mencarinya untuk mengetahui kisah silam Arisya. Kalau dia tahu, memang cari penyakit lah namanya, Irdina.
"Macam apa? Cuba cakap sampai habis, Dina." marah Arisya.
Irdina tersengih.
"Macam...bos kau. Bos kau kan kawan baik Mikaeyl. Mesti lah dia tahu pasal Mikaeyl ni."
Arisya menarik muncung. Kemudian, dia menggeleng.
"Ah, Mustahil! Orang lelaki ni, brotherhood dia, kuat! Mustahillah, senang-senang dia nak buka cerita dekat orang luar." balas Arisya.
"Hmm...apa kata, kau tanya si PA Mikaeyl. Apa nama dia? Arlina kan? Bukan ke kau kata dia, dah 10 tahun kerja dengan Mikaeyl?" soal Irdina.
Arisya mengukir senyuman. Kemudian, dia memetik jari.
"Yes, pandai! Kenapa lah, Aku tak terfikir? Dina, macam mana kau boleh jadi pandai ni? Selalunya, Idea kau tak boleh pakai?" soal Arisya.
"Amboi kau, gurau kasar nampak? Dah lah. Aku nak pergi marathon cerita korea dengan adik kau. Kek tu, makan. Jangan buat perhiasan pulak." ujar Irdina.
Dia bangkit menaiki tangga. Arisya sekadar menghantar bayangan Irdina dengan ekor matanya.
Keluhan panjang dilepaskan. Kek coklat di hadapannya, diletakkan di sisi. Beg kertas yang berisi coklat dicapai.
Satu plastik choki-choki dibuka. Dibawa ke mulut dan dihisap perlahan.
Fikirannya terus melayang memikirkan Mikaeyl. Choki-choki dibiarkan tergantung di bibirnya. Telefon pintar jenama Oppo dicapai dan swafotonya bersama Mikaeyl ditilik. Senyuman tergarit dibibirnya. Tiba-tiba rasa rindu pula melihat senyuman lelaki itu. Hihihi
Aplikasi WhatsApp dibuka. Mencari nama Mikaeyl dan menghantar pesanan ringkas. Beberapa ketika menunggu, pesanan berbalas.
Arisya: Sebelum pukul 10:00, aku nak buat satu permintaan boleh?
Mikaeyl: Hmm...apa dia?
Arisya: Nak tengok gambar kau selfie boleh?
Berdebar hatinya menunggu balasan daripada Mikaeyl.
Mikaeyl: Jangan nak merepek. Tidur lah, Alya Arisya Maisarah.
Arisya mencebik. Eee, kata sayang. Kalau sayang, takkan lah benda kecik tu pun tak boleh buat. Telefon Pintar dibaling jauh. Choki-choki yang tergantung dibibirnya, digigit geram.
MIKAEYL melihat telefonnya yang sepi, tiada balasan. Aik? Alat kawalan jauh televisyen dicapai. Kemudian, dia menekan butang 'pause'. Dah lah dia tengah syok melayan animasi Doraemon kegemaran Arisya. Puas dia ketawa melihat Doraemon buncit itu.
Watak Doraemon memang lucu. Setiap kali dia melihat aksi comel Doraemon, setiap kali itulah dia teringatkan Arisya. Eeee kemaruk sangat dah ni.
Terhenti tawanya bila melihatkan pesanan ringkas daripada Arisya. Masa ini lah kekasih hatinya ingin membuat permintaan yang pelik-pelik. Aduhai...
Kamera Swafoto di telefonnya dibuka. Saat wajahnya terpapar di skrin, dia membetulkan kedudukannya. Rambut diselak dan tangan dibuat bermacam-macam gaya.
Setelah itu, gambar yang telah diambil ditilik satu per satu. Kemudian dia tersengih. Gambar pertama diambil menampakkan senyuman palsunya. Gambar yang kedua pula, memperlihatkan aura ke'poyo'annya. Haish Parah! Sudahnya, berpuluh-puluh gambar diambil. Biasa lah, kalau nak bagi pada kekasih hati, nak yang elok sahaja.
"Kau tengah selfie ke? Nak hantar kat awek eh?"
Teguran itu membuatkan telefonnya hampir terlepas dari genggaman. Air liur ditelan pahit bila melihtakan wajah Baihaqi yang sedang tersengih-sengih memandangnya.
"Kau nak apa masuk bilik aku? Tak reti nak ketuk pintu?"
Baihaqi membuat muka. Kemudian, dia menghampiri sofa Mikaeyl.
"Aku nak minum air tadi. Lepastu, aku dengar ada orang ketawa mengekek-ngekek. Aku datang lah sini. Kau tengok apa?" soal Baihaqi.
Alat kawalan jauh sekali lagi dicapai. Kemudian, dia terus menekan butang 'off' . Kalau Adik tirinya tahu dia sedang syok melayan animasi Doraemon si perut Buncit, habislah. Jatuh tergolek sahamnya. Ego yang dibina akan jatuh merudum. Mana nak letak muka, woii!
"Tak ada apa lah. Dah keluar. Aku nak tidur."
Baihaqi mengecilkan matanya. Kemudian, senyuman nakal tergarit dibibirnya.
"Aku tahu. Kau tengok video...aduh! Sakitlah!"
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, betisnya menjadi mangsa sepakan Mikaeyl. Sakit gila! Kaki ke batu yang sepak dia ni?
"Blah, blah." ujar Mikaeyl.
Dia bangkit menolak Baihaqi ke hadapan pintu. Tidak memberi sedikit pun peluang untuk membalas sepakannya.
Nafas ditarik lega. Fuh, nasib tak kantoi!
Lepas pintu dikunci, dia kembali ke tempat duduknya. Telefon pintar dicapai. Kemudian, dia mengambil swafoto buat entah kali ke berapa. Dia tersenyum macho hingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya. Okay, handsome. Hantar.
Tidak sampai sesaat, telefon pintarnya bergegar menghantar pesanan. Laju tangannya membuka pesanan tersebut.
Arisya: Handsome baby aku senyum macam tu. Hahaha. Selalu senyum untuk aku ya, baby. Senyuman kau ni, lebih mahal daripada choki-choki tadi. Selamat malam baby, tidur awal. Jangan nakal-nakal tahu? Assalamualaikum my boo.
Mikaeyl pegang dadanya. Terasa bagai dipanah cinta Arisya. Auch! Tiba-tiba dia menutup mukanya, malu. Rasa macam Arisya sedang mengungkapkan kata-kata tersebut dihadapannya.
Bibirnya digigit menggoda. Senyuman nakal ditayangkan. Tunggu kau, Arisya. Dah kahwin nanti, siap sedia lah kau.
Pesanan WhatsApp tadi, dibuka sekali lagi. Berbunga-bunga hatinya membaca kata-kata cinta Arisya. Auch! Parah! Tolong saya, Doktor Cinta!
Debaran di dada tidak dapat dikawal lagi. Bibirnya leka tersenyum malu. Mukanya disembamkan pada bantal disisinya.
"Arghh kenapa dia comel sangat!" pekik Mikaeyl
Wajah manja Arisya terlayar di ingatannya. Dan tika itu juga lah dia bagaikan sudah hilang kewarasan. Kakinya dihentak pada lantai. Kemudian, dia membaringkan badannya ke atas katil. Pipinya ditampar-tampar.
"Tidur, Mikaeyl. Tidur." ujarnya sendirian.
Sekali lagi wajah Arisya terlayar di ingatannya. Haish!
"Argghh!" pekiknya lagi.
Badannya berguling-guling dan pipinya dicubit kuat bagi melenyapkan Senyumannya itu.
Tiba-tiba.....
BUK!
"Adeh, sakitnya badan aku.." adunya sendirian.
Badannya jatuh tergolek daripada katil. Semua salah kau, Arisya! Tidak lama kemudian, matanya mula Kuyup. Dia menguap dan bibirnya tidak lekang dari senyuman. Assalamualaikum, sayang.
Kikiki tidur lantai lah kau, Mikaeyl.
Share this novel