"CIK Arlina."
Sahutan itu mengejutkan Arlina yang jauh termenung memikirkan jalan penyelesaian setelah mendengar permintaan tadi. Bukan niatnya mahu menyusahkan Arlina. Cuma, she had no choices.
Arlina tersenyum nipis.
"I'm sorry kalau permintaan saya ni...keterlaluan. Saya bukan nak busy body. Saya cuma...perlu tahu, Cik Arlina. I know ada sesuatu yang Tuan Anas Mikaeyl cuba sembunyikan. Ada kesedihan yang dia pendam selama..."
"Panggil saya Kak Ara, Cik Arisya. Lebih mesra. Orang yang rapat dengan saya panggil saya Ara." pintas Arlina.
Arisya tersenyum dan mengangguk.
"Kalau macam tu, Kak Ara pun panggil Arisya je lah. Tak payah lah ber cik-cik. Lagi selesa, kan?" soal Arisya.
Arlina sekadar mengangguk. Hatinya sayu untuk memulakan cerita.
"Kak Ara di sini, bukan sekadar Pembantu Peribadi Mikaeyl. Akak di sini, sebagai Kakak yang sering melihat Mikaeyl jatuh dan bangun. Akak yang selalu akan ada untuk dia. Tak kira lah susah mahupun senang. Kalau Arisya tak bagitahu akak kenapa Arisya datang pun, akak dah tahu kenapa." ujarnya panjang lebar.
Muka Arisya bertukar kelat. Kemudian, dia mengangguk.
"Beberapa hari lepas, Dia tidur dalam kereta. Dalam tidur dia tu, dia ada menangis. Dan ada air mata. Boleh saya tahu, apa yang dia pendamkan selama ni?" soal Arisya.
Arlina mengetap bibirnya. Kemudian dia mengerling memandang Arisya. Patutlah dia tanya, dia dah tahu. Ini baru sikit, Arisya. Banyak lagi yang Arisya tak tahu.
"Sebenarnya, antara dua sebab dia menangis. Satu, sebab dia penat. Dan kedua... ada perselisihan faham dengan Datin Ainan." ujar Arlina.
Arisya mengeluh. Kenapa?
"Datin Ainan? Mama dia? Ya Allah. Tak selesai lagi? Seingat saya, masa zaman sekolah dulu lagi dia dah bergaduh dengan mama dia. Apa yang dah jadi, sebenarnya?" soal Arisya lagi.
Arlina menunduk. Hatinya dihimpit rasa bersalah. Dia cuma ada dua pilihan sekarang ini. Mahu menjaga amanah yang diberi Mikaeyl...atau, menceritakan kepada Arisya? Kalau dia menjaga amanah, berkemungkinan air yang keruh tidak akan kembali jernih. Kalau diceritakan kepada Arisya.. mungkin, ianya akan jadi suatu perubahan positif kepada Mikaeyl. Lama berdiam, dia bersuara.
"Sejak dia lahir, mama dia memang tak pernah sayangkan dia. Arwah mak kak Ara, bekerja dengan Datin Ainan sejak Akak kecil lagi. Jadi, akak membesar bersama-sama Tuan Anas Mikaeyl. Lagi menyedihkan, Arwah Tan Sri Mukhriz meninggal masa Tuan Anas Mikaeyl kecil. Selepas itu, hidup dia bertambah rumit. Dia sering dicaci maki dan diherdik. Dia juga tidak mempunyai hak didalam rumah itu." ujarnya.
Arisya diserang dengan rasa sebak yang mendalam. Patutlah Mikaeyl kurang bersosial semasa zaman sekolah dahulu. Sangkaannya, Mikaeyl dipinggirkan kerana ibunya telah mempunyai sebuah keluarga baharu. Namun, ternyata tidak. Hubungan Mikaeyl dan ibunya memang keruh sejak dahulu.
"Bila Tuan Anas Mikaeyl kena halau dengan bapa tirinya, dan dibela Nek Wan di kampung, Akak rasa sedih bercampur gembira. Sekurang-kurangnya, Tuan tak akan diberi seteruk-teruk layanan. Tapi, adalah juga rasa sedih dan terkilan kerana Tuan dibuang keluarga dan tidak pernah mendapat secebis pun kasih sayang daripada Ibu kandungnya." luah Arlina.
Kemudian, dia mencapai sebuah kotak tisu. Tisu diambil dan di lapkan pada matanya.
"Kenapa Datin Ainan buat macam tu? Kenapa wujudnya rasa macam tu? Kenapa? Dia yang mengandungkan Mikaeyl selama 9 bulan. Kenapa, akak...." soal Arisya.
Air mata yang ditahan akhrnya tumpah jua. Sungguh hiba hatinya saat ini. Perit untuk ditelan.
Arlina menggeleng perlahan setelah mendengar pertanyaan Arisya. Dia diam seketika sebelum menjawab pertanyaan itu.
"Datin tak sukakan Tan Sri Mukhriz. Mereka berkahwin atas sebab kepentingan Syarikat. Hanya untuk perniagaan. Tapi, takdir Allah Datin Ainan mengandungkan Tuan Anas Mikaeyl. Dan masa tu, Datin meroyan. Dia cakap, mengandungkan Mikaeyl itu adalah satu kesilapan. Dan sebab itu lah dia tidak pernah melayan Mikaeyl dengan baik. Seolah-olah Mikaeyl pembawa malang dalam hidupnya."
Badan Arisya tersandar lemah. Kenyataan yang baru didengari Arisya, mengguris hatinya. Sanggupnya hati seorang ibu menganggap anaknya sedemikian. Apakah dosa Mikaeyl?
Arisya menggeleng lemah. Kemudian, dia mengeluarkan air mata dan ketawa bagai orang hilang akal. Sungguh bengang dengan keadaan yang dinyatakan Arlina. Namun, dia sedar. Dia perlu sabar. Banyak lagi benda yang dia belum tahu tentang Mikaeyl. Ini baru permulaannya.
"Kalau Betullah Datin tu bencikan Mikaeyl, kenapa dia kutip balik Mikaeyl dan jadikan dia CEO SYARIKAT? Kenapa Mikaeyl kembali ke sini dan nak seksa hati dia? Ataupun... Mikaeyl dah tak tahan nak hidup miskin di kampung? Nak sangat hidup mewah? Macam tu?" soal Arisya.
Manusia ni memang gilakan kuasa dan harta kan? Memang tak boleh hidup tanpa duit? Terbukti Mikaeyl orang yang macam tu. Heh
Arlina menggeleng perlahan menafikan tuduhan Arisya.
"Sebenci mana pun Datin Ainan pada dia, dia tetap Sayangkan Datin. Biarlah hidup dia susah. Asalkan, Datin gembira. Bila dia letih dan hampir berputus asa, dia selalu cakap pada akak. Dia buat semua ni untuk Datin. Tak kisahlah apa yang Datin nak, dia akan cuba dapatkan." ujar Arlina.
Dia kembali mengesat air matanya. Arisya turut begitu. Menyesal kerana menuduh Mikaeyl sesuka hati.
"Tuan Mikaeyl tak pernah gembira pun sejak pulang ke sini. Hidup dia bertambah rumit dan menyedihkan. Dia didesak belajar dan dikerahkan otak supaya menjadi pelajar yang cemerlang di Private University. Selepas dia menamatkan pengajian PHD, dia terus menyandang jawatan CEO Syarikat di Sutra Maya Holdings."
"Setelah dia menyandang jawatan, dia bekerja seperti robot. 24 jam dan kadang-kadang sehingga 72 jam. Pada usia muda, dia perlu melayan kerenah orang kenamaan dan tertekan dengan kerja. Dia dipaksa tersenyum dan menunjukkan seolah-olah dia gembira dengan apa yang ada. Walhal, hatinya terluka." ujarnya lagi.
Setitis demi setitis air matanya tumpah. Subhanallah, tabahnya seorang khalifah di muka bumi Allah, yang bernama Haidan Anas Mikaeyl. Bagaimana dia mampu mengharungi dugaan sebegitu rupa?
"Sampai satu masa, Tuan Anas Mikaeyl terlalu letih dan tertekan dengan kerja. Kemudian, dia mengambil rawatan psikatrik. Doktor menasihatkan supaya dia menenangkan fikiran. Rehat, dan bagi masa pada tubuh badan. Tapi, Datin Ainan tak faham. Tak habis-habis cakap pasal kerja, kerja dan kerja." kata Arlina
Arisya menggenggam jari jemarinya, erat. Bibirnya diketap menahan marah. Jika benar apa yang dikatakan Arlina, maka baginya...Datin Ainan tidak layak digelar ibu.
"Pada mata orang lain, mereka menganggap Mikaeyl seorang yang bahagia. Melimpah-ruah kekayaan. Duit adalah segala-galanya. Tapi hakikatnya, tiada siapa pun yang tahu Riwayat Hidup Dia."
Arlina mengakhiri ceritanya dengan juraian air mata.
Bibir Arisya pucat. Dia menelan air liur pahit. Selama ini, dia menganggap kisah hidupnya yang paling duka. Namun, siapa sangka...Cerita tentang Mikaeyl lebih berduka.
'Maafkan aku, Mikaeyl. Aku selalu menganggap kau lupa diri. Tapi sebenarnya tak... Maafkan aku...' ujarnya dalam hati.
Arlina menarik Arisya ke dalam pelukan. Dia menggosok lembut kepala Arisya.
"Tapi, sejak dia jumpa balik dengan Arisya, akak nampak betapa bahagianya dia. Walau ada duka, dia tetap gembira. Sebab apa? Sebab Arisya lah penawarnya. Akak nampak. Dia boleh tersenyum macam dulu. Tanpa perlu dipaksa. Ianya keluar sendiri seikhlas hati." ucap Arlina, yakin.
Arisya tersenyum dan menggeleng.
"Mana ada lah Kak Ara." nafi Arisya.
"Akak cakap benda betul, Arisya. Bukan saja-saja."
Arisya tersenyum nipis.
"Kalau betullah apa yang Kak Ara cakap tu, kenapa dia tak pernah bagitahu Arisya? Kenapa bila Arisya tanya dia, dia akan lari tinggalkan Arisya?" soal Arisya.
Arlina mengukir senyuman kelat.
"Sebab, kita bukan keluarga dia. Takkan lah dia nak ceritakan pada orang luar kan? Kak Ara tahu pun sebab Kak Ara nampak luaran dia. Macam kita lah juga. Kalau kita ada masaalah, kira cari keluarga kan?" soal Arlina.
Arisya mengesat air matanya dan mengganguk.
"Tapi, keluarga dia tak pernah ambil tahu pasal dia. Sebab tu lah, Arisya kena jadi isteri dia. Sekurang-kurangnya, luka yang terdapat pada hati dia, sikit-sikit akan sembuh." nasihat Arlina.
Arisya menggeleng.
"Tak lah Kak Ara. Kami dah berbincang tak akan buat keputusan terburu-buru. Takut Mikaeyl tak bersedia." kata Arisya.
"Arisya, Mikaeyl tu dah lama bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang imam kepada Arisya. Tapi dia takut Arisya tak bersedia. Tak bersedia menghadapi apa yang dia hadapi sejak dia kecil."
"Insyaallah, kalau Arisya dan Tuan Anas Mikaeyl sama-sama berniat nak menghalalkan hubungan, Allah akan permudahkan urusan. Akak doakan, semoga korang bahagia." doa Arlina.
Arisya sama-sama mengaminkan doa tersebut. Kemudian dia tergelak kecil.
Tiba-tiba hatinya dihimpit rasa bersalah bercampur sebak. Maksudnya, haritu...bukan lah Mikaeyl buat keputusan terburu-buru. Cuma, dia saja yang salah sangka.
'Maafkan aku sekali lagi, Mikaeyl.'
Silakan menangis.
Share this novel