[ LCTAM | BAB 34 ] { ANGKARA }

Romance Series 31300

"MASUK"

Mikaeyl memberi keizinan saat mendengar ketukan di pintu biliknya. Terjengul wajah Baihaqi yang sedang tersengih memandangnya. Dia hanya menayang muka beku tiada perasaan. Malas mahu melayan tetamu tak diundang itu. Baihaqi selamba menarik kerusi walaupun, tidak dipelawa.

"Dah sedia nak masuk kerja? Menghadapi cabarannya?" Soal Mikaeyl.

Baihaqi tarik muka empat belas. Dia mencebik tanda tidak suka. Ee mencilah! Belum panaskan punggung, sudah tanya tentang kerja. Mikaeyl dan mama nya sama sahaja. Memang tak ada benda lain yang nak ditanya ke?

"Saja nak melawat kau. Dah lama kita tak jumpa. Kenapa tak balik rumah? Kau tidur mana?" Soal Baihaqi.

"Kat mana-mana yang boleh tidur sajalah, Qi." Balas Mikaeyl, malas mahu berlama-lama dengan mamat sewel ni.

Lagipun, dia memang tak selalu balik rumah disitu. Malas mahu bertembung dengan lelaki tua talam dua muka dan mama kandungnya yang tidak pernah mengambil berat pasalnya. Tidak mahu merana jiwa dan mencetuskan pergaduhan dihadapan adik tirinya ini, Baihaqi. Selagi, dia boleh rahsiakan, dia akan rahsiakan. Itu janji dia.

"Kau gaduh dengan mama ke?" Soal Baihaqi.

Mikaeyl menggeleng.

"Atau kau ada awek, kau tidur..."

Serta merta kepalanya didongak memandang Adik tirinya. Kemudian dia memberikan jelingan maut.

"Hehe... Sorry lah. Aku gurau je."

"Pergi balik. Temankan mama kat rumah. Aku ada banyak kerja." ujar Mikaeyl.

Baihaqi menunduk. Kemudian dadanya dihurung rasa sebak.

"Sedihnya hidup aku. Pergi kat rumah kena bebel, kena marah. Bila aku datang sini, kena halau dengan abang sendiri. Kalau aku tahu jadi macam ni, dah lama aku merantau negara orang. Aku tak balik Malaysia."

Mikaeyl tidak melayan. Dia terus membelek fail-fail yang berada diatas mejanya.

"Bila kau nak masuk kerja ni? Dah sebulan lebih kau tak masuk kerja kat hotel ni." Soal Mikaeyl tanpa memandang wajah Baihaqi yang cemberut itu.

'Maafkan aku, Qi. Aku bukan nak paksa kau. Aku cuma nak kau berjaya. Buat mama banggakan kau. Aku tak nak mama anggap kau macam mana dia anggap aku. Aku tak nak kau benci mama.'

"Hmm...aku memang kena kerja ke? Pakai suit macam kau, 24 jam? Mengahadap Fail dan Dokumen yang bertimbun-bertimbun macam kau buat sekarang Ni?" Soal Baihaqi, malas.

Mikaeyl mengangguk.

"Baiklah. Demi abang kesayanganku, akan ku penuhi hajat mu. Aku akan mula bekerja esok. Puas hati?" Soal Baihaqi.

"Yes."

"Tapi, tak boleh ke kalau kau bagi aku pembantu peribadi yang cantik-cantik. Semangat lah sikit aku nak kerja." Ujar Baihaqi.

Mikaeyl mengangguk.

"Okay. No Problem."

"Ah, aku perlukan elaun tambahan juga. Well, memandangkan aku akan menghadap kerja yang bertimbun-timbun, aku pun perlukan duit lebihan untuk berhibur." Ujarnya lagi.

Kali ini, darah Mikaeyl naik tersirap ke kepala. Belum mulakan kerja, sudah minta elaun tambahan. Ni nak marah ni.

Belum sempat dia membalas kata-kata Baihaqi, Pintu biliknya dikuak dari luar. Terpampang wajah Pembantu Peribadinya, Arlina yang kegusaran.

"Tuan Anas Mikaeyl!" Jerit Arlina sambil nafasnya yang termengah-mengah cuba diaturkan.

Kening Mikaeyl bercantum. Dah kenapa? Aku ada kat sini. Tak pernah-pernah dia jerit macam ni.

"Ya, Arlina." Jawab Mikaeyl.

"Tuan...kita ada hal kecemasan." Kata Arlina.
Kemudian, dia memandang wajah yang berada disisi Mikaeyl.

Mikaeyl yang memahami dengan isyarat yang ditunjukkan Arlina, memberi arahan kepada Baihaqi.

"Qi, keluar. Aku ada hal urgent." Ujar Mikaeyl.

Baihaqi mencebik.

"Alah, dengan aku pun kau nak kena berahsia ke?" Soal Baihaqi, sedih.

"This is not the right time for me to persuade you, Baihaqi Shahfitri. Get out." Arah Mikaeyl.

"Ummph! Yes, I will." Balasnya.

Langkah diatur menuju ke pintu bilik itu. Kemudian dia keluar dan menutup pintu dengan perlahan.

"Apa dia, Arlina?" Soal Mikaeyl.

"Tuan. Tadi, Camelia menyemak e-mail. E-mail tersebut tentang tuntutan saman daripada pihak peguam. Didakwa bahawa Tuan telah menandatangani satu persetujuan di Syarikat Kongsi Gelap. Syarikat tersebut akan mengadakan event pelacuran dan perdagangan manusia di Hotel kita. Selain itu, Syarikat itu juga merupakan pengedar dadah terbesar dari luar negara." Ujar Arlina, penuh takzim.

Terus berubah air muka Mikaeyl.

"Cari siapa yang palsukan tandatangan sekarang! Ini sudah keterlaluan. Saya akan ambil tindakan. Lagi satu. Tolong selesaikan masaalah ini sebelum sampai ke pengetahuan wartawan media. Saya tak nak Syarikat Sutra Maya Holdings dipandang serong masyarakat. " Arah Mikaeyl.

"Baik Tuan." Sahut Arlina.

"Maafkan saya, Arlina. Tak pasal-pasal hari ini awak terpaksa buat double work." Ujar Mikaeyl, kesal.

"Tak mengapa Tuan. Ini dah memang kerja saya. Sekaligus, tanggungjawab saya." Balas Arlina.

"Baiklah. Terima Kasih."

"Ya, sama-sama Tuan. Kalau tidak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu." Pamit Arlina.

Mikaeyl mengangguk, memberi keizinan.

"Sekejap Arlina."

Arlina berpusing ke belakang.

"Ya, Tuan?"

"Pukul 2:30 nanti, saya ada mesyuarat dengan Tengku Danial kan?" Soal Mikaeyl.

"Ah, ya Tuan. Saya pun hampir terlupa." jawab Arlina.

"It's okay, Arlina. You don't have to follow me there. Do what I just told you. Report it to me once you find out who falsified my signature."


"I got it. Tuan, nak saya minta tolong Fateh siapkan kereta untuk Tuan? "

Mikaeyl mengangguk.

Sebaik mendapat keizinan daripada majikannya itu, dia segera keluar daripada bilik CEO tersebut.

Mikaeyl pula meraup wajahnya. Arghhh Stress!

'Haih...Siapa punya angkara ni? Apa yang dia tak puas hati?'

Agak-agak siapa eh, yang buat kacau tu? Kalau readers semua dapat teka, malam ni TDM update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience