ARISYA mengerling budak yang bernama Amar itu. Sebal pula rasanya bila terpaksa berdua-duaan dengan budak itu didalam studio ini. Zikri dan budak-budak yang lain sudah pun keluar ke Restoran makan. Mikaeyl pula berada didalam biliknya menyemak fail-fail Hotel.
Lama berdiam, Arisya bangun. Dia membawa berus cat dan cat berwarna hitam. Langkah diatur menuju ke arah seseorang yang bernama Amar itu. Kemudian, dia duduk bersila dihadapan Amar yang sedang mempamerkan riak serius. Dia melemparkan senyuman manis.
"Mikaeyl suruh akak tolong Amar. Boleh tepi sikit?" soal Arisya.
Amar merengus perlahan sebelum berganjak dari tempat duduknya. Dia menjeling Arisya yang sedang memandangnya.
"Siapa adik kau? Kau bukan kakak aku. Tiba-tiba je duduk sebelah aku. Sial betullah." ujar Amar
'Hei, main sial-sial pulak ni. Kalau adik aku, dah lama aku piyat telinga sampai berdarah. Takpe Arisya, dia mungkin ada masaalah. No worries, slow talk.' bisik Hati Arisya.
Arisya meneruskan lukisannya tanpa berpaling memandang Amar disisinya.
"Sakit lagi ke muka tu?" soal Arisya. Soalan tadi, dibiarkan sepi.
Wajahnya masih tidak ditoleh kebelakang. Sebab dia tahu, budak bernama Amar tu, sedang merenungnya. Sama macam Mikaeyl suka usha-usha orang. Ingat orang tak nampak lah?
"Adik akak pernah cakap. Kalau muka lebam, boleh tuam ais. Insyaallah, nanti surutlah sikit lebam tu. Tapi, Akak taktahu lah betul ke tidak. Sebab dia tengok dalam cerita Korea." ujar Arisya lagi.
Kedengaran tawa halus ditepi telinga Arisya. Atau lebih tepat, tawa sinis. Yes, berjaya pecahkan ego 'Budak Aisberg'.
"Bergaduh takkan selesaikan masaalah, Amar. Sifat Ego dan Memberontak akan bertambah teruk. Ianya tak akan dapat selesaikan masaalah. Jadilah seperti Nabi, mudah memaafkan. Walau, berkali-kali disakiti." nasihat, Arisya
Amar tersenyum sinis.
"Kau tak rasa, senanglah cakap. Aku yang rasa, aku yang tanggung. Kau? Tak ada apa pun. Jadi, diam. Tak payah nak nasihatkan aku. Aku tahu, apa yang aku buat." balas Amar.
"Akak tak rasa? Akak, Abang Kyle, Abang Zaki (Zikri) pernah alami duka macam Amar juga. Cuma, mungkin jalan ceritanya berbeza-beza. Bukannya kami lahir-lahir terus bekerja."
Amar melemparkan berus cat ditangannya sebagai menunjukkan tanda protes. Dia paling benci bila orang tunjuk bagus walhal taktahu pun apa masaalah yang dihadapinya. Konon ada Pengalaman Bengap betullah!
Arisya membalas pandangannya itu sebagai seorang kakak. Dia pasti, Amar ini berumur dalam lingkungan sebaya dengan Atilia dan Atilla. Usia begini memang cepat memberontak. Jadi, dia haris berfikir secara rasional. Kalau tidak, mahu dibelasah Amar.
"Kalau akak tak faham Amar, akak takkan nasihat Amar. Akak akan buat taktahu je."
Arisya mengambil beg nya dan mengeluarkan sekeping gambar polaroid. Kemudian, dia melemparkan kat tersebut kepada Amar.
Mukanya terus bertukar kelat. Tangannya menggeletar menyambutnya. Air liurnya ditelan pahit.
Arisya tersenyum. Lucu bila melihat wajah budak itu seakan-akan bertemu malaikat maut. Tulah, tadi sombong gila nak mampus, sekarang? Haa tengok. Pucat terus muka.
"Jangan risau, akak bukannya masuk situ sebab bunuh orang. Jangan menilai akak disebabkan kad ini. Akak pun tak menilai Amar hanya disebabkan Amar Ego dan mengamuk sekarang ni. Okay?"
Amar pandang muka Arisya takut-takut. Daripada nak maki hamun tadi, terus tak jadi. Adeh.
"Come here. Duk sini. Kita berbual tulus dari hati ke hati. Akak faham kalau Amar tak boleh ceritakan dekat Abang Kyle. Kalau macam tu, story kat Akak. Insyaallah...masaalah yang adik pendam selama ni, akan rasa tenang sikit hati tu."
Arisya memandang Amar dengan senyuman yang manis. Dia melihat Amar menunduk. Alahai, terus jadi budak baik.
Amar sekadar mengangguk. Dia merapatkan dirinya dengan Arisya. Menyuruh agar Arisya menceritakan pengalamannya dahulu.
"Akak masuk sini masa akak tingkatan empat. 16 Tahun. Sekolah Menengah." ujar Arisya, memulakan ceritanya.
Amar diam tidak berkutik. Dia dengar dengan teliti. Sedikit pun dia tidak menyampuk.
"Akak dituduh sebagai budak nakal dan jahat sebab akak miskin dan tidak berharta. Walaupun akak tak buat semua tu, akak tetap kena terima. Sebab apa? Sebab keadilan tu bukan selamanya milik kita. Undang-undang boleh dibeli dengan duit, Amar. Kita yang miskin ni, tak ada hak."
"Amar selalu memberontak kan? Tapi ada tak orang yang boikot Amar? Tak kan? Amar kena bersyukur. Sebab ramai lagi orang yang percayakan Amar. Amar Bertuah sangat. Ramai orang bagi peluang untuk Amar berubah."
"Walaupun darjat kita rendah, tidak berharta dan tidak mempunyai kehidupan yang mewah bukannya bermaksud kita ni jahat. Tak kisah lah orang cakap apa pun, yang penting kita kena sabar, dan percaya bahawa setiap ujian yang dikurniakan Allah, ada hikmahnya."
Hampir 1 Jam sesi meluahkan perasaan. Itupun, disebabkan laungan azan yang kedengaran dari Masjid. Mereka mengakhiri perbualan mereka dengan berbalas senyuman sebelum Amar meminta diri untuk ke Surau terlebih dahulu.
Semasa Amar berjalan, dia berselisih dengan Mikaeyl. Dia hanya tersenyum nipis. Mikaeyl menghampiri Arisya
"Arisya. Nanti aku nak belanja kau makan cendol." ujar Mikaeyl.
"Eh, kau ni tahu-tahu je aku nak makan cendol. Terima kasih. Tapi, aku nak solat dulu. Lepastu, kita keluar makan cendol."
"Hmm Mestilah aku tahu. Kita kan bergabung jiwa dan raga. Apa kata hati kau, hati aku pun macam tu."
"Eee mengada lah kau."
Mikaeyl menghampiri Arisya dan ingin memeluknya. Tetapi, dihalang Arisya.
"Haip! jangan nak gatal eh, kita tak kahwin lagi."
"Oopss sorry. Ingatkan dah kahwin.," ucapnya sambil menggosok-gosok belakang tengkuknya.
GATAL!
Lalalalala esok makan cendol!
Share this novel