ARISYA tersenyum memerhatikan adik-adik angkat Mikaeyl yang sedang asyik menyanyi lagu Stay With Me daripada Chanyeol bertemankan petikan gitar yang dimainkan salah seorang daripada mereka.
Kata Mikaeyl, rata-rata adik-adik angkatnya ini, merupakan pelajar Universiti yang mempunyai pelbagai latar belakang. Mereka akan ke sini pada waktu lapang untuk menenangkan fikiran.
Di studio ini juga, semua keperluan telah disediakan Mikaeyl. Makanan, alatan, akses internet dan segala keperluan pembelajaran bagi memudahkan adik-adik angkatnya. Katanya, memang niatnya hendak membantu mereka. Sebab dia tahu pelajar-pelajar di Universiti ini, selalunya penat dan memerlukan rehat secukupnya.
"Kenapa tak join diaorang?" soal Mikaeyl.
Arisya sekadar menggeleng.
"Tak nak lah. Nanti diaorang kekok pula kalau ada aku." balas Arisya.
Mikaeyl mengukir senyuman. Dia melabuhkan punggung di sebelah Arisya. Menikmati suasana damai. Sejuk hatinya mendengar nyanyian muzik yang dimainkan adik-adik kesayangannya itu.
"Tak sangka kau berbakat dalam melukis. Sebab kat sekolah dulu tak pernah pun aku tengok kau menonjolkan diri dalam bidang seni ni. Ke daripada dulu kau memang minat seni tapi aku yang tak tahu?" soal Arisya.
"Tak lah. Masa sekolah dulu aku memang tak ada bakat seni. Mungkin sebab aku kat Universiti dulu, Aku berkawan dengan orang yang ada seni ni. Zikri Contohnya. Tengok dia duk conteng-conteng kat kertas, aku pun terikut-ikut. Akhirnya, aku pun dah ada bakat lukisan ni. Daripada jadi hobi, bertukar kerjaya." balas Mikaeyl.
Arisya mengangguk.
"Ouh korang dekat studio ni selalu dapat jemputan ke?"
"Tak lah selalu. Tapi, kadang-kadang ada lah juga. Bergantung kepada Rezeki. Kalau tak ada dapat jemputan untuk buat lukisan seni di kafe hipster, dapat je jemputan menyanyi kat mana-mana event. Bergantung kepada keuntungan."
"Hmm... Dulu kalau buat lukisan dekat dinding ni, selalu kena denda. Sebab buat vandalisme." ucap Arisya tergelak.
Mikaeyl turut sama tergelak.
"Kalau melukis salah tempatnya, memanglah vandalisme." balas Mikaeyl
"Skill kau ada lagi tak?" soal Mikaeyl.
Seingatnya, masa zaman persekolahan dahulu, pantang ada dinding kosong pasti Arisya dan Irdina akan melukis disitu.
Arisya mengangguk.
"Ada. Masih tersimpan rapi."
"Nanti, kalau dapat tawaran untuk projek kat mana-mana kedai boleh lah kau join sekali." pelawa Mikaeyl.
"Hmm... boleh. Tapi, kau kena bayar aku mahal sikitlah. Skill 10 tahun aku ni daebak dia tak boleh bawa bincang! Meletops! Old but Gold." ujar Arisya
Mikaeyl ketawa.
Arisya berpaling ke sisi melihat wajah Mikaeyl.
Dulu, wajah inilah yang dia nanti-nantikan.
Arisya mencuit sedikit lengan lelaki itu.
"Mikaeyl, aku nak tanya sikit boleh?" soal Arisya, meminta keizinan.
"Apa dia?"
"Lukisan kat dinding tu kau lukis ke?" soal Arisya
Mikaeyl memandang arah yang ditunjukkan Arisya. Kemudian, dia tersenyum dan mengangguk.
"Dekat bilik aku pun ada lukisan yang sama. Kan aku dah kata, sesaat pun aku tak pernah lupakan kau." jawab Mikaeyl.
Tersipu-sipu malu Arisya bila mendengar jawapan Mikaeyl. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Ada rasa terharu dalam masa yang sama, dia rasa bersalah kerana sepanjang 10 tahun mereka terpisah, Arisya menuduh Mikaeyl lupa diri. Padahal, Mikaeyl masih Mikaeyl yang dia kenali. Tidak pernah berubah.
Lukisan didinding tersebut ditatap lama. Gambar padang dandelion belakang sekolah. Daun-daun dandelion yang berterbangan. Tidak lupa juga dengan pokok yang menjadi tempat berehat Mikaeyl dan Kasut 'copy and paste' pemberian Arisya sempena hari lahirnya.
Senyuman Arisya terukir lagi hingga menampakkan giginya yang tersusun rapi. Dia ingat lagi. Kasut itu. Mikaeyl meninggalkan kasut tersebut bersama sehelai kertas bertulis 'Maaf, Nek Wan.' itu sahaja yang dia tulis tiada penjelasan lagi.
Arisya mengerling kaki Mikaeyl. 'Mesti dia dah tak muat'
"Kau simpan lagi kasut tu?" soal Mikaeyl.
"Ada. Asyik terlupa je nak buang." balas Arisya, beralasan.
"Ada bawa ke?" soal Mikaeyl.
"Ada. Tapi kat rumah lah. Kenapa?"
"Kau kata kau nak buang kan? Aku nak balik benda tu."
Arisya tersenyum sinis dan menggeleng.
"Banyak cantik muka kau, kau dah buang kasut tu macam tu je. Lepastu nak kutip balik. Mana boleh! Kasut tu aku punya. No Sharing, No Caring. Fullstop!" kata Arisya berbaur merajuk.
Mikaeyl tertawa.
"Kan aku dah kata. Aku tak kuat. Aku tak boleh simpan apa-apa barang yang boleh mengingatkan aku pada kau, termasuklah kasut tu. Faham Cik Arisya?"
"Habistu, kau lukis tu boleh pulak? Mana aci?" protes Arisya.
Mikaeyl tersengih kerang busuk. "Itulah pasal sebab menyesal pulangkan kasut tu pada kau lah aku buat lukisan tu. Terubat lah sikit rindu aku."
Tiba-tiba rasa bersalah menjalar dalam hati Arisya. Dia tidak sepatutnya berkata begitu.
"Nanti aku bagi kasut tu kat kau. Tapi ada syaratnya. Aku nak kau janji dengan aku yang kau akan jaga kasut tu baik-baik. Kalau tak, siap kau!"
Sekali lagi senyuman tergarit dibibir Mikaeyl. Dia mengangkat tangannya lagak bersumpah yang memberi isyarat berjanji.
PIN!
Bunyi Hon motosikal itu menghentikan perbualan Mereka. Mikaeyl berpaling ke arah motosikal tersebut. Dia kemudiannya bangkit dari kerusi.
Melihatkan gerangan yang memasuki studio, adik-adik angkat Mikaeyl terkejut.
"Tunggu sekejap Arisya, nanti aku datang balik." ujar Mikaeyl
Langkah diatur mendapatkan seseorang yang baru masuk. Di mata Arisya, lelaki itu berkemungkinan adik angkat Mikaeyl. Berkerut dahi Arisya bila melihat budak itu masuk ke dalam studio dengan mata yang bengkak, tangannya yang patah dan kakinya hanya berlapikkan stokin yang koyak.
'Budak ni lari rumah ke, apa?' soal Arisya dalam hati.
"Tak Payah Sibuklah!" bentak budak lelaki itu.
Tengkingan itu mengejutkan Arisya yang sedang memikirkan pelbagai spekulasi di mindanya. Kedua-dua bahu Arisya terangkat.
Arisya memandang Mikaeyl di pintu masuk. Kelihatan lelaku itu masih chill and cool even di tolak dan diherdik budak itu. Apa masaalah budak ni eh? Tak ada adab ke?
"Amar!" laung Mikaeyl
Dia keluar dari studio dan mengejar budak lelaki itu yang sudahpun keluar daripada tempat yang baru dimasukinya.
Arisya menepuk dahinya dan menggeleng. Adalah tu apa-apa yang buat dia marah sampai macam tu sekali.
Seperti yang dikatakan Mikaeyl, tengahari tadi...adik-adik angkatnya ini mempunyai latar belakang keluarga yang bermasaalah. Hingga menyebabkan mereka tertekan salah satu contohnya, Si Amar tu. Sebab tulah mereka selalu ke sini. Di sini, mereka bagaikan sebuah keluarga yang bahagia.
"Budak-budak tu mengajar aku erti kehidupan sebenar. Bila aku down, aku pandang sekeliling aku. Apalah sangat masaalah yang aku hadapi berbanding budak-budak tu. Sedangkan sejarah hidup mereka jauh lebih sedih dan menyakitkan. Sebab hidup ni bukan sekadar Cerita Tentang Kita semata-mata."
"Apalah ertinya hidup tanpa kasih sayang dan bahagia? Ianya akan menjadi sesuatu yang menyakitkan. Jangan salahkan takdir mengapa kita dilahirkan begini. Cuma, dunia ini terlalu kejam. Jangan terlalu baik disebabkan kita dikhabarkan dunia ini begitu indah. Pada hal sebenarnya, ianya bagaikan 'Indah Khabar Dari Rupa'."
Kata-kata Mikaeyl terngiang-ngiang di telinga Arisya. Penuh makna, membuatkan Arisya tenggelam didalam kesayuan.
Melihatkan senyuman adik-adik angkat Mikaeyl, membuatkan Arisya tersenyum hambar. Dia gembira melihat mereka tersenyum. Pasti mereka sudah dikurniakan pelbagai ujian. Subhanallah, kuatnya mereka.
'Semoga kalian terus kuat, dik. Semoga segala impian korang akan ditunaikan satu hari nanti. Sesungguhnya, Tuhan itu Maha mendengar.' bisik Arisya dalam hati. Berharap ianya menjadi doa yang akan dikabulkan tuhan.
Hihihi bertarung nyawa I update tahu?
Share this novel