[ LCTAM | BAB 29 ] { IKAN }

Romance Series 31300

MIKAEYL memandang Arisya yang sedang memasak sambil menyanyi kecil lagu 'BONEKA'. Ralit sangat menyanyi sampai orang bagi salam pun tak dengar.

Aku bukan mainan,
Tempat permainkan,
Sesuka hatimu sahaja.
Aku bukan wanita,
Yang mudah kau cela,
Yang mudah kau dera jiwa.

Bukal-

"Merdu suara. Lagu apa tu?" sapa Mikaeyl.

"Kau ni dah kenapa? Tak reti bagi salam? Tak nampak ke aku tengah pegang pisau ni. Kang terkena dekat kau tak pasal-pasal mati." berang Arisya

Terlepas tawa Mikaeyl. Kalau betul-betul terjadi, mati muda lah kau Mikaeyl. Dibunuh kekasih hati.

"Assalamualaikum bakal isteriku. Abang rela mati ditangan kekasih hati." ucapnya seraya mengenyitkan mata.

"Kau jangan nak mengada-ngada eh. Aku stapler mulut kau baru tahu." balas Arisya.

"Kau datang ni nak apa?"

"Aku rindu kau."

Arisya segera menekup mulut Mikaeyl. Kemudian dia menoleh ke belakang. Malu dia jika adik-adiknya mendengar apa yang dikatakan Mikaeyl.
Nanti, makin galak lah adik-adiknya mengusik.

"Aku dengar lagi sekali, aku tonyoh-tonyoh cili dekat mulut kau. Lepastu, aku potong lidah kau." ugut Arisya.

Lepastu, dia pula seram dengan kata-kata sendiri. Meremang! Awat hang garang sangat Arisya?

"Garangnya cik kak oii. Kalau macam ni, aku pun tak nak kahwin dengan kau. Garang sangat."

"Siapa je yang nak kahwin dengan kau? Aku pun tak nak."

Mikaeyl mengecilkan matanya.

"Kau cakap apa? Ulang lagi sekali, Arisya. Aku sabar aje ni. Kalau tak sekarang juga aku bawa kau ke pejabat agama. Sekarrrrang juga kita kahwin!" tegas Mikaeyl.

"Hahaha gila lah kau ni. Tepi."

Mikaeyl memberi laluan kepada Arisya. Dia melihat bahan-bahan yang telah disediakan untuk memasak.

'Ayam? Ayam goreng lah kot.
Ikan? Hmmm nak buat laksa kot. Sayur bayam? Nak goreng lah kot'

"Aku tolong siang ikan eh" pelawa Mikaeyl.

"Hmmm" balas Arisya.

Well, sekali-sekala nak juga tengok teruna pujaan dara ni memasak. Boek ke kelaut?

Arisya hanya membiarkan Mikaeyl membuat kerjanya dahulu. Dia masih menunggu kuah masak lemak cili api itu mengeluarkan aromanya.

Sedang Arisya sibuk ke hulur ke hilir, Dia sempat menangkap bunyi pisau yang berlaga dengan papan pemotong. Dia keluar dari ruang dapur dan melangkah masuk ke dalam ruang meja makan. Melihatkan apa yang Mikaeyl lakukan, darahnya tersirap naik ke kepala.

"Kau buat apa tu, Haidan Anas Mikaeyl? Hmmm?" soal Arisya dari belakang

Gerakan tangan Mikaeyl yang lincah menyiang ikan terhenti. Dapat diarasakan aura pembunuhan sedang menghantui pemilik suara itu. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan menoleh ke arah Arisya.

"Siang ikan lah...kan?" jawab Mikaeyl lambat-lambat.

Arisya mengetap bibirnya erat. Dia berdoa agar diiurniakan kesabaran yang tinggi pada waktu tengahari yang panas membahang ini.

"Siapa ajar kau siang ikan macam tu?" soal Arisya.

Keras intonasi suaranya. Membuatkan Mikaeyl diam tidak berkutik. Nek Wan pun tidak pernah memarahinya sebegini rupa. Bila Arisya marah dia, sedih pula rasanya. Ehek tibe.

"Perlahankan sikit suara kau tu. Kalau adik-adik kau dengar, malu aku nanti. Kenapa? Apa yang tak kena?" soal Mikaeyl, polos.

Arisya seakan-akan mahu menangis. Geram dia dibuatnya. Orang dah lah nak cepat. Orang kerja, penat. Ingat senang ke nak dapat duit. Walaupun 1 sen. Hah? Hish.

Dia menarik nafas dalam sebelum memulakan kata-katanya.

"Wahai Sayangku Haidan Anas Mikaeyl, pemilik hati ku..." niatnya yang hendak marah dibatalkan tiba-tiba rasa lucu pula melihat wajah cuak Mikaeyl.

"Tulah, lain kali kalau taktahu, cakap. Biar aku tolong kau."

Mikaeyl mengangguk.

"Meh sini. Aku tunjuk demo kat kau."

"Nak siang ikan, kena buat dengan kasih sayang. Basuh-basuh dia sambil selawat. Semoga orang yang makan ni, dipermudahkan segala urusan. Faham?"

Mikaeyl mengangguk lagi.

"Ikan ni, kau kena potong sikit ekor dan sisik dia ni. Bukan potong semuanya."

"Haah kan.... Kenapa lah aku tak terfikir macam tu...baru sama macam kita makan." balas Mikaeyl.

Arisya tergelak mendengar kata-kata Mikaeyl itu. Mikaeyl yang mendengar Arisya ketawa itu tersenyum.

Benarlah kata Arlina. Arisya satu-satunya orang yang mampu membuat Mikaeyl ketawa bahagia. Tanpa perlu dipaksa dan berpura-pura.

Sebelun datang ke sini, moodnya swing kelaut. Berang dengan adik tirinya dan lelah dengan kerjanya yang memang takkan habis. Belum kira dengan kecewa dan terkilan dengan mama kandungnya. Bila melihatkan Arisya tersenyum, moodnya bertukar 360°.

"HAPPY kan bila gelak-gelak macam ni?" soal Arisya.

Mikaeyl memangguk.

Bukannya dia tidak tahu wajah Mikaeyl ketat semacam saja bila masuk kedalam rumah tadi. Cuma, dia buat-buat tidak tahu.

"Penat jugaklah nak tayang muka ketat aje."

"Haa tahu tak apa." balas Arisya sambil tergelak.

Arisya menghidang ayam goreng yang baru sahaja di angkat dari kuali.

"Malam nanti, ikut aku pergi, studio nak tak? Aku belum bawa 'isteri' yang aku dah lamar dua kali ni jumpa adik-adik angkat aku dekat studio. Diaorang teringin sangat nak jumpa kau." usik Mikaeyl.

Arisya menjeling Mikaeyl dan menolak bahu Mikaeyl menggunakan sudip. Haa kan dah kena. Udah gue bilang, benda yang lepas jangan diungkit, dong!

"Selagi lagi kau cakap macam tu, aku goreng kau dalam kuali."

Mikaeyl sekadar tertawa. Kuali yang dibasuh diletakkan di tepi Singki. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh di belakang Arisya.

"Nak ikut tak? Lagipun, sejak kau pindah KL ni, aku tak pernah bawak kau jalan-jalan menikmati ciptaan tuhan."

Arisya tersenyum penuh makna.

"Boleh. Tapi, kau kena angkut lah sekali bala tentera aku."

"Alah, tak dating lah macamtu." rungut Mikaeyl.

"Mestilah. Aku ni mak anak tiga. Kalau kau taknak, tawaran ditutup." balas Arisya, bersahaja.

Belum sempat Mikaeyl bersuara, terdengar deheman disebalik dinding yang menjadi pemisah ruangan dapur. Muncul si kembar Atilia dan Atilla

"Takpelah, pergi jelah kak. Kitaorang nak marathon cerita korea. Kan adik?" soal Atilia sambil menyenggol bahu Atilla.

"Haah. Cerita Crash Landing On You. Actually, kitaorang dah tengok dua kali. Tapi dah ter fall in love pulak dengan cerita tu. Lagipun, banyak lagi episode." jawab Atilla.

"Hish. Banyak lah kerja korang. Akak masak ni bukannya nak tolong. Korea, Korea, Korea. Korea aje!"

"Eh, tadi dia yang suruh kita buat assignment kat atas. Katanya, dah pergi naik atas buat assignment jangan kacau along nak masak. Patutlah dia halau kita kan, dik. Rupa-rupanya ada Mr. Billionaires Handsome kat sebelah dia. Pandang muka kita pun dia tak mahu."

"Ish korang ni kan!"

Mikaeyl? Apa lagi seronok lah dia tengok wajah cemberut Arisya tu. Satu geng dengan Budak Kembar tu.

"Tak payah nak cakap orang. Kamu pun sama je. Dah lah tak mandi. Busuk! Anak dara tak elok mandi lewat. Nanti tak ada siapa nak kat kamu." sampuk Nek Wan.

"Alah, Nek Wan biasalah. Hari Cuti. Mestilah bangun lewat. Lagipun, kitaorang muda lagi. Tak macam along. Dah tua. Nasib baik Abang Mikaeyl mahu. Kalau tidak, Andartu (Anak dara terlebih usia) lah jawabnya." kata Atilla

Merona wajah Arisya saat itu.

"Ish, tak habis-habis lagi nak mengusik kakaknya itu. Dah pergi mandi." arah Nek Wan.

"Ye lah. Nek Wan pun keluarlah. Bagi bakal suami isteri tu praktis memasak. Masak sama-sama. Auch! So Sweet." kata Atilia.

"Haah jom lah pergi tak payah ganggu pasangan sejoli ni. Haa kak long, duduk di dapur ni masak. Jangan buat kerja lain ya. Kalau lapar makan makanan. Bukan 'ngap' terus ya. Take care, I love you." sambung Atilia.

Mengekek-ngekek mereka ketawa.

Arisya mencapai sudip. Bersedia untuk mendapatkan adik-adiknya itu. Namun, mereka lebih pantas pecut berlari tidak mahu dipiat telinga. Sakit! Merah telinga.

"Ish! Geram aku dengan budak-budak tu." bebel Arisya, geram.

"Alah, kau takyah lah garang sangat. Suka aku tengok budak-budak tu happy go-lucky. Blushing juga muka kau ya."

"Alah, aku ni mak anak tiga. Kena lah garang sikit. Kalau tidak dipijak kepala. Tapi, garang,-garang aku, aku tetap along kesayangan dorang. Along paling terbaik didunia."

Sekali-sekala puji lah juga. Well, siapa lagi nak puji dia kan?

Mendengar kata-kata Arisya itu, membuatkan senyuman dibibir Mikaeyl pudar.Dia tidak suka Arisya merendah-rendah kan diri. Bukannya Arisya itu nakal dan berpewatakan tidak baik. Cumanya, nasib tidak menyebelahi dia.

'Maafkan aku, Arisya. Aku janji akan bersihkan nama kau. Aku akan tebus kesilapan aku dulu.' bicara Mikaeyl dalam hati.

Melihatkan kebisuan Mikaeyl itu, Arisya berpaling. Dia buat muka menyampah.

'Agak-agak lah kan. Aku puji diri sendiri pun salah. Sama aje perangai dengan minah kembar tu. Menyakitkan hati!' desis hati Arisya.

"Dah pergi sana. Tengok TV. Aku nak masak ni."

Mikaeyl diam tidak berkutik.

"Ya Allah, Mikaeyl. Kau dah jadi tunggul ke ni? Tepi sikit."

Mikaeyl mengalihkan badannya ketepi.

"Mana ada. Kita kan dah nak jadi suami isteri. Aku nak praktis lah ni. Aku nak tengok macam mana kau masak. Nanti lepas kahwin, aku boleh buat."

Arisya menjulingkan matanya. Ouh, nak praktis? Meh nak ajar.

"Bakal suami, tolong ambilkan gula."

"Baiklah bakal isteri. Bakal suami ambilkan gula ya."

"Nah"

"Cuba bakal suami buka mulut. Ni bakal isteri nak suapkan bakal suami. Nak bagi bakal suami kenal sikit yang mana satu gula."

Dapat dirasakan aura pembunuhan itu datang kembali, segera dia mencari alasan untuk keluar daripada situ.

"Hah? Apa dia Nek Wan? Ah ya.. Kyle datang ni.." ujar Mikaeyl, kelentong.

"Apa? Apa siapa panggil?" soal Arisya.

"Entahlah Tak dengar ke? Macam Nek Wan panggil. Kejap ya, bakal suami nak pergi tengok kejap." bohong Mikaeyl.

Segera dia berlari keluar dari situ. Fuhh. Nasib baik.

'Pandai lah dia kata Nek Wan panggil. Siap kau, Mikaeyl. Tunggu kau. Nak menipu pun agak-agaklah. Ada ke dia kata ni gula? Ni garam lah. Gula dengan garam pun tak kenal. Cuba rasa sikit. Haish! Masin! Phuii!' bentak Hati Arisya.

Hihihi Anggap jelah ni cerita tengahari tadi ya. Btw, jangan kedekut komen. Sila meriah-meriahkan lagi suasana ya. Bubye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience