[ LCTAM | BAB 35 ] { KECEWA }

Romance Series 31300

MIKAEYL menyenteng lengan baju dan melonggarkan tali leher yang berwarna hitam tersebut. Timbul urat di leher Mikaeyl. Mukanya merah menahan marah. Bibirnya tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata kesat. Jantungnya juga tidak henti-henti berdegup kencang. Nafasnya seakan-akan tersekat bila mengetahui siapa punya angkara yang memalsukan tandatangannya.

Tadi, selepas habis bermesyuarat bersama Tengku Danial, dia mendapat panggilan telefon daripada Arlina. Setelah mendapat tahu siapa punya angkara, air mukanya terus berubah. Dia terpaksa menolak pelawaan Tengku Danial untuk makan tengahari bersama. Dengan alasan, dia mempunyai hal kecemasan.

Arlina menasihati beliau bahawa tidak bertindak agresif. Dan perlu bersabar. Namun baginya, tidak ada manfaat untuk dia bersabar. Dia harus mengajar orang tua tersebut supaya tidak terlalu menunjuk kebodohannya.

Pintu rumah dikuak luas. Dibuka tanpa memberi salam.

"Kyle..." sapa Datin Ainan.

Terkejut-beruk dia melihat wajah Mikaeyl dihadapan pintu rumahnya ini. Tidak pernah-pernah Mikaeyl menjejakkan kaki ke sini dalam tempoh 10 tahun.

Sapaan Datin Ainan tidak dihiraukan. Sebaliknya, dia memandang lelaki tua yang sedang goyang kaki sambil ralit menonton televisyen. Seolah-olah tidak membuat salah.

Dokumen palsu yang berada ditangannya dilemparkan ke muka lelaki tua itu.

"Mikaeyl! Kau ni dah kenapa? Suka sangat cari masaalah. Dasar anak derhaka kurang ajar!" tengking Datin Ainan.

Rahangnya diketap kuat. Mengigil-gigil mulutnya. Rasa sebak dan marah dalam satu masa. Walau, berkali-kali diherdik, terguris hatinya. Luka itu tidak dapat dirawat. Senyuman sinis dilemparkan kepada Datin Ainan

"Datin tanya sendiri apa yang suami kebanggaan Datin ni buat." ujar Mikaeyl.

Datin Ainan memandang ke arah Suaminya, Tan Sri Khalid hanya menggeleng tanda tidak mengerti, tidak tahu apa-apa. Wah, pandai kau berlakon ya, Khalid!

Dia meminta penjelasan. God, apa lagi yang dilakukan suaminya ini sehingga menyebabkan anaknya bertindak kasar sebegini.

"Apa lagi, Mikaeyl?" soal Datin Ainan.

"Suami kebanggaan Datin ni, telah membenarkan event pelacuran atau perdagangan manusia di Hotel saya dengan memalsukan tandatangan saya. Datin tahu tak, disebabkan kesalahan jenayah suami Datin ni, saya hampir berdepan dengan tindakan undang-undang." jawab Mikaeyl.

'Patutlah, Kyle marah sangat, haih..abang ni... Ada saja nak buat masaalah.'

"Alah, Kyle...Ayah nak bergurau je. Jangan lah serious sangat. Sikit-sikit nak mengadu pada mama." Balas Datin Ainan, bersahaja.

"Shit! What the hell! Datin Ainan tahu tak, disebabkan dia, Hotel kita akan dipandang serong masyarakat tahu? Dan disebakan dia, nama Kyle buruk."

Datin Ainan terdiam. Kalau, masyarakat pandang serong, Syarikat akan jatuh merudum. Dan aku...takkan dapat hidup mewah seperti sediakala. DamnI! What the heck!

"Yelah. Maafkan jelah, ayah kamu tu ya. Jangan lah masukkan dia dalam penjara.
Kasihanilah kami, Kyle. Kesianlah sikit kat mama dan Baihaqi. Ya?" Pujuk Datin Ainan.

Mikaeyl mendengus geram.

Kepalanya dipalingkan ke sisi.
Mencari kekuatan. Dadanya rasa himpit dan sebak. Mamanya tidak pernah faham perasaannya. Asyik memenangkan orang tua itu. Apa kekurangan dia?

"Fine. Kalau itu apa yang Datin nak, saya akan buat. Tapi, saya nak RM 200,000 esok di meja saya sebagai pampasan. Dan saya mahu Tan Sri Khalid sendiri yang membuat Surat rayuan meminta dilepaskan. Dan memohon maaf atas kekhilafannya."

"Jangan lah, Kyle. Malu ayah nanti. Dia pun ada maruah juga." Bisik Datin Ainan

"Then, what about me? I have a pride too. And it's my last decision. If you want me to clear his name, it's the condition. If not, I could tell everyone that he is the culprit. Take it ot leave it. It's up to you." Bidas Mikaeyl.

"No Kyle..Don't make me like this."

"Once I said No, It means No. Fullstop! Mark my words, Datin Ainan."

Hihihi dah tepati janji. Congrat's to those readers yang berjaya teka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience