ARISYA melabuhkan punggungnya di atas rumput yang kering dan tidak lembap kerana cuaca pada hari ini, cerah dan baik. Tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hujan. Mujurlah di sini, tiada budak-budak. Mereka sedang bermain bola di arah bertentangan mereka. Kalau tak, kacau daun lah namanya.
Rindu betullah bila dah empat bulan tidak balik ke sini. Tadi, selepas menziarahi kubur arwah Mak Uda dan juga menghantar Nek Wan serta adik-adiknya, mereka terus menuju ke sini.
Petang ini, mereka akan pulang ke Kuala Lumpur semula. Jadi, ini sajalah masa untuk melepas rindu setelah sekian lama tidak pulang ke sini.
"Aku taktahu lah kenapa. Asal aku sampai sini je aku mengantuk. Padahal tadi segar bugar tak ada pula rasa mengantuk. Aku rasa aku ada allergic lah dengan tempat ni." rungut Mikaeyl.
Arisya berpaling ke belakang dan tersenyum. Alahai, merungut pun comel. Nak terkam boleh tak? Isy, behave Arisya.
"Agaknya badan kau dah kenal dengan tempat ni kut. Lagipun, ni memang tempat tidur kau kan? Tidur jelah." balas Arisya.
Mikaeyl menggeleng.
"Ala, sayanglah kalau aku tidur. Aku nak meluangkan masa dengan kau."
Arisya tersenyum.
"Kan..."
Seketika mereka berdiam, memandang budak-budak yang sedang membesar itu. Saat mata Arisya terpandangkan dua orang remaja yang berlainan jantina, senyuman mula tergarit dibibirnya.
"Kau ingat tak masa tu aku tengah luahkan perasaan kat sini. Tak perasan pun kau tengah tidur kat belakang. Dah lah aku menangis macam budak tak dapat aiskrim. Buat malu betullah." ujar Arisya, memecah kesunyian.
Ingat lagi, masa Arisya baru berpindah ke sini. Dia dimarahi abang tirinya, Izam. Jadi, dia merajuk dan membawa diri. Oleh sebab dia tidak tahu jalan di kampung ini, sudahnya dia tersesat di sini.
Dia duduk di sini meluahkan rasa sedihnya. Bila dia menangis teresak-esak, ada seseorang yang tiba-tiba muncul dari belakang pokok. Katanya, Arisya bising dan mengganggu tidurnya. Terkejut bukan kepalang Arisya waktu itu.
Mana tidaknya? Muncul tiba-tiba tak ada salam Ingatkan hantu bunian mana entah. Rupa-rupanya, Mikaeyl memang sudah ada di situ sejak awal lagi dan mendengar segala luahan isi hatinya.
"Berlagu-lagu tangisan kau masa tu. Aku tak tahu apa yang membuatkan aku nak terus duduk dan temankan kau masa tu. Selalunya, kalau ada orang kacau port aku ni, aku akan terus blah. Mungkin, sebab cerita dan tangisan kau waktu tu, buat aku rasa kesian." balas Mikaeyl.
Tersenyum dia mengingati semula kenangan itu. Kenangan paling indah dalam hidupnya. Masa itu, Arisya perempuan pertama yang berjaya menggetarkan hatinya. Sebab Arisya nampak comel gila waktu menangis. Sampai dia tak tahu nak buat mampu diam apa dan hanya menunggu. Lepas Arisya bertenang dan habis menangis, barulah dia menemani Arisya pulang.
"Dan kau terus temankan aku sampai jadi sahabat tempat aku meluahkan rasa, kan? Luaran kau nampak aje macam annoying, keras macam batu dan beku tak ada perasaan. Tapi, kau tunjuk peduli kau dengan tindakan kau. Masa ayah aku meninggal dunia, kau ingat tak? Kau muncul dengan muka serabai dan penat gila. Lengkap pakai apron bakeri lagi masa kau sampai dekat hospital masa tu."
"Lepas itu, bila nak pujuk aku menangis, kau belikan aku Choki Choki dengan tisu supaya cotak. Bila ingat balik momen tu, lawak betul. Kau boleh je beli tisu dalam plastik yang kecil tu, kan? Ada pula bawa tisu kotak gedabak besar tu. Bagi Choki Choki pula tu. Kau ingat aku budak kecil ke nak pujuk guna jajan macam tu?" soal Arisya sambil tertawa.
Mikaeyl turut sama tertawa mendengar pertanyaan Arisya itu. Memanglah, waktu itu dia gelabah dan tak tahu nak buat apa. Bila tanya Abang Mail macam mana cara nak pujuk perempuan kalau menangis, dia kata bagi coklat. Sebab itu dia belikan Choki Choki.
"Kau tahu tak sebab apa aku belikan Choki Choki?" soal Mikaeyl setelah tawanya reda.
Arisya menjongket kening.
"Ha'ah. Kenapa, eh? Aku pun tak pernah terfikir
nak tanya."
Mikaeyl tersenyum.
"Choki Choki tu maksudnya aku cinta padamu dalam istilah percintaan budak-budak remaja dulu." jawab Mikaeyl, selamba.
Arisya mengecilkan matanya. Tengok muka Mikaeyl yang sedang menahan tawa itu, memang tak lah dia nak percaya.
"Tak lawak eh?" soal Mikaeyl sambil ketawa.
"Tak ada maksud apa pun sebenarnya. Abang Mail kata, nak bagi perempuan berhenti menangis, bagi makan coklat. Disebabkan masa tu aku belum dapat gaji dan Choki Choki tu aje coklat paling murah, aku belilah. Tisu kotak tu pula, aku rembat aje dalam kereta Abang Mail sebab aku tak ada duit nak beli yang baru," sambung Mikaeyl lalu tersengih.
Arisya menyambut pengakuan Mikaeyl itu dengan senyuman.
"Sejak itu, Choki Choki jadi coklat kegemaran aku sampailah sekarang. Bila-bila aku teringatkan kau. aku belilah. Sambil makan tu, sambil aku lepaskan geram. Bayangkan Choki Choki tu, macam aku tengah telan kau. Geram, sebab kau tinggalkan aku" balas Arisya.
Mikaeyl tertawa besar.
"Mesti selalu habis Choki Choki dekat kedai kampung kita ni, kan? Mungkin setiap hari kau pergi beli Choki Choki... atau setiap jam? Wah, kayalah Si Kuey Teow tu. Melabur jual Choki Choki aje dekat kau setiap hari," seloroh Mikaeyl.
"Ee.. perasannya. Nak kata aku teringat dekat kau 24 jaml lah? Tolonglah. Tak kuasa, aku." bidas Arisya.
Mikaeyl mencebik.
"Tak nak mengaku konon."
Arisya sekadar membalas dengan jelingan.
Sebelum mereka sama-sama tersenyum dan ketawa.
Arisya mendongak dan memetik setangkai bunga dandelion.
"Tak rasa nak tiup ke?"
Bunga itu dihulurkan kepada Mikaeyl.
"Aku kan tengah bahagia ni. Nak tiup buat apa?" soal Mikaeyl berteman senyuman.
Senyumannya itu dibalas Arisya dengan cebikan. Setangkai bunga dandelion di tangannya itu, dibawa rapat ke bibir. Kemudian, ditiup perlahan. Serta-merta bibirnya mengukir senyuman melihat ia berterbangan mengikut angin.
Mikaeyl turut sama tersenyum. Dia kembali bersandar di pokok dan memerhati Arisya yang masih leka meniup bunga dandelion itu. Rasa tenang dan bahagia melihat seraut wajah manis itu.
'Aku bahagia bila kau di sisi aku, Arisya.' bisik Mikaeyl dalam hati.
Arisya tunduk dan memetik lagi bunga dandelion. Direnung lama. Kemudian, tangannya mula bekerja. Dia berpaling ke belakang dan matanya bertaut dengan Mikaeyl yang sedang sama merenungnya. Senyuman mereka bersatu.
Mikaeyl menjongket keningnya. Tanda memberi isyarat bertanya mengapa memandang dia begitu.
Arisya tersengih dan sekadar menggeleng. Dia berpaling semula dan menunduk. Tangannya sibuk memintal tangkai bunga dandelion yang dipetik tadi. Setelah berpuas hati dengan hasil kerja tangannya Arisya mengangkat kepala.
Nafas dihela panjang. Sekarang waktunya Arisya.
Dia sudah memasang nekad dan yakin dengar tetapan hatinya. Sekian lama sudah dia berfikir dar menantikan saat ini. Bukan sehari, malah berminggu minggu. Hinggalah hari ini. Dia nekad.
Bak kata Irdina tempoh bulan, pertemuan semula mereka berdua, adalah atas takdir dan aturan yang disusun indah oleh Allah. Kepulangan Mikaeyl bukan satu kebetulan. Tapi, sudah tertulis jalan ceritanya bua mereka. Bukan hanya tentang dirinya. Tapi, tentang Mikaeyl juga.
Dan hari ini, Allah jualah yang menggerakkan dan menyuarakan hasrat hatinya. Semoga dengan mengikut gerak hati kali Ini, hatinya untuk berterus terang segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.
Dia berpaling memandang Mikaeyl dan mengukirkan senyuman paling manis. Berdebar hendak memulakan ayatnya. Ada benda gila yang dia mahu lakukan hari ini. Setelah bertenang dan menarik nafas, Arisya duduk di sebelah Mikaeyl.
"Aku nak tunjuk kau kegunaan lain bunga dandelion ni selain untuk ditiup waktu kau bersedih. Meh sini, tangan kau sekejap" pinta Arisya.
Mikaeyl sekadar menurut walaupun dahinya berkerut seribu. Apa sajalah yang mahu dibuat kesayangan hatinya ini? Rela saja dia menghulurkan tangannya dan menanti tindakan Arisya yang seterusnya.
Arisya menyarungkan bunga dandelion yang telah diikat menjadi bentuk cincin ke jari manis Mikaeyl. Kemudian, dia mengetap bibir cuba mengawal rasa berdebar dan senyumnya. Malu jangan kata. Wajahnya sudah berbahang.
Mikaeyl tertawa kecil.
"Apa ni? Kau nak melamar aku ke?"seloroh Mikaeyl.
Arisya mengangguk.
"Aku dah sedia nak jadi isteri kau. Kau sudi tak nak jadi pengantin lelaki aku, Haidan Anas Mikaeyl?" soal Arisya.
Ya, itulah kegilaannya hari ini. Dia sedang melamar Mikaeyl. Buang segala rasa malu dan egonya.
Dia mahukan Mikaeyl menjadi peneman hidupnya lelakinya. Kalau lamarannya ditolak Mikaeyl, sumpah dia akan larikan diri sejauh yang boleh. Malu tujuh keturunan woi!
Mikaeyl terkebil-kebil memandang wajah Najuwa. Rasa seolah-olah dia sedang dalam mimpi. Kalau betul mimpi, tolonglah jangan kejut. Apa yang dia baru dengar tadi? Arisya melamarnya? Arisya nak kahwin dengannya?
"Aduh!" Mikaeyl pegang pipinya sendiri. Sakit.
Arisya pula sudah terbeliak mata. Terkejut bila Mikaeyl tiba-tiba menampar pipinya sendiri.
'Memanglah sakit. Dah kau tampar kuat gila' bisik Arisya dalam hati.
"Kau tak mimpilah " ucap Arisya sambil tersengih serba salah.
Mungkin sebab Mikaeyl tak percaya. Itu tampar diri sendiri. Nak sedarkan diri yang mungkin tengah berkhayal. Lucu juga melihat reaksi Mikaeyl itu.
Mikaeyl seakan-akan baru tersedar daripada mimpi saat mendengar kata-kata Arisya. Dia menegakkan badannya dan duduk menghadap Arisya. Mata Arisya direnung dalam.
"Kau serius?" soal Mikaeyl.
Arisya tersenyum dan mengangguk.
"Tapi, kenapa? Tak, maksud aku.. kenapa tiba-tiba?" balas Mikaeyl.
Bukan dia tidak teruja. Tapi, dia betul-betul terkejut
Arisya Mengeluh.
"Sebab dari awal aku memang tak patut menolak lamaran kau. Aku patutnya tahu, yang kau betul-betul serius waktu kau lamar aku tu, kan? Tapi, sebab nak jaga hati dan perasaan aku, kau sanggup akui yang kau terburu-buru. Walaupun, sebenarnya tidak. Aku minta maaf sangat-sangat, sebab aku pentingkan diri sendiri." balas Arisya.
Mikaeyl mengeluh perlahan. Dia menggeleng.
"Tak, Arisya. Janganlah cakap macam tu. Aku faham kau tak bersedia lagi. Memang salah aku buru waktu tu yang terburu-buru."
Arisya mengukir senyuman hambar.
"Sekarang, insya-Allah. Aku dah sedia nak jadi isteri kau. Aku sedar, pertemuan yang Allah takdirkan buat kita ini, sangat indah dan tepat pada waktunya. Di saat aku terlalu memerlukan seseorang untuk terus kuat, Allah hadiahkan kau pada aku."
"Sepertimana perlunya aku pada kau, begitu juga aku mahu menjadi perlu untuk kau, Mikaeyl. Aku nak berkahwin dengan kau bukan hanya kerana aku. Tapi, kerana kita. Macam yang kau pernah cakap. Kita lalui semuanya sama-sama... berdua." jawab Arisya, lambat-lambat.
Mikaeyl tertawa kecil.
"Kau betul-betul serius ke ni?"
Arisya mengangguk dan menarik nafas panjang.
"Alya Arisya Maisarah nak jadi isteri Haidan Anas Mikaeyl. Lelaki yang paling aku sayang dan cintai. Aku nak jadi isteri kau yang paling bahagia. Sudi tak, nak jadi pengantin lelaki aku?"
Hilang bicara Mikaeyl mendengar kata-kata yang diungkapkan Arisya itu. Allah saja yang tahu betapa dia gembira dan terharu mendengar jawapan itu. Wajahnya dipalingkan ke arah lain bagi membuang rasa sebak yang bertandang.
Setelah berjaya mengawal perasaan sebak dan terharunya, Mikaeyl berpaling, memandang Atisya kembali. Menjawab lamaran Arisya itu dengan anggukan dan senyuman.
"Aku pun nak jadi suami kau yang paling bahagia. Suami kepada Alya Arisya Maisarah yang paling aku sayang dan cinta dalam dunia ni" balas Mikaeyl dalam getar suaranya.
Melihat senyuman dan anggukan Mikaeyl, bibir Arisya mengukir senyuman. Tiba-tiba, dia rasa malu mendengar jawapan tulus dan ikhlas daripada Mikaeyl. Rasa wajahnya berbahang dan kemerahan.
Terus dia bangun dan mengipas-ngipas wajahnya. Jantung dah rasa berdetak tak seirama. Lagi pula bila melihat senyuman Mikaeyl yang membuatkan wajah lelaki itu tampak bertambah manis dan kacak secara tiba-tiba. Jantung yang berdetak laju tadi, sudah rasa nak terkeluar.
"Okeylah, itu aje aku nak cakap. Jomlah, kita balik. Dah lewat ni. Aku rasa mesti Nek Wan cari kita." ujar Arisya.
"Eh, macam tu je?" soal Mikaeyl
Terus berterbangan segala emosi sedihnya tadi. Kacau betul!
Arisya telan liur. Kemudian, dia berdeham perlahan.
"Kau lelaki, kan? Kaulah fikir langkah seterusnya. Takkan itu pun aku nak ajar?" ucap Arisya dan melangkah.
Mikaeyl tertawa dan bangkit mengejar langkah bakal isterinya itu.
"Kau melamar aku tadi, pandai pulak." usik Mikaeyl.
Arisya menggigit Bibirnya.
'Ha, tu lah kau..Arisya. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? Buruk padahnya. Tadi kemain berani sangat kan? Sekarang?' monolog Arisya dalam hati.
"Itu lainlah. A-aku.... Hah! Apa kata kau lupakannya. Lupakan jelah, anggap je benda tu tak pernah berlaku eh?"
Mikaeyl menggeleng. Oh, besar sungguh angan-angan mu. Tidak akan kanda lupakan sama-sekali.
"Lamaran kau tadi, akan melekat pada kepala otak aku sehingga nafas terakhir. Sampai ke anak cucu, akan aku ceritakan kisah romantiksss kita." ujar Mikaeyl dan mengeyit mata.
Arisya mencerlung matanya tajam.
"Aku kata tak payah, tak payah lah. Jangan nak mengada sangat boleh tak?" soal Arisya.
"Ingat senang ke nak ada perempuan yang melamar? Oh, dalam diam kau belajar juga, ya? Jadi Minah Juliet. Kau tengok kat mana? YouTube? Jangan tengok cara nak jadi romantis je. Cara nak buat anak pun kena tengok juga. Anyway, aku nak simpan cincin Dandelion kau ni untuk buat kenangan. Nak tunjuk kat Anak cucu kita. Biar dorang tahu betapa romantisnya Mak Nenek Dorang." ujarnya, nakal.
Boleh tak kalau, Baling lagi sekali buah kelapa dekat Dia? Biar pengsan kat sini. Baru tahu menyesal agaknya.Geram betullah!
Tu lah kau, Arisya. Siapa suruh kau buat macamtu. Tengok, siapa yang malu sekarang? Mahu tujuh keturunan diungkitnya nanti. Bukan anak cucu je dia bagitahu. Tak pasal-pasal cucu cicit semua diungkitnya. Grrr bencilah!
Hihihihi yang dinantika-nantikan telah tiba
Share this novel