[ LCTAM | BAB 32 ] { LAKONAN }

Romance Series 31300

MIKAEYL merenung Arisya yang sedang 'khusyuk' menikamati cendol di hadapannya. Khusyuk betul, sampai tak nampak kita yang 'handsome' kat depan dia ni. Huh!

Arisya berhenti menghirup cendol. Dia memandang Mikaeyl dengan kerutan di dahi yang berada dihadapannya. Geram pula rasanya bila melihat Jejaka Teruna Pujaan Dara ni asyik merenungnya dari tadi. Cantik sangat ke muka aku ni? Huh? Ehek Perasan kejap. Tak salah kan?

"Kau ni demam ke? Daripada kita keluar tadi kau asyik senyum-senyum. Bahagia sangat aku tengok. Kenapa eh? Share lah sikit kat aku. Mana tahu aku yang buat kau bahagia. Boleh kikis duit kau kan?" seloroh Arisya.

Mikaeyl tertawa Macho. Dia berdehem seketika.
Namun, senyumannya sekali lagi tergarit dibibir.

"Hihi nampak sangat ke?" soal Mikaeyl.

Arisya menjeling manja. Dia menyambung menghirup cendol yang tergendala sehingga habis. Kemudian, dia mencapai sebiji mangkuk cendol lagi. Dia menhirupnya. Ah, sedapnya! Syurga Cendol! *teruja.

"Mestilah aku bahagia. Kau ada depan mata aku. Kita Dating berdua tanpa ada gangguan. Contohnya, bala tentera kau tu hehe. Dapat berbicara tulus dari hati ke hati. Tak gitu?" soal Mikaeyl, lagi.

Serta-merta kepalanya didongakkan keatas.
Dahinya berkerut. Pelik! Macam pernah dengar lah ayat terakhir tu. Tapi... kat mana ya?

Kejap! Itu kan... ayat yang dia cakap dengan Amar tadi, part meluah perasaan. Ouh, ada juga makhluk dengar. Sibuk je. Dah busy kerja hotel tu pergilah buat kerja. Ugh!

"Kau curi dengar eh?" soal Arisya. Matanya mencerlung tajam ke arah Mikaeyl.

"Mana ada aku curi dengar. Tu namanya, terdengar."

Arisya mengukir senyuman sinis. 'Sama lah tu. Tak nak mengaku.'

"Aku nak berterima kasih kat kau sebab tolong aku. Akhirnya, aku tahu juga apa masaalah Si Amar tu. Sebab dia susah nak buka mulut. Asal tanya je, melenting."

Arisya mengukir senyuman nipis.

Amar tu budak baik. Cuma, keadaan persekitarannya memaksa dia untuk mengeraskan hatinya. Hidupnya dibelenggu dengan masaalah wang.

Adiknya sering sakit. Ayahnya pula, kaki judi. Ibunya bekerja 24 jam untuk mendapatkan duit untuk meneruskan kehidupan. Jika tidak diberikan duit kepada Ayahnya, maka Si Ayah akan bertindak ganas dengan ibunya. Menyakiti ibu seolah-olah menyakiti si anak juga. Oleh itu, Amar mengambil jalan inisiatif untuk belajar di Universiti. Tetapi, dihalang ibunya kerana tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar yuran Universiti.

Semalam, dia hampir membunuh orang kerana mengutuk ibunya dan memperlekehkannya. Sedangkan, mereka tidak mengerti kesusahan yang dihadapinya. Dia bertindak kasar dengan semua orang yang cuba berbaik dengannya, kerana ibu dan bapanya tidak pernah mengambil berat pasal nya.

Arisya tersentak. Dia menelan air liurnya kesat. Kalau Mikaeyl mendengar, maknanya....

"Kau tak kisah, ada kawan banduan?" soal Arisya.

Dia menunduk. Malu jika Mikaeyl tahu jika kisah silamnya ini. Mesti Mikaeyl menyesal dengan hubungan yang dibina sekarang ini.

"Esok, kau jadi kan, nak datang interview dekat Restoran kawan aku tu kan? Nanti pukul 9:00 pagi macamtu, aku hantar kau kat Restoran." ujar Mikaeyl.

Sengaja dia dia menukar topik. Dadanya dihimpit dengan rasa bersalah setiap kali dia mendengar tentang kisah silam Arisya itu. Jika dia mengetahui hal itu terlebih dahulu, dia lah orang pertama yang akan membantu Arisya. Namun, semuanya sudah terlambat. Tidak guna jika menyesal sekalipun. Meskipun begitu, siapalah dia untuk menghalang takdir yang telah ditetapkan Tuhan.

Arisya tersenyum kelat. Antara Dua. Mikaeyl mahu menjaga hatinya atau merasakan perkara itu sangat jijik untuk dibicarakan.

Dia mengangguk dan tersenyum memandang Mikaeyl.

"Haah. Esok aku datang temuduga. Jauh ke Restoran kawan kau tu? Apa nama dia?" soal Arisya pula.

"Ryan Fattah. Dia baru buka Restoran. So, dia memang tengah cari pekerja. Lagipun, dia ada buat tempahan lukisan dengan aku besok. Nak buat Restoran ala-ala Hipster. Kau tolong aku eh? Kita lukis sama-sama. Special Project. You and I."

"Aikk? Kenapa tak ajak budak-budak kat studio tu?" soal Arisya.

"Kan aku dah kata, Special Project. Our First Project as future married couple. Hehe" balas Mikaeyl, tersengih.

Ahh, mengada! Phuii!

"Arr sakai lah kau ni. Jom balik. Kalau aku layan perangai tak semenggah kau ni sampai esok aku makan cendol. Kau kata kau nak belanja kan. Shoo... pergi bayar." halau Arisya

"Alah kau ni, aku baru nak bagi pickupline. Kena halau pulak!"

Arisya tersengih. Dia menghantar Langkah Mikaeyl dengan ekor matanya. Kemudian, dia menghabiskan sisa-sisa cendol yang berada didalam mangkuk. Makanan kena habiskan. Tak baik membazir.

Dia mengelap mulutnya yang comot. Kemudian, dia memandang ke arah Mikaeyl. Asal lambat sangat ni? Senyumannya mati tatkala melihat Mikaeyl dikelilingi beberapa orang remaja perempuan yang sedang teruja dapat bertemu dan mahu mengambil gambar dengannya. Selfie lah katakan...

Arisya mencebik. Menyampah pula rasanya. Ni lah salah satu benda yang dia tak suka. Susah betul kawan dengan orang yang popular ni. Nak keluar mana-mana mesti kena serbu.

Tapi, lawak juga bila melihat mimik muka Mikaeyl. Nampak sangat senyuman palsu dia tu. Senyum tak ikhlas. Kawannya yang seorang ini memang tidak pernah berubah perangai. Tak suka bergaul dengan insan yang digelar wanita dan perempuan. Atau lebih tepat, takut perempuan Haha.

Dia melihat posisi Mikaeyl yang tak ubah seperti tunggul. Nak buat 'peace' pun rapat. Aduhai... Tertawa Arisya bila melihat aksi-aksi gedik remaja-remaja perempuan itu. Hok aloh Dah macam kena histeria. Maklumlah, CEO yang muda, kaya dan menarik. Handsome pulak tu. Aumm!

Sedang Arisya asyik tertawa, telefonnya berdering. Tertera nama Mikaeyl di skrin telefon tersebut.

"Kau tengok apa? Cepat lah datang sini. Tolong aku dari budak-budak histeria ni."

Arisya tergelak bila mendengar suara Mikaeyl yang resah-gelisah itu. Puas, dia ketawakan Mikaeyl, dia berdehem dan bangkit. Misi untuk berlakon. Hujung tudungnya ditarik, menutupi wajah.

"Baby...." suara Arisya meleret.

"Lama sayang tunggu. Kalau dah sudah. Jomlah kita balik. Panas lah. Tak tahan. Baby tak kesian ke kat sayang ni. Nanti demam macam mana? Hmm?"

Terlepas tawa Mikaeyl melihat lakonan Arisya itu. Meremang bulu romanya bila mendengar suara Arisya yang manja itu. Parah!

"Dah sayang. Bie dah bayar. Maaf ya, saya nak kena gerak dah. Kesian kesayangan saya ni. Saya pergi dulu." pamit Mikaeyl.

Dia memandang Arisya dengan senyuman.
Bukan niatnya mahu berlagak. Cuma, dia tak selesa dengan keadaan begitu. Dia hanya rapat dengan Nek Wan, Arlina dan Arisya. Adik-adik Arisya pun dia masih cuba menyesuaikan diri. Maklumlah, dah 10 tahun mereka tidak bersua. Lagipun, dulu adik-adiknya itu masih genit. Sekarang, dah jadi Anak Dara.

Setelah melepasi halangan budak-budak histeria itu, Arisya menarik nafas lega. Dia mengerling Mikaeyl yang tersenyum-senyum disisinya. Wah, bahagianya dia!

"Happy nampak?" soal Arisya.

"Mestilah Happy."

"Amboi, happy sangaat ye, tersiksa aku berlakon tadi, tahu?"

Mikaeyl mengerutkan dahinya.

"Siksa? Kita kenalah biasakan, nanti lepas kahwin panggil macam tu eh, baby...sayang... alahai, comel..."

"Diam Mikaeyl!"

Adeh, kau ni pun satu Arisya. Banyak-banyak cara. Berlakon jadi kekasih juga yang kau buat.
Sayang? Eww. Nak muntah!

Dia mempercepatkan langkahnya. Malas mahu melayan perangai orang sewel.

"Sayang, tungulah Baby... Sayang!"

"Diam Mikaeyl! Kau sebut lagi, aku stepler mulut kau!"

Hope you will like it <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience