[ LCTAM | BAB 33 ] { CEMBURU }

Romance Series 31300

BERUS cat yang sederhana besar itu dicalitkan dengan warna merah terang pada dinding. Lapisan terakhir yang dilukis bagi menyempurnakan lukisan yang hampir siap itu.

Setelah berpuas hati, dia mencelupkan berus itu kedalam baldi yang mempunyai air yang banyak. Kemudian dia menolak baldi itu ke tepi.

Dia mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyempurnakan lukisan ini. Lukisannya ini sungguh cantik dan menarik. Agak berbakat pelukisnya. Nampak lah berseri-seri Restoran ini.

"Siap!" jerit Arisya, setelah menyelesaikan tugasannya.

Arisya turun dari kerusi yang didudukinya. Kemudian, dia menghampiri Mikaeyl dan duduk bersila.

Matanya ralit memerhatikan Mikaeyl yang sedang menyiapkan tulisan Bold di dinding. Kreatif juga. Alang-alang dah tengok orang buat tulisan, dia pun ikut sekali.

"Tepi sikit." ujar Arisya.

Mikaeyl berganjak ke tepi. Tersengih dia melihat Arisya dengan rela hati menawarkan diri untuk membantunya. Alahai, ini lah buat aku gila-gilakan kau ni, Arisya. Haduih... bila lah nak kahwin...

"Untung tunang a.k.a bakal isteri dia kan? Dapat bakal suami yang romantik? Siap letak nama bakal isteri lagi kat Restoran dia. Wah, romantik gila! Kalau aku jadi perempuan tu, lah kan, aku akan terharu." ujar Arisya, tiba-tiba.

"So, kiranya dia nak buat kejutan dekat bakal Isteri dia lah kan? Untung.. dapat bakal husband macam tu... Aaaa melting teruks!" ujar Arisya lagi.

Dia masih menumpukan perhatian pada lukisan itu. Tanpa dia sedari, ada seseorang yang mencerlung matanya tajam. Dahinya berkerut pelik apabila tidak mendapat sebarang reaksi daripada Mikaeyl. Weh, asal nih?

"Kenapa?" soal Arisya, polos.

"Kau sedar tak kau tengah puji jodoh orang depan jodoh kau sendiri?" soal Mikaeyl

Matanya berair dan mukanya jelas nampak tak puas hati. Tertawa Arisya dibuatnya.

"Aku cuma nak bagitahu kau. Bila masa pulak aku puji. Aku just... kagum dengan usaha dia. Yelah lain daripada lain, kot. Bravo!" balas Arisya, selamba.

Mikaeyl mencebik. Sedaya upaya mengawal daripada air matanya menitis.

"Cakap jelah kau memang suka lelaki yang romantik."

"Eh, kau pun romantik apa, lamar aku kat padang sekolah." usik Arisya.

"Memang patut pun kau reject aku. Dua kali pulak tu. Ye lah, aku tahu... aku ni kan, tak ada perasaan. Bukan mamat romeo nak bagi ayat-ayat pickupline semua tu." ujar Mikaeyl, merajuk.

Arisya mencebik. Ahh, sudah. Perangai baby tua dia dah start. Mengada!

"Kau romantik dengan cara natural kau. Dah, tak payah nak banding-bandingkan dengan orang lain." balas Arisya.

"Dah tu, kau puji-puji macamtu, macam nak dia jadi husband kau. Macam aku ni di rendah-rendahkan pula. Ye lah, Aku tahu, aku ni tak layak."

Arisya tertawa lagi.

"Hey, kau dah kenapa? Mental? Sejak bila Mikaeyl yang aku kenal ni, pandai merajuk, cemburu buta semua? Hah? Cer cita sikit, setahu aku... Mikaeyl tu...tak ada perasaan. So, this is not you lah, Mikaeyl."

Arisya kembali ketawa. Geli hatinya melihat wajah Mikaeyl yang cemberut itu.

Melihatkan Mikaeyl sekadar berdiam diri dan tiada secalit pun senyuman dibibirnya, Arisya tersentap. Susah betul nak biasakan diri dengan Mikaeyl versi baru ini. Ahh, nak kena pujuk lah ni? Gitu?

Arisya mengeluh perlahan. Dia mencapai berus cat yang paling halus saiznya seperti berus water colour. Dia melukis bentuk 'love' di tangan Mikaeyl. Mikaeyl pula, hanya membiarkan Arisya.

"Cara kau ambil berat pasal aku, sudah cukup membuktikan yang engkau sayangkan aku. Kalau kau lamar aku dengan choki-choki tu pun dah buat aku terharu. Sebab, kau mampu ingat sekecil-kecil benda tentang aku walaupun sekecil Zarah. Orang lain mungkin tak nampak, tapi aku nampak. Aku tahu kau ikhlas. Kalau sekecil-kecil benda tu pun, kau boleh ingat, aku pasti kau boleh jaga aku, bimbing aku sampai ke Jannah." ujar Arisya.

Kemudian, dia mengangkat kepalanya memandang Mikaeyl dan tersenyum manis.

"Romantik atau pun tidak, kau tetap Haidan Anas Mikaeyl pemilik hati Alya Arisya Maisarah. Orang lain taktahu yang kau peduli tentang aku, sebab..."

Ayat Arisya tergantung. Selebihnya dia menulis pada lengan Mikaeyl. Menyuruh Mikaeyl membaca ayat yang terakhir itu.

"Saya kenal baby saya." baca Mikaeyl

Dia memandang Arisya dengan perasaan yang gembira. Bibirnya dikemam supaya tidak menunjukkan rasa terujanya. Hik, masih merajuk lagi tahu? Tulisan yang terdapat pada tangannya benar-benar membuatkan jantungnya mahu terkeluar. Adeh, Parah!

'Pemilik Hati Alya Arisya Maisarah? Saya kenal baby saya?'

Aduhai, Arisya benar-benar mahu menguji imannya yang senipis kulit bawang ini. Kalau tidak difikirkan pasal agama, dah lama diterkam Mikaeyl. Adeh...

Terlepas tawa Arisya bila melihat riak teruja Mikaeyl. Rasa mahu mengusik lagi. Arisya mengangguk sambil mengerdipkan matanya, manja.

"I warn you, Arisya. Jangan pandang aku macam tu. Tak pasal-pasal kita kahwin sekarang juga." Mikaeyl memberi Amaran.

Arisya tersenyum nakal dan memandang Mikaeyl manja.

"Baby mungkin baran tak kira masa, tapi baby akan kawal marah bila salah sayang. Baby mungkin saja hati batu, tapi baby manja bila kita berdua. Saya kenal baby saya." ujarnya manja. Suka dia mengusik Mikaeyl.

Mikaeyl segera menekup mukutnya tidak percaya. Macam mana dia boleh jadi juliet romantik nih?

"Arisya, stop it."

Arisya menggeleng manja dan mengukir senyuman nakalnya.

"No, baby. I said No." balas Arisya.

"Ya Allah. Kenapa dia comel sangat? Arghh!" pekik Mikaeyl, stress!

Tangannya naik memegang kepala. Stress dan tidak keruan dibuatnya. Dia lemah bila melihat Arisya tersenyum nakal begitu. Pada pandangan matanya, Arisya sangat comel dan tiada tandingan.

Tangan kirinya pula, mula menampar pipinya. Agar berhenti tersenyum. Adeh, memang Parah!

"Arisya, please. I'm begging you. Stop it." Rayu, Mikaeyl. Ugh tak tahan!

Mengekek-ngekek Arisya dibuatnya.

"Saya kenal baby saya." ujarnya lagi.

Kemudian, tawanya meletus saat melihat wajah Mikaeyl yang tertekan. Lelaki itu sudah tersenyum-senyum bagaikan orang hilang akal. Seronok rasanya dapat mengusik Mikaeyl begini.

"Siapa yang baby-baby ni?" soal Fattah, dari belakang.

Sekali lagi Mikaeyl menampar pipinya dan menggeleng.

"Tak ada apa-apa" balas Mikaeyl

Arisya tersengih, malu lah tu.

"Dia ni taktahu yang saya sayang dia. Dialah kesayangan hati saya, kan?"

Sekali lagi Mikaeyl menjerit. "Arghhh Stress!"

Dia bingkas bangun dan meninggalkan Arisya bersama Fattah. Boleh koyak bibirnya jika asyik diusik begini. Tak dinafikan, memang parah!

Arisya yang ditinggalkan itu, tertawa besar. Haa, tulah tadi, buat sangat perangai baby dia tu kan? Hambik!

"Haih...macam-macam lah korang berdua ni. Tapi, sepanjang saya berkenalan dengan dia, Ini pertama kalinya dia senyum ketawa terlalu gembira. Tak pernah dibuatnya. Kalau senyum pun, tak ikhlas." Ujar Fattah.

Arisya tersenyum.

"Ouh yeke? Baguslah macam tu. Saya saje je melawak tadi. Kalau Encik Fattah nak tahu, 10 tahun dulu, lain gila perangai dia. Jangan nak kata peramah, senyum pun susah nak tengok even sekali setahun." Balas Arisya.

Kata-kata Arisya itu, disambut dengan senyuman dari Fattah.

"Senyuman dan bahagia dia hadir disebabkan hadirnya awak, Arisya."

Arisya tersengih.

"Mana ada." Sambutnya, malu.

"Awak kena ada selalu untuk dia, Arisya. Supaya, dia dapat merasa apa itu erti bahagia. Awak lah satu-satunya orang yang mengajar dia erti bahagia. Tolong bahagiakan dia, Arisya." pesan Fattah

"Insyaallah, selagi nyawa dikandung badan, saya akan cuba untuk berikan dia sinar kebahagiaan. Insyaallah, dengan izin Nya." Balas Arisya.

Bergembiralah dahulu sebelum tibanya hari esok...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience