IRDINA memandang figura berpakaian sut lengkap lagak seorang CEO dihadapannya ini. Dahinya berkerut-kerut. Bibirnya pula mencebik tanda tidak suka.
Masa mula-mula dia pandang Mikaeyl, mahu tergugat juga imannya yang senipis kulit bawang ini. Handsome nya, tidak terkata. Subhanallah, cantik pemandangan.
"Kenapa encik cari saya ya?"
Mikaeyl menghulurkan kad nya kepada Irdina.
Irdina memyambutnya dengan senyuman.
Bila melihatkan nama dan jawatan yang disandang lelaki itu, mulutnya terbuka seakan-akan kagum.
Tapi, bila dia dah tahu siapa di hadapannya ini, menyampah pula rasanya.
"Ini.... Hotel kau?"
"Haah"
"Jadi,yang heret Arisya tu..."
"Aku lah tu"
Entah mimpi apa orang kaya ini datang hendak bertemu dengannya. Senior-seniornya lah yang
menyuruh Irdina keluar makan tengahari bersama Mikaeyl ini. Katanya, Mikaeyl hendak menngajaknya keluar bersama. Terpaksa lah dia keluar menghadap Mikaeyl.
"Kau nak apa?" soal Irdina acuh tidak acuh
"Jom pergi restoran dulu. Sampai kat Restoran nanti, baru aku cakap." jawab Mikaeyl
"Hmm"
"CEPAT lah cakap, kau nak apa? Aku tak ada masa nak layan kau ni. Aku nak kena cepat. Aku banyak kerja lagi ni. Aku ni kalau tak masuk kerja, kena marah. Tak pasal-pasal dibuang kerja. Bukan macam kau, CEO. Nak masuk, masuk. Tak nak masuk, Tak payah masuk. Jadi kesimpulannya, kita ni bagai langit dan bumi.
Rasanya... tak layak kut aku nak duduk semeja dengan kau. Lagi satu, aku nak tanya mimpi apa kau datang cari aku ni? Masa zaman sekolah, bercakap pun tak pernah apatah lagi sekarang." soal Irdina
"Hmm... aku nak tanya... aku ada buat salah dengan kau ke? Kenapa kau macam berdendam dengan aku"
Ceh, dulu kemain lagi sombongnya.
Buat-buat taktau pulak. Tampar kang!
"Nothing. Straight to the point, plaese."
"Aku nak tanya tentang Arisya."
'Gulp. Jangan cakap yang dia nak tahu apa berlaku 10 tahun dulu. Sampai mati pun aku takkan bagitahu dia. Apa? Dia ingat selepas apa yang dia buat, aku akan maafkan dia? Heh, jangan mengharap sangat! Phuii ' bentak Hati Irdina.
"Kau nak tanya tentang apa?" soalnya malas.
"Aku nak tahu, dan aku perlu tahu. Apa yang berlaku 10 tahun lepas semasa aku tinggalkan kampung tu." jawab Mikaeyl, tenang.
"Kau tak ada hak nak tahu tentang masa silam Arisya, Mikaeyl."
"Tolonglah, Irdina. Aku merayu. Kau aje yang boleh aku harapkan sekarang ni."
Irdina menjeling Mikaeyl dengan ekor matanya.
Kemudian dia tersenyum sinis.
"In your dream, Haidan Anas Mikaeyl!"
"Let's make it professional." cadang Mikaeyl
"What?"
"Just tell me and I will help you. Kau tolong aku, aku akan tolong kau. Kita berdua akan dapat manfaat."
"Heh, I don't need your help, Mr. Billionaire's simpan aje lah kebaikan kau tu." balasnya, sinis
"Kau ingat aku taktahu? beritahu aku apa yang berlaku dan aku akan tolong kau. Aku akan bagi tandatangan dekat semua senior-senior kau."
'Gulp. Ini peluang keemasan. Kalau aku dapatkan tandatangan ni, mesti aku tak akan dibuli minah-minah overacting tu. Diaorang pun mesti obses dengan mamat poyo depan aku ni. Tapi, aku tak boleh belot Arisya. Aku tak nak dia hilang kepercayaan dekat aku. No, no, no.' bisik hati Irdina.
"Lagipun, ini untuk kebaikan Arisya juga. Kalau aku tahu, senanglah aku nak humban si Erkan tu dalam penjara. So, macam mana? Cepat Irdina. Aku tak punya banyak masa ni." gesa Mikaeyl
Dia tahu, Irdina sedang mempertimbangkannya.
Dia mengukir senyuman sinis. Hey, ini Haidan Anas Mikaeyl lah. Semua kasi Settle!
"Boleh. On one condition."
"Apa dia?"
"Kalau aku bagitahu kau tentang ni, rahsiakan daripada pengetahuan dia. Cakap yang kau tahu sendiri. Jangan cakap aku yang bagitahu dia. Aku
tak nak hilang kepercayaan dia. Kalau kau langgar syarat ini, aku tak teragak-agak nak lunyai-lunyaikan muka kau yang putih melepak tu. Faham?" soal Irdina, garang. Matanya mencerlung tajam ke arah Mikaeyl.
Terus kecut perut Mikaeyl dibuatnya.
"Fa-faham. Aku janji. Cepatlah cerita."
Hehehe sorry kalau chapter ni tak best! Anyway, sila komen hari apa nak I bongkarkan rahsia dia. Hehe happy reading!
Share this novel