DAHI Mikaeyl berkerut-kerut cuba mengingati keadaan yang diceritakan Irdina. Rasanya, tidak pernah sekalipun dia berbicara 4 mata dengan Irdina.
"Cuba kau ingat betul-betul masa tu, aku datang dekat kau. Aku tahan kau. Aku pegang beg kau dan aku nak bercakap. Tapi, kau terus pergi."
'Bila?' bisik hati Mikaeyl. Dahinya masih berkerut-kerut memikirkan hal itu.
"Ah, tak kisah lah kau ingat ke tak, tapi masa tu memang aku tengah tahan kau. Aku pegang beg kau. Tapi kau terus rentap dengan kasar. Lepastu kau cakap, Aku tak ada masa nak layan hal bodoh kau lah! Masa tu, aku rasa macam nak bunuh je kau." ujar Irdina tersedu sedan.
'Ah, waktu itu, pembacaan wasiat' hatinya mula meneka.
"Lepastu, apa jadi?" soal Mikaeyl.
Irdina tidak menjawab soalan.
Sebaliknya, dia mencapai kotak tisu ketiga yang dibeli Mikaeyl. Dia menangis. Habis cair solekannya. Serupa macam pelakon opera.
"Lepastu, aku pergi balik dekat lorong tadi tu. Aku nampak, hanya ada Erkan dan Arisya je yang ada kat situ. Tapi, masa tu dua-dua dah tak sedarkan diri."
"Aku pergi dekat Arisya. Aku nampak dia lemah sangat. Aku tanya dia apa yang Erkan buat dekat dia. Tapi, dia tak sempat nak jawab sebab polis dah sampai. Aku dengan dia sama-sama terkejut."
"Aku tarik dia, suruh dia bangun. Lari sama-sama. Mana mungkin, aku tinggalkan dia. Tapi, dia betul-betul tak larat. Akhirnya, dia pengsan kat situ juga. Aku dah buntu. Aku dah tak ada pilihan lain, selain daripada lari."
"Aku tahu, aku salah. Sebab masa mula-mula tu aku tak paksa dia balik rumah dulu. Kalau aku tak setuju nak bantu mangsa tu, dah tentu kitaorang berdua dah berjaya sampai ke menara gading. Tapi, aku bodoh. Aku layankan aje. Aku bodoh, Mikaeyl."
"Dia yang beria-ia sangat nak tolong budak hingusan tu. Dia pergi berhadapan dengan Erkan. Dia suruh aku rakam perbuatan Erkan daripada Jauh. Tapi, aku kena tangkap dengan kawan Erkan. Aku je lah yang dapat selamatkan diri."
"Rupa-rupanya, semua ini perangkap Erkan. Mangsa buli dan kawan-kawan Erkan yang menghubungi pihak polis. Mereka menerangkan kejadian yang berlaku."
"Diaorang melaporkan kejadian palsu. Arisya dituduh mendera dan membuli murid-murid di sekolah tersebut. Manakala, Erkan pula dikatakan hendak meleraikan pergaduhan."
"Tak cukup dengan itu, mereka menuduh Arisya sebagai pengedar dadah dan memaksa pelajar-pelajar di sini mengambilnya. Allahu... Aku rasa geram sangat masa tu lagi-lagi dengan mangsa buli tu. Aku tak faham kenapa dia tak nampak kebaikan Arisya. Bodoh betul! Entah apa yang disogok Erkan pun aku taktahu."
"Mereka mendakwa kesalahan jenayah yang dilakukan Arisya telah berlaku sejak dari 2 bulan lalu. Bila ditanya mengapa mereka tidak melaporkan kejadian tersebut, alasannya Arisya merupakan pelajar yang baik dan pintar. Jadi, mustahil untuk guru-guru mempercayainya.
Mikaeyl meraup wajahnya, kasar. 'Ya Allah, mengapa wujudnya manusia yang tidak berhati perut macam tu?' bisik hati Mikaeyl, kesal.
"Guru-guru yang selama ini menyukai Arisya pun memilih untuk percayakan dakwaan itu. Aku cuba mempertahankan Arisya. Tapi aku tak berdaya. Hanya aku seorang saja. Mereka mengatakan aku bersubahat dengan Arisya memandangkan aku kawan baik Arisya."
Kali ini air matanya kering. Matanya sembab. Hidungnya merah berhingus. Badannya lemah seakan-akan tiada daya untuk menyambung lagi. Namun, digagahkan juga.
"Selepas disabitkan kesalahan, dia dimasukkan di sekolah juvana. Aku nak melawat dia. Aku bersalah sangat! Aku rasa sakit... Hati aku ni... Sakit sangat, Mikaeyl. Hidup aku tak tenteram."
"Aku dihalang oleh kedua-dua orang tua ku. Sehingga lah genap 10 tahun, Arisya dilepaskan. Barulah aku tahu, dia yang menyuruh ibu bapaku menghalang aku. Katanya, kalau dia tak berjaya, dia nak aku berjaya. Dia sanggup berkorban demi kepentingan orang lain. Masa tu, aku rasa, aku lah kawan paling tak guna!"
Mikaeyl mengepal jarinya membentuk sebuah genggaman, tumbukan. Dia kemudian menyepak kerusi di sebelahnya. Tidak dihiraukan pandangan orang sekeliling.
'Bodohnya aku. Bodoh sangat! Kalaulah aku bersabar masa tu. Kalau lah aku tunggu Irdina habiskan ayat dia, mesti dia tak menderita macam ni."
"Aku minta maaf, Irdina. Masa tu, aku ego. Aku minta maaf sangat. Tolong maafkan aku. Aku akan pastikan Erkan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia lakukan." nekad Mikaeyl
Irdina sekadar mengangguk.
"Aku dah lama maafkan kau, Mikaeyl. Aku marah, tapi aku tak benci. Aku tahu kau sayangakan dia kan? Dulu korang selalu lepak dekat padang kan?" soal Irdina
Mikaeyl tersenyum dan mengangguk.
"Kalau betul kau sayangkan dia Mikaeyl, jaga dia elok-elok. Jangan luka kan hati dia walaupun seinci. Lindungi dia. Layan dia, sanjung dia bagaikan Pemaisuri. Hidup dia dah terlalu menderita. Andai kau tidak mampu berikan dia kebahagiaan, lepaskan dia. Biarkan dia cari kebahagiaan diri. Hidup dia sudah cukup tersiksa."
"Jangan biarkan Erkan mendekati dia. Erkan tu terlalu zalim tak layak digelar manusia. Erkan mahu menjadikan dia pasangan hidup. Erkan bukan lelaki yang baik. Erkan dah rosakkan hidup dia. Kau pun tahu kan, Erkan jadi macam tu, sebab Arisya tolak perasaan dia. Sampai sekarang Erkan sukakan dia."
"Aku tahu. Aku pegang janji itu. Aku akan jaga dia baik-baik"
Hahaha Tak sabau-sabau kome ye... Boleh lah menangis sekali. Nak kecam Erkan pun takde hal. Sila kecam di ruangan kome ye... tq *haha
Share this novel