ARISYA memandang Mikaeyl di sisinya dengan rasa bersalah. Dia tahu, dia salah. Tapi, nak buat macam mana? Takdir tidak menyebelahi dia.
Masa dia balik dari pasar tadi, Erkan bawa geng-geng tak bertauliah dia. Siap bawa kayu baseball lagi. Dah serupa macam orang Nak Merompak. Rupa-rupanya, Erkan ugut Arisya. Kalau Arisya tak mahu kahwin dengan dia, dia tak janji yang Arisya akan hidup lama. Hampir-hampir Arisya dipukul. Nasib baik lah Mikaeyl datang tepat pada masanya. Kalau tidak, tak tahu lah apa akan jadi.
Mikaeyl memang Hero!
Mikaeyl pula, baru nak masuk pasar. Katanya, nak beli barang basah untuk Nek Wan. Tapi, lain pula yang jadi. Dia ternampak Arisya yang hampir-hampir dibelasah Erkan. Bahaya betul!
"Aku nak kau ikut aku, balik KL" ujar Mikaeyl, tiba-tiba.
"Apa dia? Hish tak nak lah aku. Aku nak meneruskan hidup kat sini pun dah terkial-kial lagi nak pergi KL. Tak payah lah." balas Arisya.
"Kau nak risau apa? Kau nak rumah? Aku boleh belikan banglo untuk kau. Kau nak duit? Aku boleh bagi berjuta-juta dekat kau. Kau nak kereta? Sebut je jenama kereta yang kau nak. Apa lagi kau nak? Hah? Aku boleh bagi."
"Aku tahu, kau kaya Mikaeyl. Tapi, kau kena ingat. Banyak kenangan aku kat sini. Dah lama aku tinggal kat sini. Senang-senang je kau nak suruh aku pindah. Semua benda aku kena ikut. Kau ingat aku tak ada hak ke? Kalau perangai kau macam ni, aku tak teragak-agak nak tolak lamaran kau tu."
"Kau tak percayakan aku, ke Arisya? Hmm?" soal Mikaeyl
"Bukan aku tak percayakan kau, Mikaeyl. Tapi, aku sendiri tak percayakan diri aku, Mikaeyl. Hidup di KL tu besar cabarannya. Aku takut, Mikaeyl. Aku ni tak punya apa-apa. Lagipun, aku masih ada adik-adik yang menjadikan aku tempat bergantung diaorang."
"Kan aku dah cakap tadi, semua keperluan kau, aku akan sediakan. Kalau kau nak kerja sangat, kau boleh kerja dekat hotel aku. Apa lagi Alasan kau, Arisya?" soal Mikaeyl
"Ish, tak nak lah aku. Setakat sijil SPM yang aku ada ni, boleh jadi cleaner je kat Hotel kau tu. Kau kena ingat Mikaeyl. Kau tu CEO. Nanti tak pasal-pasal kau dapar malu sebab berkawan dengan gadis cleaner. Jatuh maruah kau nanti, Mikaeyl."
Mikaeyl mendengus geram. Dia bangun dan memandang Arisya dengan muka yang marah.
Dah lah marahnya masih ada sisa belum berkurangan dengan Erkan. Ditambah lagi dengan kedegilan Arisya. Hish!
"Degillah kau ni" bidas Mikaeyl
Dia berlalu meninggalkan Arisya. Langkahnya dipercepatkan. Dah serupa macam Ribut.
Cepat-cepat nak pergi mana, Cik Abang?
"Tunggu lah aku, Mikaeyl !" laung Arisya
"HAIDAN ANAS MIKAEYL! tunggu aku!" pekik Arisya
Ish, tak boleh jadi ni.
Arisya mengambil buah kelapa yang berdekatan lalu dia mengecilkan matanya. Cuba memproses otaknya mencari sasarannya. Kemudian, dia membaling buah kelapa yang berada ditangannya.
Yesss! Terbaik, mengena sasaran Chaiyok!
Namun, senyuman yang menghiasi bibir Arisya, Pudar tatkala dia melihat Mikaeyl yang jatuh terduduk akibat terkejut. Nak patah tulang belakang dibuatnya.
Lekas Arisya bangkit menuju ke arah Mikaeyl.
"Mikaeyl, kau okey? So-sorry, a-aku t-tak sengaja. Sorry eh?"
Arisya mencucuk-cucuk buah kelapa tersebut. Uih, kerasnya. Kalau dibaling ke kepala Mikaeyl tadi, mahu pecah Kepala Mikaeyl dibuatnya.
"Kau nak bunuh aku ke, Apa?" bentak Mikaeyl seraya menggosok-gosok tulang belakangnya. Sakit! Nak aje dia balas balik dekat Arisya. Nasib, Sayang!
Arisya memandang Mikaeyl dengan rasa bersalah. Dia ingin membantu Mikaeyl, tapi... Takut lah...
"Sorry lah, aku tak sengaja. Lagipun, bukan salah aku seorang, aku dah panggil kau kan, kau tu yang buat-buat tak dengar."
Mikaeyl mendengus geram.
"Aku percayakan kau, Mikaeyl. Tapi, kau kena ingat, kau tak boleh nak arah-arah kan aku macam tu je. Kita bukannya ada apa-apa hubungan pun.
Arisya diam seketika sebelum menyambung kata-katanya.
Lagipun, aku yang hadap. Kenapa kau nak marah aku. Kau..."
"Aku marah sebab aku sayang!" potong Mikaeyl.
Arisya tergamam dengan kata-kata Mikaeyl.
"Sebab aku sayang dan peduli dengan keadaan kau. Aku tak nak Erkan buat macam-macam dekat kau. Kalau Erkan seorang saja yang belasah kau, aku boleh tangkap dia dan masuk ke dalam balai polis. Tapi, dia bawa geng-geng dia. Dasar lelaki tak ada telur! Dia cuma tunggu masa saja untuk mati ditangan aku."
"Ya, aku tahu kita tak punya apa-apa hubungan. Macam ni lah, apa kata kita seriuskan hubungan kita ni. Kita kahwin" sambung Mikaeyl lagi
"Tak. Kau tak serius, Mikaeyl" balas Arisya
"Aku serius"
"Tak, kau tak serius, Mikaeyl. Kau cuma marah, tertekan dan kau cuma ikut emosi."
"Memang aku bukan siapa-siapa ke pada kau, Arisya? Tak layak nak jadi imam untuk kau? Tak layak nak risau kan kau? Atau... Kau memang nak terima lamaran Si Erkan tu hah?" soal Mikaeyl
Arisya menjeling Mikaeyl.
Dia kembali ke belakang kemudian, mengambil semula buah kelapa yang bergolek tadi. Dibaling lagi sekali kepada Mikaeyl. Mikaeyl yang menjerit kesakitan tidak dihiraukan. Langkahnya dituju ke Rumah Nek Wan. Huh, Puas Hati.
SAMPAI sahaja dirumah Nek Wan, dia terus berjalan masuk ke bilik. Tidak dihiraukan teguran Nek Wan dan Aisya.
"Tu dah kenapa lah tu?" soal Nek Wan kepada Arisya
"Buah Kelapa jatuh atas Badan dia" jawabnya
"Ish, tunggu sini Nek Wan nak tengok dia. Risau, okay ke tidak tu"
"Eh, tak payah lah Nek Wan. Bukannya Nek Wan tak kenal cucu Nek Wan yang seorang itu, Ego. Nanti-nanti jelah Nek Wan tanya dia." balas Arisya.
Bukan apa, dia takut Mikaeyl mengadu pada Nek Wan. Kang tak pasal-pasal dimarahi Nek Wan. Selagi dia boleh halang, dia akan halang.
Arisya memandang Pintu Bilik Mikaeyl yang tertutup. Kemudian, dia tersenyum kelat.
'Aku bukannya tak suka kan kau, Mikaeyl. Aku cuma takut perkahwinan yang kita bina ini, tidak akan bahagia di kemudian hari. Aku nak kita kahwin disebabkan soal hati dan perasaan. Bukannya hanya sebab kasihan semata-mata.' kata Arisya dalam hati.
Share this novel