[ LCTAM | BAB 36 ] { DORAEMON }

Romance Series 31299

SELESAI menghamburkan kata-katanya, dia menuruni anak tangga. Air mata yang ditahan akhirnya, tumpah jua. Dadanya seakan sempit bila berada didalam rumah banglo ini. Penjara abadi yang meragut kebahagiaannya. Sungguh perit yang dirasakan saat ini.

Kakinya berhenti melangkah tatkala matanya sempat menangkap objek yang berada dibelakangnya. Segera dia mengesat air matanya. Tidak mahu diketahui sesiapa.

"Kyle, kau dah balik rupanya...puas aku cari kau kat Hotel." ujar Baihaqi yang datang dari belakang.

"Hmm. Aku nak balik Office, ada kerja." balas Mikaeyl tanpa memandang wajah Baihaqi. Ada getar disebalik suaranya itu.

Tangannya yang menggigil cuba diangkat. Memulas pintu rumah. Kakinya longlai cuba digagahkan. Longgar lututnya.

"Tuan." sahut Arlina yang baru tiba daripada office.

Suara Arlina itu dibiarkan bagaikan angin yang berlalu.

Dia menghampiri Mikaeyl. Hancur hatinya melihat wajah Mikaeyl yang kusut. Mikaeyl itu sudah dianggap sebagai adiknya. Dadanya dihurung rasa sebak dia melihat muka majikannya ini pucat dan tangan Mikaeyl yang menggigil. Dia pasti, ada sesuatu yang berlaku di rumah banglo itu.

"Fateh. Tolong saya." ujar Arlina.

Fateh menghampiri Mereka berdua. Dia memimpin tangan Mikaeyl supaya masuk kedalam kereta.

"Tuan Okay? Kita ke Hospital, ya? Tuan nampak tak larat, sangat." ujar Arlina, lembut.

Mikaeyl menggeleng.

"No need, Arlina. I have a lot work to do." balas Mikaeyl.

"But, still... You can't work. You look so stress. You should rest, Tuan Anas Mikaeyl." nasihat Arlina.

"No. It's the only way to help to get rid of stress." balas Mikaeyl.

Arlina mengeluh perlahan. Dia mengangguk bersetuju dengan apa yang dikatakan Mikaeyl. Dia pasrah. Kemudian, dia mengambil tempat duduk disebelah pemandu, Fateh.

Dirinya dihurung rasa kesal, yang tidak dapat dibendung lagi. Kalau lah tika itu dia bersabar dan tidak terlalu terburu-buru untuk memberitahu Mikaeyl, pasti benda ini tak akan berlaku.

Pasti hati Mikaeyl cukup terluka. Dia kenal dan cukup masak dengan perangai Datin Ainan yang tak pernah mengingati ajal maut itu. Datin Ainan sama sekali tidak akan menyalahkan suaminya. Dia akan terus-terusan membela suaminya walau hakikinya dia berada di sisi yang salah.

'Tabahkanlah hatinya, Ya Allah. Berilah dia kekuatan untuk menghadapi dugaan mu ini. Semoga ada sinar bahagia untuknya di kemudian hari.' doa Arlina, dalam hati.

ARISYA menjeling Mikaeyl yang asyik merenungnya dari tadi. Rimas tahu tak? Pandang-pandang. Orang nak buat kerja pun tak senang. Kenapa lah, Encik Fattah membenarkan Mikaeyl lepak lama-lama di sini?

Halau lah, kawan dia tu. Suruh masuk kerja. Ini tidak, dibiarkan saja kawannya ini goyang kaki di kedai orang.

"Arisya, tolong hantar kan air milo di meja tujuh." arah Fattah.

Arisya yang sedang berperang dengan kemarahan tersentak.

"Huh. Apa dia boss? Sorry, saya tak dengar kurang jelas." balas Arisya.

Fattah tertawa kecil sehingga menampakkan dimples di kedua-dua belah pipinya. Alahai, cair. Behave, Arisya kau dah ada boyfriend kan, jangan nak ngada sangat.

"Saya tahu lah, buah hati dah ada didepan mata. Tapi, waktu kerja, fokuslah apa yang saya cakap. Air milo hantar di meja tujuh."

Arisya mengangguk. Malu!

Arisya mencapai Air Milo ditangan Fattah. Kemudian dia memberikan air tersebut di meja tujuh. Semasa berlalu, dia mengambil kesempatan untuk menegur Mikaeyl.

"Uitt, asal kau tak balik lagi?" soal Arisya.

Mikaeyl tersenyum.

"Saja. Nak temankan kau kerja. Alang-alang aku kat sini, boleh lah aku tengok kalau-kalau kau ada mengorat sesiapa. Contohnya, Fattah. Mana tahu, kau dah terjatuh hati kat dia." balas Mikaeyl, selamba.

Arisya menjulingkan matanya keatas. Geram!

"Tak payah nak mengada-ngada sangat lah! Aku ni bekerja bukannya berhibur. Dah pergi balik office kau."

Mikaeyl menggeleng

"Harini aku cuti."

"Cuti? Kenapa?"

"Saja."

Arisya mencebik. Tahulah dia tu, CEO. Boleh pula cuti makan gaji. Ugh! Ah, lantaklah. Kemudian, dia memukul sedikit lengan Mikaeyl dan berlalu.

Tidak lama kemudian, muncul Fattah dari arah belakang. Arisya sekadar tersenyum nipis. Malu diperli tadi.

"Harini, saya bagi cuti. 12 hours only. Tapi, kali ni je saya bagi peluang. Jangan nak suka-suka hati ambil cuti lagi. Kerja tak sampai sebulan dah pandai ambil cuti." ujar Fattah

Terlopong Arisya, seketika. Cuti?

"Bila masa pula saya minta cuti?" soal Arisya, Pelik!

Fattah memuncungkan bibirnya kearah Mikaeyl.

"Buah hati awak yang minta. Selagi saya tak bagi, selagi tu lah dia akan tercongok kat depan tu. Katanya harini, hari lahir awak. So, Saya bagi can lah awak cuti 12 hours. Atau lebih tepat, half day." balas Fattah.

'Kurang asam, punya Mikaeyl. Suka-suka hati kau je. Kau ingat restoran ni, bapak Kau punya ke?' omel Arisya, dalam hati.

"Tak apa lah, Encik Fattah. Saya tak nak cuti pun. Tak payah lah, layankan sangat perangai manja dia tu. Kalau dia tak nak balik, biar je dia kat situ. Pandai-pandai suruh orang cuti kan kita. Kerja, tetap kerja." ujar Arisya, memberi alasan.

"Pergi ajelah keluar dengan dia. Saya izinkan. Awak tak nampak ke muka dia macam mana? Saya rasa dia ada masaalah." kata Fattah.

Kata-kata Fattah itu, membuatkan hatinya kesal. Baru dia perasan, air muka Mikaeyl menggambarkan dia tidak berada didalam emosi yang baik. Kenapa lah, agaknya?

"Saya tak nak sahabat saya kecewa lagi. Hidup dia sudah cukup tersiksa. Biarlah dia merasai kegembiraan. Saya nak tengok dia bahagia. Biarlah saya melepaskan pekerja saya yang terlebih rajin ini untuk harini. Tapi, hari ni je. Ingat tu." Fattah memberikan kata putus.

Arisya tersenyum. Senang hatinya mendapat boss yang bertimbang rasa. Tanpa rasa ragu-ragu, dia mengangguk.

"Terima kasih, Encik Fattah. Untung saya, dapat boss macam Encik Fattah. Saya Janji, esok saya datang awal dan berkerja sungguh-sungguh." ucap Arisya.

"Tak payah nak bodek saya. Gaji tak naik pun, dah pergi salin baju. Kang, lambat salin baju, merajuk pula buah hati awak tu."

Sekali lagi, Arisya tersengih. Malu arr.

"Baik, boss! Menjunjung Perintah!"

Fattah sekadar tersenyum dan menggeleng melihat telatah pekerjanya itu.

'Haih...saya rasa...awak dah tak ingat saya, Arisya' ujarnya dalam hati.

ARISYA menggigit jarinya. Naik lenguh kakinya berdiri menunggu Mikaeyl. Nak cakap tak payah, tak sampai hati pula. Sebab dari tadi lagi, Mikaeyl beratur di tempat awam ini semata-mata untuk membelikan gula-gula kapas Doraemon untuknya.

Tulah kau, Arisya. Nak bergurau tak kena tempat. Kesian dia ~

Tadi, dia saja je kata nak gula-gula kapas itu. Sebab nampak comel dan gebu. Walhal hatinya tak lah nak sangat pun. Sebab dia tahu, jangan nak letak harapan tinggi sangat, Mikaeyl takkan mahu punya lah beratur membeli gula-gula kapas Doraemon ini. Sebab tu lah dia berani bergurau begini.

Ingatkan, tekaannya tepat sekali. Namun, dia terlopong bertambah terkejut bila Mikaeyl betul-betul belikan gula-gula kapas itu untuknya. Wah, sayang Abang Mikaeyl! Muah!

Bila dia tengok Mikaeyl rasa janggal dan tak selesa dengan orang sekeliling dia, Arisya mendekati Mikaeyl.

"Mikaeyl, tak payah lah beli gula-gula kapas ni. Aku gurau je tadi. Bukannya aku nak sangat, pun." bisik Arisya.

Mikaeyl mengecilkan matanya memandang Arisya. Eee saje je. Tadi kata teringin sangat. Bila dah tebalkan muka beratur ni, tak nak pula. Eeee geram betullah! Cium kang, baru tahu!

Arisya menggigit bibirnya. Marah lah tu. Hmm orang cuma tak nak menyusahkan dia, je.

"No. It's not like that, aku bukannya tak appreciate keikhlasan kau tu. Cuma, aku kesian dekat kau. Semua orang pandang kau. Nanti, viral satu Malaysia, CEO terkenal beratur untuk mrmbeli gula-gula kapas di tengah jalan. Sebab aku, kau dapat malu. Kau tak malu, ke?" soal Arisya.

Mikaeyl menutup matanya, rapat. 'Apa aku buat ni?'

Kemudian, Mikaeyl membuka kelopak matanya, rapat. Dia memandang sekeliling. Dirinya menjadi tumpuan ramai orang. 'Oh, ya...aku sedang beratur membelikan gula-gula kapas Doraemon untuk awek aku. Sempena hari lahirnya.'

Kemudian, dia tersenyum dan cuba berlagak tenang seakan-akan tidak ada apa yang berlaku.

"Alang-alang aku dah malukan diri aku, baik aku teruskan saja. Alah, tak banyak pun orang lagi. Ada dalam tiga orang saja. Kau nak kartun buncit tu, kan?" soal Mikaeyl.

Arisya mencebik. Sampai hati dia panggil favourite baby aku ni...buncit. Dia ada nama, lah! Doraemon.

"Dia ada nama, lah! Doraemon."

Sekali lagi, Mikaeyl mengecilkan matanya.

"Dia? Benda tu makanan." balas Mikaeyl.

"Ya, aku tahu lah. Tapi bentuk gula kapas tu, Doraemon."

Mikaeyl pasrah.

"Apa-apa je lah, Arisya."

Arisya tarik muka empat belas.

"Kau tak pernah tengok kartun Doraemon ke? Kartun tu comel lah! Dia pandai. Dekat perut dia ada banyak barang. Semua barang dia, ada kegunaan. Sumpah, comel gila! Fluffy dan..."

"Buncit" pintas Mikaeyl.

Arisya menjeling Mikaeyl. Eee sakit hati betullah! Belum sempat dia mahu menghamburkan kemarahannya, mereka sudah pun sampai di hadapan kaunter.

Arisya mengeluarkan telefon bimbitnya daripada beg tangan. Kemudian, dia merakam cara membuat gula-gula kapas itu. Teruja dan seronok! Mikaeyl sekadar tersenyum melihat telatah Arisya. Comel! Geram kita tau!

Selesai membayar, mereka berlalu dan mencari tempat untuk duduk. Lenguh kaki dari tadi, asyik berdiri.

"Tadi, ada orang tu kata tak nak. Bila dah dapat, senyum sampai lupa nak cakap terima kasih." ujar Mikaeyl.

Arisya yang perasan akan hal itu, tersenyum suka.

"Thank you, baby. I love you."

Mikaeyl yang jauh mengelamun tadi, tersentak saat mendengar panggian itu. Huh apa dia?

"Apa dia? Ulang lagi sekali, aku tak dengar lah kau cakap apa."

Arisya menggeleng dan tersenyum suka.

Kemudian, dia mengambil gambar bersama gula-gula kapas yang berbentuk Doraemon itu.

Mikaeyl menjeling senyap-senyap. Mulutnya mencebik tanda tidak suka kerana tidak mendapat perhatian. Timbul idea nakal di kepalanya. Ahaa! Senyap-senyap dia masuk kedalam frame gambar. Saja nak merosakkam gambar Arisya.

"Isy, kau ni.... Nak join, buat lah muka elok-elok." marah Arisya.

Terlepas tawa Mikaeyl. Dia mengubah posisi badannya. Setelah berpuas hati, Arisya menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangannya.

"Tak upload?" soal Mikaeyl.

Kening Arisya bercantum, pelik!

"Nak buat apa, upload gambar tu?" soal Arisya.

Mikaeyl mencebik.

"Bukan kau ambil gambar tadi, nak upload kat Instagram ke?"

Arisya tersengih. Perasan betul dia, ni.

"Mana ada aku nak upload. Kalau aku upload, habislah aku kena kecam, nanti."

Mikaeyl tertawa kecil.

"Kalau kau tak upload pun, dah ramai paparazzi ambil gambar kita tadi. Tak payah nak fikir pendapat orang lain, boleh tak? Aku tak..."

"Okayy. Kau tak suka. Aku tahu. Sorry." potong Arisya.

Arisya tersenyum nipis. Dia tahu, Mikaeyl marah. Dah banyak kali, dia buka topik pasal ni. Jawapan yang sama diberikan Mikaeyl.

Pada pandangan Mikaeyl, popularitinya, hanya sekadar nama. Buat apa nak dengar cakap orang? Dia pun manusia juga. Tak ada keistimewaan pun.

"Eh, makan lah gula-gula kapas ni, dah nak kecut, dah."

Arisya mencubit bahagian pipi Doraemon itu. Kemudian dia memasukkan kedalam mulutnya. Selebihnya, dia memberikan kepada Mikaeyl. Ini semua prinsip Mikaeyl, 'Well, sharing is caring.'

"Tak sayang ke nak makan robot buncit kau ni?" soal Mikaeyl.

Arisya memuncungkan mulutnya.

"Memang lah sayang. Tapi, dah namanya makanan. Kena lah makan, kalau tak membazir."

Kemudian, dia mencubit lagi gula-gula kapas itu dan memasukkan kedalam mulutnya.

Mikaeyl ketawa melihat aksi Arisya yang selamba itu. Comel sungguh!

Dia turut sama mencubit gula-gula kapas itu. Dia memilih bahagian perutnya yang buncit. Dia akui, kartun ini, comel sebenarnya.

"Eh, tengok tu. Ada Doraemon lah!" ujar Arisya, teruja.

Mata Mikaeyl dialihkan pada layar skrin di kiosk itu. Terpapar muka robot kucing kesayangan Arisya itu. Tawa Mikaeyl terbit lagi. Patutlah Arisya kata, gebu. Memang gebu pun.

"Doraemon, tolong la kerja sekolah banyak ni." ujar Arisya memainkan watak Nobita.

"Nobita, bila la kamu nak belajar sendiri?" kali ini, dia memainkan watak sebagai, Doraemon si perut buncit.

"Ulang balik. Aku tak nampak tadi."

Tanpa segan-silu, Arisya mengulang ajukannya. Siap meniru gaya tangan Dorarmon, lagi. Kemudian, dia pula tertawa. Terhibur dengan gelagat sendiri. Tah apa-apa tah dia ni.

Senyuman Mikaeyl pula, semakin melebar. Aksi comel Arisya itu, membuatkan jiwanya bergetar.

"Kenapa?" soal Arisya dengan tawa yang masih bersisa.

Mikaeyl menggeleng dan melarikan matanya daripada memandang Arisya. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia mencubit pipi Arisya.

Comel sangat!

"Kalau kau selalu buat benda ni depan aku, silap haribulan aku kena serang penyakit jantung, tahu?" kata Mikaeyl.

"Isy, mulut tu cuba lah cakap yang elok-elok. Aku bukannya buat apa pun. Aku cuma buat gaya Doraemon je. Comel, apa?"

"Sebab kau buat gaya dia tu lah, aku kena serangan jantung. Kau ni buat-buat tak faham ke, apa?"

Tawa Arisya meletus.

"Kau nak cakap aku comel ke?" soal Arisya sambil mengerdip-ngerdipkan matanya.

Aksi itu membuatkan Mikaeyl ternganga. Tangannya naik melekap ke dada bagi tujuan mengawal detakan jantung itu. Semakin lama dia memandang wajah Arisya, semakin tidak keruan dibuatnya. Ketawa yang dibuat-buat dihamburkan bagi menutup debaran didada.

Tapi tidak berjaya kerana Arisya membuat aksi-aksi nakal. Terasa jantungnya hendak pecah sekarang ini.

"Argghh! Alya Arisya Maisarah! Stop It!" jerit Mikaeyl dan terus bangkit menuju ke tempat parkir kereta.

Kecomelan Arisya boleh membuatkan dia jadi GILA!

Arisya melepaskan tawa besar. Entah dimana terletak kecomelannya, sampai Mikaeyl memujinya comel. Kalau adik-Adiknya dengar, confirm muntah hijau dibuatnya.

Tapi, tak kisahlah muntah hijau ke, muntah kuning, yang penting Mikaeyl sudah ceria!

'Semoga kesedihan kau akan hilang, Mikaeyl.' bisik hati Arisya sebelum bangkit dari kerusi berlari mengejar Mikaeyl yang sudah jauh ke hadapan.

Hope you will like it <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience