[LCTAM | BAB 23 ] { MAMA }

Romance Series 31300

MIKAEYL membelek agenda mesyuarat yang perlu dihadiri pada hari ini. Jadual kerjanya padat daripada pagi hingga ke malam. Disebabkan sudah dua minggu dia balik ke kampung dan meninggalkan kerjanya di sini, maka bertimbun-timbunlah kerja yang perlu dihadapnya.

Seorang CEO meninggalkan kerjanya gara-gara ingin melamar kekasih hati. Haa...Nampak tak, betapa sayangnya dia dekat Arisya tu?
Untunglah, ada orang sayang...

Mikaeyl memejamkan mata sebentar. Kemudian dia mencelikkan matanya. Dia mencapai kembali agenda mesyuarat yang di letakkan di atas meja tadi. Kembali membelek. Dia berpaling melihat wajah kerisauan PA nya, Arlina.

"Saya risau, Tuan Anas Mikaeyl tak cukup rehat.
Lagipun, ada banyak masa lagi sebelum mula mesyuarat tersebut. Tuan Rehat lah, Tuan pun perlukan rehat untuk segarkan minda. Saya rasa semuanya akan baik-baik saja. Tuan pun dah semak agenda ni lebih daripada 7 kali. Ermm kita pun cuma nak kena follow-up perbincangan lepas dengan Tan Sri Hanis." ujar Arlina.

Mikaeyl sekadar menggeleng dan melepaskan keluhan panjang. Dia meneguk air mineral yang berada di sisi kanannya. Setelah selesai, dia kembali memandang Arlina.

"You know me well, Arlina." Balas Mikaeyl sambil menjongket keningnya.

Arlina sekadar mengukir senyuman nipis.
Tiada apa yang mampu dikatakan jika itu pilihan majikannya.

"Mama ada tanya pasal saya?" soal Mikaeyl

Arlina berdiam sebentar sebelum membuka percakapannya.

"Saya bagitahu Datin Ainan yang Tuan Anas Mikaeyl ada urusan seminggu. Dan seminggu lagi Tuan Anas Mikaeyl mengambil cuti sakit. Jadi..."

"Jadi dia tak kisah pasal saya kan. Sedangkan Bodyguard pun kisah pasal saya, mama sendiri?
Buat saya macam tak pernah wujud." sambung Mikaeyl

Arlina sekadar berdiam. Dia tahu majikannya ini kecewa dengan sikap mama kandungnya yang tidak pernah peduli tentangnya. Mengenali Mikaeyl dari kecil, sudah tahu betapa tersiksanya hidup dia. Jatuh dan bangunnya sudah disaksikan dengan mata-kepala dia sendiri.
Sungguh menyakitkan.

"Semalam saya makan Ikan Tempoyak yang Nek Wan masak tu, Sedap! menjilat jari. Rindu masakan dia. Saya dah lama tak makan. Bila dah makan semalam,hah susah lah nak berhenti"ujar Arlina

Mikaeyl tersenyum nipis. Pandai pula PA nya ini menukar topik.

"Bukan Nek Wan yang masak."

Arlina tersenyum

"Arisya, ya?"

Mikaeyl sekadar mengangguk.

Perbualan tersebut terhenti tatkala telefon Mikaeyl berdering. Tertera nama 'QI' di skrin telefon.

"Hello, Haidan Anas Mikaeyl as CEO of Sutra Maya Holdings is speaking."

"Hello, Bro! Ni aku lah, QI. Kau rindu aku tak?" soal QI, ceria.

QI merupakan adik tiri Mikaeyl yang playboy, ceria dan suka memasak. Namun, perangainya yang suka mengusik membuatkan Mikaeyl tak layan. Dia juga, seorang yang sukaaaaa menyakitkan hati. Haish!

"Hmm...Aku bernafas pun tak sempat lagi nak rindu kau. Memang tak lah. Kau nak apa. Aku busy ni."balas Mikaeyl.

Dia tahu, QI takkan menghubunginya jika ingin meminta duit atau ada perkara penting yang hendak disampaikan. Nak tanya khabar? Heh, jangan letak harapan tinggi sangatlah.

'Alah, kau ni bosan lah...kau tertelan periuk api lagi ke? jawab pun acuh tak acuh je.'

"Cepat cakap. Kau nak apa? Aku tak ada masa nak layan kau lah, QI. Aku ada meeting dengan Tan Sri Nanti."

'Bosan gila siaaa hidup kau. Alah Kyle, aku tahu kau rindu aku kan, kan³ ? Kau suka aku kan? Mengaku jelah. Tak rugi pun. Kalau kau mengaku, aku tak marahkan kau pun sebab aku pun suka kau. Jom kahwin nak tak?'

Sekarang korang dah tahu kan, betapa sengalnya si Baihaqi ni. Haih,perempuan dia nak, lelaki pun dia nak. What's wrong with him nah?

"Kau jangan buat perangai sakai sangat boleh tak?"

'Ah lantaklah apa kau nak cakap.
Ni aku ada good news untuk kau. Cuba kau teka'

Mikayl menjulingkan matanya. Dah kata sibuk, nak juga main teka-teki. Adiknya yang seorang itu umur sudah pun mencapai 24 tahun. Tapi, masih lagi perangai macam budak kecik!

'Hello? Hello? Kau dah letak telefon ke? Haish! Hello??????'

Disebabkan tidak mahu membuang masa dan air liur bersama adiknya yang 'otak kuning' tu, dia segera memutus kan panggilan.

Arlina yang melihat reaksi Majikannya itu, tersengih.

Ingatkan kalau dah putuskan panggilan aman sikit hidup, rupanya tidak. QI menghubungi Mikaeyl sehingga 2-3 kali. Akibat malas mahu melayan adiknya yang seorang itu, dia mengambil jalan intensif untuk menyekat nombor itu. Hambik kau! Namun, telefon pejabat pula yang kedengaran. Ni mesti Si Kecik tu punya kerja. Ahh lantak lah kisah apa dia. Eh², tak aman lagi rupanya... Telefon Peribadi Milik PA nya, Arlina pula berdering. Arlina mengeluarkan telefonnya. Kemudian, dia membaca nama yang tertera di skrin telefon. 'TUAN BAIHAQI (SHAIFIT)'. Dia kemudian memberikan telefon peribadinya kepada Tuan Anas Mikaeyl.

"Tuan Baihaqi Shahfitri" ujar Arlina.

"Hmm" balas Mikaeyl

"Kau nak apa?"

'Know what? Aku dah nak balik Malaysia!! Lagi 2 hari aku balik. Pastikan aku balik nanti, kau sediakan sambutan yang mewah lagi gah tau! Oh ya, kalau boleh carikan lah perempuan-perempuan yang cantik untuk aku sekali hehe. Yeah! By The Way, AkuTak sabar aku nak jumpa kau, peluk kau, cium kau, tidur dengan kau, nak...'

"Dah habis cakap? Okay, Bye."

'Eh²,aku tak habis lagi lah! Alah, kau dah letak telefon ke? Ish dasar abang tak kenang budi!
Masa kau demam siapa yang jaga kau? Aku juga kan? Aku yang buatkan Kek masa kau demam. Sedap kan? Eh² dia dah letak.Aku cakap sorang-sorang lah ni? Hish!'

Erkkk...orang masa demam masakkan bubur, dia buat kek pula. Haduih!

Muka Mikaeyl yang tadinya tersenyum nipis akhirnya bertukar kelat. Mukanya jelas kelihatan yang dia tidak berada didalam emosi yang baik setelah mendengar kata-kata Baihaqi tadi.

Apakah yang patut dia rasa saat ini?
Gembira? Bahagia? Kecewa? Sedih?
Dia tidak tahu. Seolah-olah penderitaannya bakal berakhir. Cuma...dia tidak pasti adakah dia sudah bersedia ketika ini? Sudahkah dia bersedia untuk meninggalkan beban dan penderitaan yang digalas dibahu selama 10 tahun yang menjadi saksinya ini?

Namun, setelah beberapa tika, dia tersenyum lega.

'Arisya, aku hampir menyelesaikan tanggungjawab aku di sini. Tunggu aku, Arisya. Aku akan pulang tak lama lagi. Kita akan mulakan hidup baharu. Itu janji aku.' bisik Hati Mikaeyl.

Arlina yang perasan riak wajah Mikaeyl itu terus mengayat untuk menukar topik.

"Tuan Anas Mikaeyl, Saya dah dapatkan segala Maklumat tentang kawan Cik Arisya yang bernama Irdina. Tuan Mahu saya menghubungi dia untuk mengatur temu janji bersama dia?" ujar Arlina.

Mikaeyl mendiamkan diri sebentar. Dia berfikir seketika. Kalau PA nya itu menghubungi Irdina, pasti si mulur kepoh itu akan memberitahu Arisya tentang hal itu. Dia tidak akan membiarkannya terjadi sama-sekali.

Bimbang Arisya akan mengesyaki apa-apa hubungan antara Mikaeyl dan Irdina. Sedangkan di sekolah pun tidak pernah membuka untuk bercakap dengan Irdina, apa tah lagi sekarang.
Bimbang rahsianya pecah.

"Tak apa, Arlina saya akan menghubunginya sendiri. Terima Kasih."

"Oh, baiklah. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dahulu" pamit Arlina.

Mikaeyl mengangguk.

'Mungkin dengan cara ini, aku akan dapat menemui rahsia yang disorokkan selama 10 tahun ini. Penderitaan Arisya. Kalau tak dapat juga, Aku tetap akan cari sampai juga. Aku akan korek sampai ke lubang cacing.' bisik Hati Mikaeyl

TERHAMBUR tawa Mikaeyl saat mendengar leteran yang panjang itu. Arisya kata Mak Uda garang. Tapi, dia pun sama. 2 kali 5, 5 kali 2. Kalau dah namanya Arisya, Tak Sah kalau tidak berleter. Boleh berdarah telinga.

'Hello, Mikaeyl?' sapa Arisya.

"Ya,aku masih di sini. Tak lari mana lah,sayang" jawab Mikaeyl

'Maaf lah. Si Aisya ni haa, Hari ni lain macam sikit perangai dia. Nakal dia, Nauzubillah. Geram aku dibuatnya.' luah Arisya.

Mikaeyl macam biasa, hanya menjadi pendengar setia.
Senyuman nipis beserta anggukan diberikan kepada Pembantu Peribadinya, Arlina.

Arlina memberikan dokumen-dokumen penting yang perlu ditandatangani Mikaeyl.

Setelah selesai menyemak dan mendatangani dokumen-dokumen tersebut, Dia menyerahkan kembali kepada Arlina.

Arlina menyambutnya bertemankan senyuman. Dia berlalu keluar. Mahu memberikan ruang privasi kepada majikannya itu.

Setelah memastikan Arlina keluar, Mikaeyl bersuara.

"Bosan lah tu agaknya, tak ada kawan. Kalau ada Atilia dan Atilla boleh juga dibuat kawan. Cuti sekolah kan..."

'Haah... Nak buat macam mana, budak berdua tu tak cuti semester lagi. Aku pun sibuk kerja tak sempat nak bawa Aisya jalan-jalan'

"Haa... Nek Wan kata, kau asyik kerja je... pagi-petang,siang-malam. Kerja pun dua-tiga pagi baru balik. Kau tak penat ke?" ujar Mikaeyl

'Tak. Tunggu aku kaya nanti, baru penat.' seloroh Arisya.

Mikaeyl turut sama tertawa.

"Ambillah cuti dua-tiga hari. Bawa dia jalan-jalan dengan Nek Wan. Tak pun, kau bawa dia datang KL ni. Nanti aku bawa korang jalan-jalan. Aku pun dah lama tak jumpa. Rindu nak tengok muka kau."

'Kalau nak datang KL tak boleh lah Mikaeyl. Aku mana pernah bawa kereta jauh-jauh. Kereta kau pula tu. Takut jadi apa-apa. Dah lah mahal. Lagipun, kau tahu kan perangai Nek Wan macam mana? Dia bukannya suka jalan jauh-jauh ni.' ujar Arisya

"Kalau kau tak berani nak bawa kereta jauh-jauh, aku hantar driver untuk kau. Tapi kalau kau tak nak juga, nanti aku balik sana. Tapi, sehari jelah sebab esok paginya aku ada meeting."

'Eh, tak payah lah. Kesian kau datang daripada jauh-jauh. Insyaallah, kalau aku boleh ambil cuti, aku datang KL. Kalau tak boleh, kau datang lah sini...'

Yes! Berjaya juga memujuk Arisya.

Tiba-tiba pintu diketuk dan dikuak dari luar. Arlina memandangnya sambil menunjukkan jam tangannya. Mikaeyl memandang jam tangannya menandakan ada sesuatu yang perlu dilakukan.

"Ok lah Arisya, aku letak dulu.
Aku ada kerja ni."

'Hek eleh, kau cakap orang kau pun sama je... Kerja 24 jam.' bebel Arisya

Mikaeyl tertawa sekali lagi.

'Dah-dah. Kerja elok-elok. Solat jangan tinggal. Makan jangan lupa nanti masuk angin. Kerja-kerja juga, kesihatan jangan di lupa.' pesan Arisya.

"Baik Mak. Abang dengar cakap Mak."

'Eh, aku sampaikan pesanan Nek Wan ajelah.'

"Bye Arisya. Assalamualaikum. I Miss You Too"

Senyap.

"Arisya?"

Senyap lagi. Terlepas tawa Mikaeyl. Baru di usik sedikit, sudah diam tidak berkutik.

"Jawab salam tu,Arisya."

'Waalaikumsalam'

"Yang lagi satu tu,Tak Nak Jawab? Cepatlah Arisya. Bagi aku tenaga sikit, nak kerja ni."

Beberapa ketika....

'Ya, aku pun...rindu kau juga. Bye.'

Cepat-cepat Arisya memutuskan panggilannya.

Sementara Mikaeyl pula, terasa berdebar. Dah macam orang gila tak tentu arah. Suka dia... Senyuman tidak lekang di bibirnya. Dia mengambil kot di belakang kerusi dan memakainya. Dia keluar daripada biliknya. Dia berdehem cuba mengawal rasa gembiranya. Namun beberapa ketika... Dia kembali tersenyum hingga menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.

Argghhhh! Parah Sungguh!

Okay tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience