[ LCTAM | BAB 28 ] { BAIHAQI }

Romance Series 31300

MIKAEYL memandang Baihaqi yang sedang mengorat penyambut tetamu hotel dari jauh. Kebiasaannya adiknya yang seorang ini masih tidur dibuai mimpi. Entah apa yang dimahukan pagi-pagi sudah terpacak di sini.

"Good Morning, Tuan Anas Mikaeyl. May I help you sir?" sapa si Penyambut tetamu.

Mikaeyl sekadar senyum dan menggeleng menandakan dia tidak memerlukan apa-apa pertolongan. Dia kemudian selamba berlalu melintasi Baihaqi tanpa menegurnya. Malas mahu merosakkan mood sendiri pagi-pagi buta ini.

"Bro!" pekik Baihaqi.

Dia memandang Mikaeyl yang berada didalam lif VVIP. Kemudian, dia memalingkan mukanya kebelakang dan sempat mengenyitkan mata kepada penyambut tetamu tadi. "Nanti kita sembang lagi."

Langkahnya dipercepatkan supaya dapat masuk didalam lif yang sama dengan Mikaeyl.

Namun, lif tersebut memerlukan kad akses VVIP.
Baihaqi hanya memegang kad akses VIP.

"Ah Shit!" carutnya.

Mikaeyl yang melihat situasi itu tersenyum sinis.
Baihaqi kemudiannya menaiki lif VIP menuju ke tingkat 11.

Sampai di tingkat 11, dia dan Mikaeyl keluar serentak daripada lif-lif yang mereka naiki. Pekerja-pekerja disitu menunduk hormat kepada Mikaeyl dan Baihaqi.

Baihaqi berjalan selamba masuk kedalam bilik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

"Kalau kau tak ada kerja sangat, pergi balik. Keluar dari bilik aku. Aku banyak kerja." Mikaeyl bersuara.

"Dia tertelan periuk api lagi ke, Kak Ary?" bisik Baihaqi.

Arlina sekadar tersenyum kecil.

Mikaeyl mengambil dokumen dan fail-fail yang perlu disemak sebelum bermula mesuarat sebentar lagi.

"Eee bosannya hidup kau. Pagi-pagi masuk office tak ada kopi, lepak-lepak semua. Lepastu, kena semak fail." ujar Baihaqi, sengaja cari pasal.

Geram kerana tidak mendapat perhatian daripada Mikaeyl, dia meneruskan pertanyaan.

"Kau tak pelik, kenapa aku terpacak dekat depan hotel kau ni?" soal Baihaqi.

"Kalau bukan kau gaduh dengan mama dan mama halau kau daripada rumah tu kau masih tarik selimut kan?" soalan di balas dengan soalan.

"100% Tapi bukan mama yang halau aku. Aku yang keluar daripada rumah tu. Ada ke patut mama suruh aku masuk kerja. Kerja dekat office ni. Dia nak aku buat apa? Aku main game boleh lah."

Mikaeyl tersenyum sinis. 'Wah, tak sabar-sabar dia nak aku berambus dari sini.' desis hati Mikaeyl

"Memang patut pun mama suruh kau masuk kerja. Nanti, kau nak kena ganti aku."

"Hah, ganti kau? Untuk apa?" soal Baihaqi, pelik.

Arlina yang perasan dengan perubahan riak muka Mikaeyl itu, cuba mengayat untuk meng'cover' Mikaeyl yang sudah terlepas cakap.

"Maksud Tuan Anas Mikaeyl, Tuan Baihaqi Shahfitri kena belajar selok-belok Hotel ini juga. Datin Ainan mahu Tuan Baihaqi Shahfitri bersama-sama mengembangkan cawangan Hotel ini." ujar Arlina, penuh takzim.

"Ouh. Aku tak rasa aku sesuai kerja ni. Mengahadap fail-fail pagi-pagi. Bukan aku lah."

"Tapi, kalau kau nak kembangkan cawangan hotel ni, boleh. Aku boleh jadi model. Aku kan handsome. Kacak, bergaya pulak tu. Ataupun, kau boleh letak aku kat dapur. Aku pro bab memasak ni. Termasuklah makan."

'Heh, kau tahu tak, disebabkan minat kau tulah, aku terkandas kat sini' bisik hati Mikaeyl

"Pergilah balik. Temankan mama. Kesian mama." ujar Mikaeyl

"Ish, mana boleh. Aku kan tengah merajuk dengan mama. Mana boleh aku balik." balas Baihaqi.

Mikaeyl bangun sambil memegang fail dan dokumen-dokumen penting.

"Eh, kau nak pergi mana?"

"Aku ada mesyuarat"

"Alah. Tak bestlah. Aku belum panaskan punggung lagi."

"Aku ada kerja. Kau boleh blah sekarang."

"Ok lah aku boleh pergi. Tapi, aku nak keluar dengan penyambut tetamu tadi. Boleh kan?"

"Tak boleh. Dia sedang bekerja, Qi"

"Alah, boleh lah bagi dia teman aku sehari ni je."

"Qi, semua orang datang sini cari rezeki. Diaorang subuh-subuhi datang kerja. Kerja yang halal. Bukan untuk berseronok."

"Please. Only one day."

"Kalau macam tu, kunci rumah dan kunci kereta akan ditarik. No more VIP access too."

"Hell No! Tak payah buruk siku lah. Aku nak ajak dia makan je, come on lah bro."

"Mark my words, Qi."

Arlina menahan senyuman. Dia bersetuju dengan apa yang dikatakan Mikaeyl. Bukannya dia tidak tahu, Tuan Mudanya seorang ini, menggunakan ketampanan wajahnya untuk mengorat wanita-wanita diluar sana. Suka memberi harapan palsu kepada wanita kemudian, dia meninggalkan wanita-wanita tersebut.

Mikaeyl berlalu meninggalkan Baihaqi yang bengang ketika itu.

"Arghh Damn!" pekik Baihaqi.

Hilang peluang berhiburnya untuk hari ini. Dia menendang pintu bilik mesyuarat yang dimasuki Mikaeyl tadi.

Dush!

Pekerja-pekerja yang berada didalam bilik mesyuarat tersebut tersentak saat mendengar hentakan kuat itu. Mikaeyl hanya tersenyum puas mendengar bunyi protes adik tirinya.

"Shall we start?" soal Mikaeyl

Semua Pekerja disitu mengangguk walaupun hakikatnya mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience