[ LCTAM | BAB 25 ] { MALU }

Romance Series 31322

ARISYA berdiri di hadapan pintu rumah. Dia memandang kearah Mikaeyl yang sedang memejamkan mata. Kakinya teragak-agak untuk bergerak melangkah kehadapan.

'Perlu ke, aku pujuk dia? Rasanya tak perlu kot... Tapi, petang nanti dia dah nak balik KL. Tak seronok lah kalau bermasam muka.' soal Arisya, dalam hati.

"Pergi lah pujuk dia, tak elok bergaduh lama-lama. Kalau dia merajuk, tak nak balik sini... Nanti, Nek Wan pula merajuk dengan kamu, tahu?" tegur Nek Wan

Arisya memandang muka Nek Wan. Dia tersenyum nipis.

"Mana ada kitaorang gaduh Nek Wan, kitaorang cuma bertengkar aje." bisik Arisya, perlahan.

Nek Wan memukul perlahan bahu Arisya.

"Ish, kamu ni. Menjawab aje kan?"

"Ish, yelah-yelah. Dah tua-tua pun nak merajuk" uhpmm"

Sekali lagi dia dipukul.

Bibir bawahnya digigit. Melihat jelingan Nek Wan itu, membuatkan mukanya pucat. Haih, terpaksa lah, dia turun... pujuk baby tua tu. Nampak gaya baby tu macam dah tidur... tapi... entahlah...

Arisya berdehem dan batuk-batuk kecil untuk mengejutkan Mikaeyl. Kemudian, dia duduk bersandar pada dinding kayu itu.Matanya menjeling-jeling Mikaeyl yang kelihatan tertidur.

"Mikaeyl, kau tidur ke?" soal Arisya

Bebola biji mata Mikaeyl bergerak. Kemudian badannya berpusing membelakangi Arisya.

'Dah agak dah... si baby tua ni tak tidur pun... saja mengacah-acah.' bicara Arisya dalam hati.

Perlahan-lahan dia menghampiri Mikaeyl. Wajahnya tidak dipalingkan menghadap Mikaeyl.
Mahu meluahkan isi hatinya.

Dia menarik nafas panjang, sebelum membuka bicaranya.

"Kau tahu tak, 10 tahun dulu, aku rasa berputus asa nak hidup. Aku rasa macam... seolah-olah aku memang tak layak untuk dilahirkan di muka bumi ini. Banyak sangat ujian yang Allah bagi kat aku. Aku rasa macam...berat sangat ujian yang Allah bagi ni."

"Allah bagi macam-macam kat aku. Selepas satu, satu. Bertimpa-timpa ujian aku dapat. Kadang-kadang aku rasa macam.... Aku ni memang tak layak ke untuk bahagia? Memang aku tak layak untuk merasai secebis kasih sayang?"

"Tapi, bila aku fikir balik... Aku rasa allah bagi tu semua ada hikmahnya. Macam-macam ujian aku tempuhi. Ya, aku mengaku. 10 tahun hidup tanpa kau, aku rasa janggal. Hilang tempat bergantung. Tapi, aku dah redha. Mungkin ini memang takdir aku. Dari situ lah, aku belajar erti berdikari, asam garam kehidupan. Semuanya aku dah lalui. Jadi, aku tak nak lah kau buat keputusan terburu-buru. Aku pun sayangkan kau Mikaeyl. Aku harap kita akan naik pelamin bersama-sama. Aku nak kita cipta memori dan kebahagiaan kita. Sebagaimana Tercipta Satu Ikatan kita nanti."

Mikaeyl membuka matanya dan duduk di sisi Arisya. Terkejut bukan kepalang Arisya.

'Ugh seram lah. Dia nak marah aku lagi ke?'

"Aku minta maaf."

Fuhhh nasib baik. Daripada nada intonasi suaranya, membuatkan Arisya terkedu.

'Asal merdu sangat suara? Ni nak minta maaf ke nak goda aku ni? Haish, Parah!'

"Aku tahu, aku salah. Aku terburu-buru semalam. Aku minta maaf sebab tak fikir panjang. Aku cuma risaukan kau."

Arisya berpaling ke sisi. Matanya memandang muka Mikaeyl yang kusut itu. Dia tersenyum nipis.

"Aku pun nak minta maaf kat kau. Aku pun turut ikutkan emosi aku semalam. Aku tak patut baling kelapa kat kau. Dua kali pulak tu. Mesti sakit gila, kan?" soal Arisya

Mikaeyl ketawa kecil.

"Tak ada lah sakit sangat sebenarnya. Tapi, masa mula-mula kau baling kat aku tu ada lah rasa sakit tu. Rasa macam nak patah tulang belakang aku ni. Sepatutnya, kau buat kat Erkan bukannya dekat aku." balas Mikaeyl

Arisya tersengih kelat. "Maaf"

"Aku nak minta maaf pasal semalam sebab aku sebut nama Erkan tu. Aku emosi. Aku terlepas cakap...."

Arisya mencebik

"Sekali lagi kau cakap macam tu depan aku, aku cancel kan lamaran kau tu. Daripada aku terima lamaran kau dengan Erkan, lebih baik aku membujang sampai ke tua."

"Alah, janganlah. Kalau kau nak membujang, aku nak jadi suami siapa?"

Kata-kata Mikaeyl itu membuatkan Arisya ketawa. Entah ikut perangai siapa tah. Mengada!

"Aku janji, aku takkan ikut emosi lagi, macam semalam. Tapi, cuba lah kau fikir sikit. Kalau kau ikut aku balik KL, senang lah sikit. Kat sana senang dapat kerja. Kalau kau tak dapat pun, aku ada ramai kawan boleh minta tolong."

Arisya melepaskan nafas berat. Jarinya bermain-main di rumput. Dah tahu dah apa dia nak cakap. Kata-katanya itu sudah dapat di hafal. Nek Wan dan Abang Johan pun menasihatinya begitu. Ni mesti rancangan Mikaeyl. Berkomplot sangkut semuanya. Entah apa yang dijanjikan Mikaeyl pun dia taktahu. Ayat dia, tak boleh blah. Semua sama aje macam ikut skrip. Copy and paste. Haish agak-agak lah sikit kalau nak suruh dia ke KL pun, sama aje ayatnya.

"Lagipun, Atilia dan Atilla pun belajar kat situ kan. Senang lah sikit. Sekurang-kurangnya, tambang bas diaorang tak ada lah mahal melambung sangat."

"Hmmm.... yelah... nanti aku akan cuba mempertimbangkan."

'Yes, berjaya'

Tersenyum-senyum Mikaeyl mendengar kata-kata Arisya itu.

"Kau jangan nak happy sangat. Kalau kau nak aku ikut kau balik KL, Nek Wan kena ikut sekali."
Arisya memberi kata putus.

Kemudian, Arisya berpusing Ke belakang. Dia mahu membuka langkah kakinya Namun,

"Hmm Arisya" panggil Mikaeyl sambil mukanya kelihatan merah.

"Apa lagi, Haidan Anas Mikaeyl? Aku nak masuk dalam lah."

Mikaeyl menggosok-gosok Belakang lehernya.

"Hmm... Kau.. period ke?" soal Mikaeyl tersengih-sengih

"Haa? Apa dia?"

"Tu. Baju kau ada darah warna..."

Belum sempat Mikaeyl menghabiskan kata-katanya, Arisya berlari masuk ke dalam terlebih dahulu.

'Ya Allah, dia nampak ke. Arghh malunya aku. Macam mana aku nak tengok muka dia nanti. Arghhh!'

Arisya berlari ke arah Nek Wan. Kemudian dia membisikkan sesuatu.

"Nek Wan, nanti kalau Mikaeyl ajak Nek Wan balik KL, Nek Wan jangan terus ikut tau. Sombong-sombong sikit Nek Wan. Biar dia tahu kita ni ada perasaan. Takkan nak ikut kepala hotak dia aje kan? Okay Nek Wan Arisya masuk dalam dulu." bisik Arisya, perlahan.

Nek Wan sekadar tersenyum. Daripada mula-mula Mikaeyl datang lagi, dia sudah menyampaikan hasrat hatinya. Dia ingin membawa mereka ke Kuala Lumpur.

Nek Wan pun sudah bersetuju. Jadi, mereka hanya perlu memujuk Tuan Punya Badan sahaja. Mikaeyl menunjukkan 'thumbs up' kepada Nek Wan. Hehe Mission Complete.

Uwaaa thank god saving my life. Nah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience