ARISYA memerhatikan Mikaeyl yang sedang sibuk bercakap di talian telefon sambil tersenyum-senyum suka. Tiba-tiba harini rasa segak lagikan kacak pula melihat penampilan Mikaeyl. Auch! Cair meleleh.
Apabila keluar dari bilik pejabatnya, blazer hitam tersarung pada tubuhnya. Dipadankan dengan kemeja putih didalamnya dan tali leher yang kemas. Rambutnya juga dipakaikan gel tampil aura ketampanan dia tu. Memang lagak seorang CEO!
Apabila kerja di bilik pejabat sendiriannya, Mikaeyl membuka tiga butang baju dari atas, membuka tali leher dan melipat lengan kemejanya hingga ke siku. Fuh, itu dapat membuatkan mata Arisya galak menilik Wajahnya. Macho Habis!
Kebiasaannya, dia melihat Hero Dalam drama Korea yang di marathon bersama adik-adiknya saja. Kini, Heronya sendiri yang membuat gaya itu didepan matanya. Memang cair meleleh lah jawabnya! Daripada tak bersedia nak kahwin, terus bersedia. Silap-silap, sekarang pun boleh. Ahaks!
Oh ya...bercakap tentang Mikaeyl harini...eh, Bergosip tentang Mikaeyl harini...seharian dia menjadi pemerhati tetap Mikaeyl. Daripada mesyuarat, jumpa klien. Lepastu, melawat tapak projek hotel sehinggalah dia pulang semula ke Bilik pejabat Mikaeyl ini.
Benar, jadual Mikaeyl sangat padat. Sungguh meletihkan.
Arisya dah serupa boss di sini. Asyik memantau Mikaeyl bekerja sepanjang hari ini. Niatnya, hanya mahu melawat Mikaeyl sebentar saja. Sebab alang-alang dia sudah sampai disini kerana meneman Majikannya, Encik Fattah dijemput menjadi juri masakan di Hotel ini. Nak kumpul pengalaman, lah katakan...
Lepas dia datang melawat Mikaeyl, terus Mikaeyl tak bagi dia balik. Pintu Hotel semua ditutup. Kuang ajaq Punya Mikaeyl! Dia suruh Arisya temankan dia bekerja. Katanya, kalau ada Arisya depan mata.... Dia jadi lebih bertenaga nak kerja.
Ah, poyo. Mula lah tu dia dah belajar nak mengayat serupa Mamat Romeo atau lebih tepat, Mat Rempit. Mat Rempit mana entah tertinggal moto.
Tapi bila dah dipelawa, takkan dia hendak menolak. Lagipun, bukan senang nak tengok buah hati kerja depan mata kan? Nak juga tahu macam mana dia buat kerja, sibuk tahap mana. Sebab bila menghantar pesanan di WhatsApp, selepas 2 hingga 3 jam baru Mikaeyl balas.
Bila melihatkan Mikaeyl kerja, secara langsung dia terfikirkan apa yang dikatakan Kak Ara. Benar, Mikaeyl fokus dengan kerjanya dan akan sentiasa tersenyum.
Tapi dalam hati dia, siapa yang tahu?
Macam mana lah, Mikaeyl boleh bertahan dengan kerja yang tidak disukai dan diminati. Kalau dia, ditempat Mikaeyl...sudah lama dia angkat kaki. Lagi pula....Kerja dan tanggungjawab yang dilakukan Mikaeyl...tidak dihargai. Baginya ia hanyalah sia-sia.
"Lama tenung muka aku. Handsome sangat ke?" soal Mikaeyl
Arisya tersentak. Kemudian, dia menggeleng. Senyuman nipis dilemparkan kepada Mikaeyl.
Mikaeyl tertawa kecil. Setelah itu, dia bangkit dari mejanya. Dia menghampiri Arisya dan melabuhkan punggungnya die sisi Arisya. Wajah kesayangannya itu ditatap lama.
"Kenapa? Ngantuk? Penat eh teman aku?" soal Mikaeyl.
Arisya tersengih dan menganguk.
"Ngantuk sikit." jawabnya.
Mikaeyl tersenyum. Matanya melirik pada jam tangannya. Sudah menghampiri 5:30 petang. Harini jadualnya benar-benar padat. Setelah selesai Solat Zohor tadi, barulah dapat menarik nafas lega.
"Pergilah balik. Aku suruh Fateh hantarkan kau." ucap Mikaeyl
Serta merta kepala Arisya berpaling ke sisi.
"Eh, tak payahlah menyusahkan dia. Aku okay je. Kalau aku nak balik, aku boleh naik grab. Lagipun, kau dah janji nak balik sama-sama kan? Kau kata nak makan sama-sama dengan Nek Wan. Kau lupa lah tu." ujar Arisya.
"Mana ada aku lupa. Aku suruh kau balik dulu sebab nampak macam letih. Nanti habis kerja aku balik." balas Mikaeyl.
Arisya menggeleng.
"Aku tak penat pun. Kau tak payahlah risau pasal aku. Kau nak aku teman kan? Nanti kalau aku balik kau tak ada tenaga nak sambung kerja macam mana?" gurau Arisya.
Mikaeyl mengecilkan matanya. "Pandai Cik Arisya nak perli saya kan?"
Arisya tertawa kecil.
"Dah lah pergi sambung kerja kau. Tadi, aku tengok banyak mesej masuk. Kalau lambat siapkan, lagi lambat kau balik." ujarnya, menukar topik.
Mikaeyl mengeluh perlahan kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia keluar dating dengan si kekasih. Namun apa kan daya...tanggungjawab, tetap tanggungjawab. Terpaksa lah...menghadap kerja yang takkan pernah habis tu.
Kasihan juga pada Arisya dan Nek Wan. Dah lama tak meluangkan masa. Nasib baik harini Arisya datang. Mengubat rindu sekejap pun, jadilah.
"Esok kau ada rancang nak pergi mana-mana ke? Kalau tak ada, kita keluar jalan-jalan." cadang Mikaeyl.
"Esok kau tak kerja ke?" soal Arisya.
"Esok hari Sabtu, lah Sayang."
Arisya menjeling Mikaeyl.
"Memang lah esok hari Sabtu. Tapi kau memang tak boleh diduga workaholic nya. Emmm...hari Ahad, kau cuti ke?" soal Arisya.
"Tak sure lagi lah sayang...kenapa?"
Arisya tersenyum penuh makna.
"Nek Wan tu, sebenarnya...rindu sangat nak balik kampung. Maklumlah, suasana kat sana lebih tenang. Kat sini, bangunan mewah lagi kan gah saja. Aku pun rindu juga. Nak melawat kubur Arwah Mak Uda dan lepak kat padang." terangnya, panjang lebar.
Sekali lagi Mikaeyl mengecilkan matanya. Ayat terakhir tu...sangat menarik perhatiannya.
"Rindu apa? Aku tak dengar."
"Rindu nak lepak kat padang. Kenapa?" soal Arisya, pelik.
Mikaeyl tersenyum sinis. Mod untuk mengusik Arisya, di aktifkan.
"Pembetulan. Kau rindu nak tenung muka aku, kan?" soalnya, sinis.
Mata Arisya membulat mendengar soalan itu.
"Ma-mana ada..." balasnya.
Mikaeyl mengecilkan Matanya.
"Iya ke? Jangan bohong, Arisya. Dosa besar."
"So, kiranya kau dengar lah apa yang aku cakap selama ni?" soal Arisya.
Mikaeyl mengiyakan kata-kata Arisya.
"Yup. Memang aku dengar. Termasuklah masa kau confess kat aku tu."
"Eee tak baiknya kau...dengar apa yang orang cakap."
Mikaeyl tersenyum
"Kau tahu? Orang yang tidur ni tak semestinya dia tak dengar apa yang orang cakap. Kadang-kadang selepas bangun dari tidur, otak boleh memproses apa yang terjadi dan telinga mendengar apa yang orang cakap masa kita tidur." terangnya, lebar.
Kemudian, sekali lagi dia mengecilkan matanya.
"Termasuklah masa kau cakap yang kau suka aku tu. Masa tu, aku terus terjaga. Cuma...tak buka mata sajalah." ujarnya lagi.
Arisya memandangnya takut-takut.
"Ehem. Mana ada." nafi Arisya.
"Really, Arisya? Okay... Let me repeat again... Mikaeyl, kalau aku cakap aku suka kau...kau akan balas balik tak? Tapi...mesti kau tak kisah kan? Yelah...kita ni nak mengaku kawan pun susah." ujarnya sambil mengajuk lenggok Arisya.
Melopong Arisya seketika. Mukanya panas membahang mendengar kenyataan yang baru dikatakan Mikaeyl.
Benar, itulah apa yang dikatakannya 10 tahun dahulu. Seperti yang diungkapkan Arlina, Mikaeyl mempunyai daya ingatan yang tinggi. Fuh, ayat dia... Boleh meletops kepala otak nak cari alasan. Dah lah apa yang dia cakap tu sebiji macam Arisya cakap. Adeh...
"Disebabkan confess kau tu lah...aku tak sampai hati nak bagitahu kau yang aku akan tinggalkan kampung tu. Kejam betul aku, kan? Tinggalkan kau sedangkan aku tahu yang kau sukakan aku." Ujarnya, menyesal
Arisya membalas dengan senyuman hambar.
'Kau tak kejam, Mikaeyl. Kau ada hati yang perlu dijaga biarpun dia tidak pernah menghargai kau. Aku bangga dengan kau, Mikaeyl.'
"Eh dah lah benda dah lepas. Aku tanya kau tadi, boleh ke balik kampung, kalau tak boleh..aku nak bawa Nek Wan."
"Insyallah, boleh. Nanti aku suruh Arlina kosongkan jadual aku. Kita gerak malam ni eh? Gerak awal, lama lah sikit kat kampung tu. Kalau gerak esok, kejap je lah kat kampung tu."
Dahi Arisya berkerut.
"Eh, apa pula malam ni. Kau tak penat ke? Dari tadi kerja tak berhenti. Kau tu kena jaga kesihatan...Bukannya dekat nak drive tu."
"Bukannya aku kerja buruh, sayang. Aku ni kerja dalam penghawa dingin. Otak aku je yang letih. Tapi bila ada kau, hilang terus letih aku tu." ujar Mikaeyl.
Arisya mencebik. Geli telinganya mendengar kata-kata Mikaeyl.
"Dah lah. Pergi sambung kerja sana. Asyik bersayang-sayang saja dari tadi. Menyampah aku." omel Arisya.
Tertawa Mikaeyl mendengar omelan Arisya.
"Ala, aku baru nak bermanja dengan kau. Tapi tak mengapa lah. Dah orang tak sudi, takkan kita mahu terhegeh-hegeh. Okaylah sayang. Aku pergi sambung kerja dulu. Kalau rindu aku, panggil. Jangan pendam. Tahu?" soal Mikaeyl, gurau.
"Gedik betullah kau ni." marah Arisya
Bantal kecil yang berada di sofa, dibaling ke arah Mikaeyl yang sudah bangkit dari duduknya. Tertawa dia saat Mikaeyl menangkap bantal tersebut. Kemudian, dia menghantar flying kiss ke arah Arisya. Terus Arisya membuat mimik muka tidak suka. Menepis angin, mengelak hantaran ciuman terbang a.k.a flying kiss itu. Huh! Gedik betullah Mikaeyl ni!
Hope you will like it >3000
Share this novel