bab 10

Drama Completed 3162

KHABAR yang disampaikan oleh Mak Gayah kepada Haji Tukiman sangat mengecewakan. Mak Leha menolak mentah-mentah risikan meminang buat Muzaffar. Haji Tukiman memang sudah mengagak perkara itu akan berlaku. Dia tidak kisah sangat tetapi kesiankan pada Karnain sahaja. Sudah tentu anak bujangnya itu kecewa pada tahap yang melampau.

“Betul tak apa yang ayah pernah bagitahu tempohari? Tanpa restu orang tua cinta kita tak ke mana!”

“Soalnya mengapa Mak Leha sanggup buat macam ni pada Karnain ? Mengapa ayah?”

“Sabar dulu Karnain. Rasanya ayah tahu kenapa keadaan ini berlaku.”

“Apa sebabnya ayah?”

Haji Tukiman tidak segera menjawap pertanyaan itu. Dia perlu bertenang untuk menceritakan perkara yang sebenarnya. Nafas resah dilepaskan perlahan. Dia memang tidak sanggup untuk membuka rahsia yang puluhan tahun tersimpan kemas itu. Antara dia dengan Mak Pia, ada cerita silam yang belum sudah. Namun demi Muzaffar, rahsia itu perlu dipecahkan juga. Dia mahu Karnain terima hakikat, kisah silam itu turut menjadi titik tolak masalah yang sedang dihadapi itu. Karnain sudah tidak sabar mahu tahu apa sebenarnya punca risikannya ditolak oleh Mak Pia. Kalau dia kecewa, sudah pasti Feridee juga akan lebih lagi kecewa.

“Ayah nak minta maaf dulu pada kau. Puncanya mungkin dari ayah dan Mak Pia jugak…”

“Karnain sebenarnya cukup tak faham apa yang ayah katakan ni. Makin serabut otak Karnain nak fikir!”

“Kau jangan terkejut. Antara ayah dan Mak Leha ada kisah silam yang pahit. Akibatnya kau dan Feridee merasa tempiasnya. Ayah nak kau tenang dan dengar apa yang ayah akan ceritakan ini.”

Karnain seperti seorang yang dungu. Serabut di fikirannya berganda-ganda. Dia benar-benar tidak menyangka ada cerita di luar pengetahuannya. Kisah silam itu terus menghambat otaknya dari terus berfikir. Dia benar-benar hendak tahu apa kisah sebenarnya. Adilkah kalau orang lain yang punya angkara, dia yang turut menjadi mangsa? Tidak kiralah ayahnya atau Mak Pia, mereka mesti bertanggungjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience