BAB 7

Drama Completed 3162

“Entahlah, Feridee pun tak faham kenapa!”

Mata Feridee merenung mata Muzaffar. Seketika renungan itu tewas lalu pandangannya diarahkan kepada batas-batas yang penuh dengan pelbagai jenis sayur itu. Tenang seketika hatinya melihat lautan hijau yang mendamaikan itu. Lapang dadanya melihat sayuran yang meliang-liuk ditiup angin petang. Karnain pula bergerak ke arah batas-batas sayur. Tanah harus digemburkan, anak-anak mesti dicabut. Leka membuat rutin kerja itu, tanpa dia sedar Feridee turut leka memerhatikannya. Feridee bangun lalu menghampiri Karnain lalu sama-sama membantu Karnain membuat kerja. Namun di hatinya masih ada lagi rasa gundah yang belum reda.

“Abang sayang Feridee tak?” tiba-tiba Feridee bersuara. Soalan itu membuatkan Karnain terhenti kerjanya. Pandangannya kembali menumpu kepada Feridee.

“Mestilah, sayang beribu-ribu lemon!” ucap Karnain membuatkan Feridee tersipu-sipu malu.

“Kalau sayang, apa buktinya?” soal Feridee memberi sedikit tanda tanya buat Muzaffar.

“Mari sini nak cium!” usik Karnain membuatkan Feridee terkejut lalu menolaknya ke arah batas sayuran. Karnain hampir tergolek tetapi sempat menahan dengan tangannya.

“Padan muka. Nak cium kena ada lesen tau!” ujar Feridee sambil menjuihkan bibir. Dia tahu Karnain hanya mahu bergurau dengannya. Niatnya juga hanya mahu mengusik Karnain juga.

“Pakai lesen memandu boleh!” tukas Karnain tidak mahu mengalah.

Feridee bercekak pinggang. Geram juga dia apabila diusik begitu. Karnain nampak nakal. Itu antara ciri-ciri lelaki yang dia suka. Dalam hatinya, dia tidak mahu kehilangan lelaki itu. Lelaki itu adalah cinta pertamanya. Apa sahaja yang sudah dilalui bersama, semuanya nampak indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience