BAB 18

Drama Completed 3162

Tindakan Feridee yang muncul secara tiba-tiba itu membuatkan perasaannya bertambah geram. Haji Tukiman melangkah rapat ke arah Mak Pia. Dia mahu memohon maaf namun masih lagi dalam keadaan yang keliru. Di laman fikirnya masih bertanya-tanya. Apakah sengketa itu ada bersaling kait dengan kisah silamnya? Apakah dendam Mak Leha terhadap dirinya masih belum berakhir?

HAMPIR setengah jam Mak Leha dan Feridee sudah menunggu di perhentian teksi itu. Mereka berdua baru sahaja selesai membeli barangan keperluan untuk majlis perkahwinan antara Feridee dan Khairil tidak lama lagi. Untuk hari itu Mak Leha menumpukan kepada pembelian kain terbaik untuk gaun pengantin semasa pernikahan Feridee nanti.

“Kali ni mak nak kau tampil berbeza pada hari pernikahan tu nanti. Kalau orang lain main sewa aje pakaiannya, untuk kau mak akan tempah khas dari butik pengantin!” tukas Mak Leha dengan penuh rasa bangga.

“Mak macam nak menunjuk-nunjuk aje. Bukankah itu membazir namanya?” ujar Feridee membantah cadangan ibunya itu. Dia tidak selesa dengan perancangan ibunya itu.

“Mak tak kesah apa orang nak kata. Mak nak kau nampak hebat pada hari tu!”

“Kita ni orang kampung mak, bukannya artis nak berlawan bagai!”

“Sesuailah dengan bakal suami kau seorang ahli perniagaan. Kau kena bangga!”

“Hmm… Feridee bukan macam mak, nak harap kaya orang. Cukuplah apa yang kita ada mak. Belum tentu harta boleh bawa bahagia!”

“Kau ni tak reti nak bersyukur. Ini semua rezeki daripada ALLAH SWT tahu! Bukan semua orang boleh dapat. Kau jangan banyak cakap, mak tahu apa yang mak buat!”

“Mak tak pernah nak kurang dari orang lain. Sikap mak buat Feridee malu!”

“Apa yang mak buat semua untuk kesenangan Feridee tahu!”

“Feridee tak harap semuanya tu!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience