BAB 3

Drama Completed 3162

MALAM itu Feridee mengurungkan diri di dalam bilik. Dia sanggup tidak keluar makan demi memenangi hatinya sendiri. Itu juga tanda protes rasa tidak puas hati atas sikap berkeras ibunya tadi. Dia juga masih berfikir-fikir macam mana ibunya boleh tahu hubungan cinta yang berlangsung antara dia dengan Muzaffar. Selama hari ini, hubungan mereka tidak ada seorang pun tahu. Sebelum pertengkaran lebih hebat berlaku tadi, dia dikejutkan dengan pertanyaan tentang khabar yang sampai ke telinga ibunya. Situasi itu kembali mengimbas di kotak fikirnya.

“Betul ke kau ada hubungan dengan Karnain ?” soal Mak Leha membuatkan Feridee berderau darahnya. Dia panik seketika.

“Err… mana mak dengar semua cerita ni?” jawab Feridee dengan soalan juga.

“Kau tak payah nak berselindung lagi. Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin yang bertiup!” balas Mak Leha mula membuka sedikit demi sedikit teka-teki yang turut bermain di mindanya.

“Mak ada bukti? Mesti ada yang bawa mulut, tak senang hati dengan Feridee !” jawab Feridee mahu mempertahankan pendiriannya.

“Mak tak perlu bukti. Mak nak tahu betul atau tak, itu aje!” desak Mak Pia lagi membuatkan Feridee sakit kepala hendak memikirkannya.

Feridee semakin serba salah. Siapalah yang punya angkara menyampaikan berita itu kepada ibunya? Mesti ada individu yang tidak berpuas hati melihat hubungan baiknya dengan Muzaffar. Bertambah sakit kepalanya memikirkan soal itu. Sambil menggigit jari, fikirannya menerawang jauh. Namun jawapannya tidak muncul. Semuanya masih samar.

“Kalau betul, apa masalahnya?” ujar Feridee dengan yakin. Biarlah jawapan itu menamatkan segera sengketa antara dia dan ibunya ketika itu.

“Cukup! Mak tak nak dengar apa-apa lagi. Mak nak kau putuskan hubungan dengan lelaki itu!”

“Makkk!”

“Keputusan mak muktamad!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience