BAB 13

Drama Completed 3162

Karnain menggeleng kepala. Sampai macam itu sekali sayang Feridee kepadanya. Semua perasaan gembira itu disimpan ketat dalam dada. Rasa bangga turut meluluhkan perasaan lelakinya. Biarpun semua itu tidak dapat mengubah keadaan, sekurang-kurangnya dia tahu dirinya masih disayangi dan dihargai. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Apa sahaja halangan yang ada Feridee sanggup menghadapi demi untuk dirinya.

“Tak baik buat macam tu. Itu tandanya Feridee dah dimiliki. Apa rasa hati lelaki bertuah itu kalau tahu cincin tunang dicampak merata. Akan ada lagi hati yang kecewa!”

“Biarlah, Feridee lagi kecewa!”

“Sudahlah tu, tak baik lukakan hati orang…”

“Hati ini yang luka siapa nak ubat?”

“Sekurang-kurangnya Feridee ada orang yang sayang. Cuma berilah dia peluang.”

“Tak ada maknanya kalau sayang sekadar satu paksaan!”

Feridee semakin tidak selesa. Panas di pelupuk matanya pasti mengundang air mata. Dia masih belum dapat menerima kenyataan sudah ditunangkan dengan sepupunya, Khairil. Semuanya atas pilihan ibunya, Mak Pia. Karnain mula serba salah apabila Feridee berterusan mendesaknya supaya berbuat sesuatu demi cinta mereka.

“Dah malam ni, elok Feridee pulang dulu. Nanti kalau orang nampak kita berdua, apa pulak kata mereka. Tentu maknya risau kalau tengok Feridee tak ada di rumah. Abang juga tak sanggup dikatakan sebagai pemusnah kebahagiaan orang lain. Abang harap sangat Feridee faham keadaan ini.”

“Abang jangan risau. Malam ni mak pergi rewang di kampung seberang. Selalunya pulang lewat, masih ada masa lagi ni.”

“Maafkan abang terpaksa desak Feridee. Abang tak mahu ada fitnah, kesannya sangat buruk nanti. Jom, abang hantarkan Feridee balik rumah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience