BAB 15

Drama Completed 3162

“Apa yang kau merepek ni? Kalau setakat petani kampung tu, tak payahlah kau berangan nak hidup senang. Setakat motor kapcai dengan proton buruknya tu tak ke mana perginya. Kau patut bersyukur dapat lelaki hebat seperti Khairil. Dahlah ada perniagaan sendiri di Kuala Lumpur, pakai kereta mewah lagi pulak tu. Menolak Khairil sama maksudnya kau menolak tuah. Mak tak faham macam mana otak kau berfikir, macam mana mata kau melihat!”

“Mak jangan nak hina abang Karnain. Dia tetap hebat di mata Feridee. Biar hartanya kurang tapi budi pekertinya memang tak ada tolok bandingan.”

“Siapa hina dia? Ini memang kenyataan!”

“Harta tak bawa ke mati mak!”

“Betul, harta tak bawa ke mati tapi dengan harta hidup kita akan lebih sempurna. Tak ada orang pun yang nak hidup susah dalam dunia ni. Kau seorang aje yang sengaja mencari susah!”

“Susah senang seseorang tu bukan kita yang tentukan mak. Itu semua urusan ALLAH SWT.”

“Wah! Pandainya anak mak bercakap. Jangan ingat semua ini boleh mengubah pendirian mak. Mak tetap pilih Khairil!”

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapinya lagi. Tak payah nak ingat lagi lelaki tu. Khairil dah sah jadi tunangan kamu. Mak akan bincang dengan Pak Long supaya majlis pernikahan ini dibuat sesegera yang mungkin!”

“Makkk!”

Mak Leha meninggalkan Feridee yang sudah terjelepuk di sofa ruang tamu. Air mata yang luruh di pipi Feridee sedikitpun tidak mengundang simpati daripada dirinya. Dia tidak mahu tunduk dengan kemahuan anak gadisnya itu. Keputusan yang sudah dibuat adalah muktamad. Dia juga tidak mahu mengundang malu kalau majlis yang sudah dirancang itu tidak menjadi. Lagi cepat majlis pernikahan itu berlangsung, lagi lega perasaannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience