BAB 4

Drama Completed 3162

Semakin tidak tenang fikiran Feridee malam itu. Apa yang perlu dilakukan sekarang? Kalau mengikut kehendak hatinya yang marah, mahu sahaja dia keluar dari rumah itu. Namun dia berfikir juga kalau masih ada jalan untuk diselesaikan masalah itu dengan cara yang lebih baik. Dia teringat pepatah lama yang ada mengatakan; kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kena dengan situasi yang membelenggu dirinya sekarang; kalau ingin mendakap bahagia dalam kehidupan, tidak perlu takut mengharungi duri onak dalam bercinta.

“Mengapa mak benci sangat dengan abang Karnain ? Bukan mak tak kenal dengan dia, mahupun keluarganya!”

“Kau tak payah nak tanya soalan yang merepek ni. Kalau aku kata tak suka, memang aku tak suka!”

“Kalau tak suka mesti ada sebabnya. Ini macam pelik aje!”

“Pelik atau tak, aku ni mak kau! Jangan bantah cakap aku!”

“Macam mana Feridee tak bantah kalau alasan mak tak menyakinkan. Malah tak masuk akal!”

“Dah… sudah! Kau dengar aje cakap aku. Apa yang mak buat ni semua untuk kebahagiaan dan masa depan kau. Mak dah ada rancangan untuk masa depan kau!”

“Rancangan apa tu? Boleh Feridee tahu?”

“Memang mak akan beritahu kau tapi bukan sekarang. Mak perlukan masa yang sesuai.”

Bengang. Feridee bertambah celaru fikiran apabila Mak Leha sengaja mahu membuat hatinya sakit. Cuma fikirannya ada berfikir, mesti ada sebab mengapa ibunya sangat menentang perhubungan itu. Dilupakan seketika perangai ibunya itu, dia terkenang kepada Muzaffar. Pemuda yang dikenali itu memang tidak ada cacat celanya. Selain rajin bekerja, hubungannya dengan masyarakat kampung juga amat baik. Dia sendiri tidak faham kenapa ibunya sangat sensitif apabila nama Karnain dikaitkan dengan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience