BAB 12

Drama Completed 3162

“Anggaplah kita tak ada jodoh. Kenangan yang ada buanglah jauh-jauh!”

“Senangnya abang bercakap. Bukan mudah Feridee nak buang segala kenangan. Cepatnya abang lupa pada janji!”

“Abang tak pernah lupa Feridee. Semua yang manis dah bertukar menjadi sepahit-pahitnya kenangan!”

Karnain memalingkan mukanya ke arah sudut yang lain. Feridee tidak puas hati lalu kembali mendepani lelaki yang kecewa itu. Biarpun lelaki itu cuba menyembunyikan perasaannya, dari raut wajah ternyata hati lelaki itu turut terluka.

“Feridee masih sayangkan abang…”

“Apalah gunanya sayang kalau perasaan ini dah hancur berkecai. Impian tak mungkin jadi kenyataan!”

“Untuk abang, Feridee sanggup buat apa aje!”

“Jangan! Jangan buat kerja gila!”

“Abang tak percaya? Feridee tetap berharap pada cinta yang pertama…”

“Bukan abang tak percaya. Inilah takdir cinta kita. Apalah diharapkan sangat pada cinta pertama kalau akhirnya kita sama-sama merana.”

Ayat itu membuatkan Feridee terkesima. Mendalam sungguh maksud di sebalik rangkaian kata-kata Karnain itu. Semua itu buat perasaannya menjadi lemah. Kata-kata itu sangat kuat mencucuk ke dinding fikirnya. Dia juga percaya kebenaran kata-kata itu. Dia masih berusaha mahu memenangi hati Muzaffar.

“Cuba abang tengok ni!” pinta Feridee supaya Karnain melihat jari jemarinya. Karnain hanya mengikut arahan itu. Dia perasaan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“Mana cincin tunang Feridee ?”

“Feridee takkan pakai. Cincin tu Feridee dah buang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience