BAB 11

Drama Completed 3162

“Apa sebenarnya yang ayah nak katakan?”

“Hmm… sebenarnya antara ayah dan Mak Piah, kami pernah jadi sepasang kekasih. Masa tu kami sama-sama muda, macam kau dan Feridee jugak. Cinta menyatukan kami tapi arwah nenek kamu tak mahu beri restu. Sebaliknya ayah ditunangkan dengan gadis pilihan nenek, iaitu arwah mak kamu. Masa dulu-dulu, ayah tak ada kuasa untuk membantah malah terima apa aje takdir jodoh yang ada. Ayah tahu, Mak Leha marah dan sangat kecewa. Atas alasan ini pinangan kau ditolak…” ujar Haji Tukiman satu persatu membuka rahsia silamnya.

“Kerana cinta pertama ayah, cinta pertama Karnain yang jadi mangsa!” tukas Karnain tidak puas hati. Sedikit sebanyak dia mahu menyalahkan keadaan yang dicetuskan oleh ayahnya.

“Kau kena ingat, kalau pun ayah jadi bersatu dengan Mak Leha dulu, logiknya belum tentu kau dan Feridee dapat bertemu sekarang. Itu hikmah yang harus kita terima. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab dan akibatnya. Mungkin jodoh ayah dengan Mak Leha memang tak ada tapi jodoh kau dengan Feridee mungkin akan jadi kenyataan. Siapa tahu!” ujar Haji Tukiman terus memberi semangat buat Muzaffar.

“Perkara tu tak mungkin berlaku. Karnain dengar Feridee akan ditunangkan dengan seseorang, betul ke ayah?”

“Itu cakap Mak Leha tapi perancangan ALLAH SWT kita tak tahu!”

Karnain kembali terdiam. Ombak resah di dadanya semakin reda. Dia harus redha dengan kenyataan yang ditakdir untuknya. Jika dia memberontak tetap tidak dapat mengubah keadaan. Cuma dia terkilan, impian bahagianya musnah di pertengahan jalan. Feridee kini semakin jauh dari pesisir hatinya.

“KENAPA cari abang, bukankah Feridee dah jadi milik orang sekarang?” tegas Karnain menyoal kembali kepada Feridee yang datang mencarinya.

“Itu bukan pilihan Feridee, itu pilihan mak!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience