BAB 14

Drama Completed 3162

Feridee tidak ada pilihan lain. Dia akur dengan arahan Muzaffar. Ada betulnya kata lelaki itu. Memang suatu yang kurang manis seorang gadis yang sudah bertunang bertemu dengan seorang lelaki yang lain. Fitnah bukan sahaja boleh memburukkan keadaan malah akan membuatkan hubungan sesama manusia menjadi porak peranda.

MAK LEHA sudah hilang sabar. Marahnya berganda-ganda bila mengenangkan sikap tidak bertanggungjawab Feridee. Dia berasa malu apabila ada mulut orang kampung mengatakan dia tidak pandai menjaga anak.

“Kau sengaja nak malukan mak! Malukan keluarga kita!” bentak Mak Pia apabila dapat tahu malam semalam dia pergi berjumpa dengan Muzaffar. “Berkali-kali mak pesan, jangan jumpa lelaki tu lagi tapi kau pergi jugak!”

“Kami bukan buat apa, sekadar bersembang aje!” ujar Feridee menjawab.

“Nak sembang apa lagi? Kau tu tunangan orang, tolong jaga sikit batasnya. Kalau Khairil tahu, tentu kecil hatinya!”

“Biarlah, apa Feridee nak kesah!”

“Jaga sikit mulut kau tu! Sebab santan pulut binasa, sebab mulut tu badan pulak yang merana!”

“Bosanlah Feridee macam ni! Mak tak habis-habis nak menangkan lelaki tu. Feridee tak suka!”

“Ooo… tak suka. Pilihan mak semua Feridee tak suka. Feridee ingat pilihan Feridee tu mak suka?”

“Feridee tak suruh pun mak suka siapa yang Feridee pilih. Cukuplah sekadar mak beri restu!”

Mak Leha semakin menyinga sikapnya. Bertambah terbakar hatinya bila Feridee tetap memilih Karnain berbanding dengan Khairil. Bagi Mak Pia segalanya sudah ternoktah. Perjanjian antara keluarga Pak Long Samad telah dibuat. Mereka hanya menanti masa dan tarikh yang sesuai untuk menyatukan mereka berdua. Biarpun Feridee tidak setuju, majlis tetap akan berlangsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience