BAB 19

Drama Completed 3162

“Malas mak nak cakap lagi dengan kau. Buat sakit hati aje!”

Buat seketika dua beranak itu melayan perasaan masing-masing. Feridee turut menjeruk rasa sebab tidak sependapat dengan ibunya sejak dari tadi. Ibunya kalau dilayan makin menjadi-jadi egonya. Lebih baik dia berdiam diri sementara menunggu teksi untuk pulang ke rumah. Terasa bosan apabila lama menanti. Manakala anganan Mak Leha terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring.

“Helo… ya… Pia cakap ni. Ohh, abang Long… apa halnya ni? Putus… tapi kenapa? Ya ALLAH, dugaan apakah ini!” suara Mak Leha bercampur baur antara sedih, kecewa dan terkejut. Reaksi itu membuatkan Feridee tertanya-tanya.

“Kenapa mak? Macam ada perkara serius aje!”

Mak Leha hanya memandang Feridee dengan air mata mula merembes di kelopaknya. Lidahnya menjadi kelu untuk menyatakan khabar yang baru diterima sebentar tadi. Suaranya yang lantang turut hilang menjadi bisu. Hanya air mata semakin laju menuruni lurah pipi. Feridee menjadi seorang yang tidak sabar apabila melihat perubahan drastik ibunya itu.

“Cakaplah mak, cakaplah apa yang sebenarnya dah berlaku?” ujar Feridee sambil menggoncang bahu ibunya itu.

Mak Leha semakin tertekan perasaannya. Kepalanya terasa pening. Pandangannya mula menjadi samar berbalam-balam. Itu tandanya penyakit pitam mahu menyerangnya. Berita bakal menantunya, Khairil ditangkap basah benar-benar membuat dia terkejut. Punah impian dan harapannya apabila Long Samad sendiri mahu pertunangan antara Khairil dan Feridee diputuskan. Feridee semakin panik apabila ibunya tiba-tiba jatuh pengsan. Dia kelam kabut apabila melihat keadaan ibunya itu.

“Kenapa ni Feridee ? Kenapa dengan mak?” soal satu suara yang menyapa di cuping telinga Feridee. Ditoleh sekilas ke arah datangnya suara yang menegur itu.

“Abang Karnain ? Tolong abang, mak pengsan!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience