BAB 6

Drama Completed 3162

“Mungkin mak Feridee ada pilihan yang lain kut!” teka Karnain mahu memujuk hati Feridee yang masih lagi berduka.

“Abang tak sayang Feridee agaknya!” bentak Feridee lalu meminggir sedikit dari kedudukan asalnya. Karnain pula bergerak selangkah menghampirinya.

“Hisy… kenapa cakap macam tu? Hanya Feridee di hati abang!”

“Kalau sayang, buatlah sesuatu. Berdiam diri takkan selesaikan masalah.”

“Abang nak buat apa?”

“Takkan nak buat bodoh!” perli Feridee apabila Karnain tidak dapat menangkap maksud yang dimahukan.

Karnain hanya tersenyum apabila Feridee memerlinya sebegitu. Dia tahu, hanya orang berfikir secara melulu akan berkata ayat sedemikian. Dia tidak salahkan Feridee sebab dia tahu gadis itu dalam keadaan yang tertekan. Berfikir sekadar mahu melepaskan perasaan yang terbuku di hati.

“Mungkin mak Feridee rasa memang abang tak layak untuk jadi menantunya. Abang sedar, siapa diri abang!”

“Bukan masalah layak atau tak. Kita yang nak kahwin, bukan mak!”

“Sabarlah sikit. Abang tahu, kahwin tu senang tapi tak naklah ada masalah macam ni. Kalau orang tua tak restu, tak ke mana perginya kita. Akhirnya makin kusut masalah yang ada,” terang Karnain dalam keadaan yang agak tenang. “Makin kita mendesak, makin kuat halangannya nanti.”

“Tapi abang tak boleh duduk berdiam diri macam ni. Abang kena buat sesuatu!”

“Boleh tak Feridee tenangkan sikit perasaan tu? Abang rasa mesti ada sebab mengapa keadaan ini berlaku. Elok kita bawa berbincang dulu.”

“Tak guna kalau nak bincang perkara ni dengan mak. Keputusannya dah muktamad!”

“Sampai macam tu sekali? Ini yang buat abang tambah musykil…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience