BAB 17

Drama Completed 3162

“Dah tak payah. Kebetulan kau ada, kau tolong nasihatkan anak bujang kau ni supaya jangan nak kacau hak orang lain. Feridee tu bakal jadi isteri orang!”

“Pia, kau tu maknya. Sepatutnya orang perempuan kena lebih bertatasusila. Sekarang aku nak tanya, siapa yang datang cari siapa sekarang? Kalau orang lelaki yang cari perempuan, itu memang lumrah…”

“Awak jangan nak perli saya pulak. Silap-silap anak bujang awak ni dah bagi ubat guna-guna pada Feridee !”

“Astagfirrullah al azim, buat mengucap Pia. Berat tuduhan kau ni!”

“Berat atau tak, saya tak peduli. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya!”

“Mengapalah kau benci sangat pada keluarga aku ni? Janganlah disebabkan kisah silam kita, anak-anak yang jadi mangsa. Tak baik kalau kita berterusan bermusuhan begini.”

“Memang, sakit hati saya tak pernah berkurang. Apa kurangnya saya, kau pilih dia? Puluhan tahun saya derita, ada kau kesah? Kali ini biar anak bujang awak tu pulak yang rasa sakit hatinya. Terpulanglah apa awak nak kata. Janji hati saya puas!”

“Itu maknanya kita tak ada jodoh. Tak mustahil jugak silaturahim ini bersambung dengan jodoh anak-anak kita. Perancangan ALLAH SWT kita tak pernah tahu…”

“Tak payahlah kita nak berbesan. Cukuplah pengalaman pahit ini!”

“Mak buat apa di sini? Keliling kampung Feridee cari mak!” tiba-tiba Feridee mencelah bersuara. “Jom kita balik, malu kat orang kampung tengok mak macam ni. Abang Karnain tak salah. Abang Karnain tak pernah ambil kesempatan ke atas Feridee. Jangan salahkan dia, salahkan Feridee !” ucap Feridee membuatkan Mak Leha menjegil mata kepadanya.

“Eloklah tu kalau Feridee sendiri dah mengaku. Dahlah Pia, tak perlu kita terus bermusuh,” ucap Haji Tukiman mahu menenangkan keadaan. Mak Pia memandangnya dengan pandangan yang tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience