BAB 2

Drama Completed 3162

“Kau jangan jadi bodoh! Berfikir tu gunakan akal. Kalau ikut perasaan, macam inilah jadinya. Seumur hidup mak, belum ada lagi orang yang berkebun di kampung ni yang hidup senang. Apa lagi yang kaya raya!” sindir Mak Leha sudah tidak tahan dengan perangai yang ditunjukkan oleh Feridee.

“Tapi…” belum sempat Feridee menghabiskan ayat itu, percakapannya telah dipotong oleh Mak Pia.

“Tak ada tapi-tapi lagi! Bulan depan keluarga Pak Long Samad nak datang merisik kamu!” ujar Mak Leha tanpa berselindung lagi. Kenyataan itu membuatkan Feridee sungguh terkejut. Serta merta amarahnya naik membuak-buak. Dia datang menghampiri Mak Leha yang muka yang menyinga.

“Mak cakap apa ni?” soal Feridee seperti tidak faham. Dia sengaja mahukan penjelasan lanjut daripada ibunya.

“Ooo… kau tak faham? Atau sengaja buat-buat tak faham!” bentak Mak Leha lagi.

“Memang! Memang mak tak pernah nak faham tentang perasaan Feridee. Dari kecil sampai dewasa, semua keputusan di tangan mak. Kalaulah ayah masih ada…” teriak Feridee dengan air mata mula turun ke lurah pipi. Tiba-tiba dia teringat kepada arwah bapanya yang sudah meninggal dunia lebih kurang lima tahun yang lalu.

“Tak payah kau nak kait-kaitkan dengan orang yang dah tak ada lagi. Sekarang semua tanggungjawab atas mak. Mak berhak buat apa aje keputusan. Tak ada mak ayah dalam dunia ni nak anak-anaknya hidup susah!”

Kata-kata Mak Leha itu terus merentap segala urat saraf di tubuh Feridee. Dia sudah tidak tahan lagi menahan kesedihan. Pipinya sudah basah dengan air mata. Apa sahaja yang dilontarkan tidak membawa makna buat ibunya untuk difahami. Ibarat mencurahkan air di daun keladi, kata-katanya hanya terbuang ke tepi. Bantahan Feridee semakin memuncak apabila meninggalkan ibunya sendirian sambil meluru ke bilik tidurnya. Daun pintu dihempas kuat. Mak Leha mengetap bibir sambil menggeleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience