BAB 20

Drama Completed 3162

“Ok… tolong abang masukkan mak Feridee dalam kereta. Kita pergi ke klinik yang berhampiran.”

“Err… baiklah.” Sempat juga Feridee mengerling ke arah kenderaan yang dinaiki oleh Karnain afar. Ternyata kenderaan itu pertama kali dilihatnya. “Abang dari mana ni? Kereta baru nampak!”

“Dari bandarlah nak balik rumah. Ini aje kereta yang mampu petani kampung macam abang boleh pakai!” jawab Karnain merendah diri. Pada hal kenderaan pacuan empat roda itu bukan juga calang-calang orang boleh memilikinya. Feridee memahami lantas tersenyum bangga. Bagi dirinya, lelaki yang memegang status petani muda yang berjiwa usahawan itu memang layak memiliki kenderaan itu bagi memudahkan urusan perniagaannya.

Selepas mendapatkan rawatan di klinik, Mak Leha sudah kembali sedar. Menyedari dia sedang berada di dalam kenderaan milik Muzaffar, dia sangat serba salah. Mengingatkan nasib malang yang menimpa dirinya sekeluarga, membuatkan dia mula insaf. Keterlanjuran kata-katanya selama ini ibarat pisau tajam yang memakan diri sendiri.

“Makcik minta maaf sebab dah tuduh Karnain macam-macam. Memang sangat kesal sebab Karnain tak macam apa yang makcik sangkakan…” ucap Mak Leha dalam keadaan sedih yang belum habis.

“Tak apalah makcik, saya faham. Saya pun minta maaf kalau dah buat keluarga makcik susah.”

“Makcik malu, makcik yang tak pandai menilai hati budi Karnain. Lagi satu, makcik pun mesti minta maaf dengan ayah kamu. Dendam silam tak seharusnya jadi penghalang kebahagiaan kamu berdua.”

“Saya tetap redha makcik. Apa yang berlaku ini tentu ada hikmah-Nya.”

Feridee terus memeluk ibunya. Sisa air mata yang masih ada di pipi ibunya disapu perlahan. Ada harapan baru yang mula tumbuh di dalam dadanya. Cuma rasa bahagia itu disimpan ketat di lubuk sanubari. Dia amat bersyukur dengan perubahan sikap ibunya itu. Dia juga percaya, selepas ini tidak ada lagi halangan terbesar dalam perhubungannya dengan Muzaffar. Ladang cinta mereka pasti subur dengan restu ibu dan bapa. Takdir cinta pertama mereka kini sudah bernafas kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience