BAB 9

Drama Completed 3162

“Mengapa ayah cakap macam tu? Bukankah itu jugak salah satu syaratnya? Karnain tak faham pendirian ayah dalam soal ni. Macam pendirian Mak Leha jugak!”

Mendengar nama Mak Leha disebut, Haji Tukiman serta merta berkerut dahi. Sejak lama dahulu, ada kisah antara mereka berdua. Sehingga kini semuanya kekal sebagai rahsia. Seperti pendirian Mak Pia, Haji Tukiman juga semacam kurang merestui hubungan antara Karnain dengan Feridee. Karnain nampak sugul. Mungkin dia kecewa dengan jawapan ayahnya itu. Haji Tukiman juga serba salah tetapi dia tidak mahu Karnain terus kecewa nanti.

“Tanpa restu orang tua, tak ke mana cinta kamu berdua tu!”

“Sebab itulah Karnain nak minta restu dari ayah!”

“Bukan ayah tak restu tapi takut kau akan kecewa. Ayah yakin, Mak Pia mesti ada alasan untuk tak terima kau…”

“Tapi apa sebabnya? Jangan ingat penanam sayur macam Karnain ni tak mampu nak sara hidup anaknya tu!”

“Kau kena banyak bersabar. Niat yang baik, pasti akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Sebagai lelaki, kau kena terus kuat dan bersemangat. Ayah yakin, jika Feridee tu jodoh kau, perkara tu tetap akan berlaku. Cuma masa yang akan menentukan. Jangan berhenti berusaha, harapan kau tetap ada, percayalah!” nasihat Haji Tukiman apabila melihat Karnain seperti seorang yang hilang semangat. Sedikit tekanan dan cabaran menjadikan dia seorang yang lemah dalam pendirian.

“Macam mana Karnain nak bersabar kalau perkara ni buat hati sentiasa bimbang!”

“Kau jangan bimbang, nanti ayah minta tolong Mak Gayah risikkan Feridee untuk kamu. Apa pun keputusannya, kau kena redha.”

Karnain menoleh ke arah ayahnya. Lega sedikit perasaannya dengan jaminan itu. Sekarang dia sudah boleh tersenyum. Menanti impian bahagia menjadi nyata, segala rasa terbang bercempera merata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience