"Bye Abdullah, jumpa esok".
"Bye....". Abdullah tidak pulang ke rumah sebaliknya mengikuti Atykah dari belakang sehingga tiba di kampung Jiniyang. Dia menyorok di dalam semak untuk mengetahui apakah dia manusia ataupun bukan.
Atykah menuju ke sebuah hutan, dia menaiki buaian yang pernah menjeratnya. Di sinilah tempat persinggahannya dan sekolah itu tempat tidurnya. Kejadian itu masih terngiang-ngiang di dalam kepalanya.
£ ¢ € ¥ ?
"Nor atykah binti Aziz!". Namanya dipanggil untuk mengambil result SPM di dalam dewan MRSM kampung Jiniyang yang ramai orangnya.
Sepanjang tahun dia berada di MRSM, dia selalu mendapat ranking nombor 1 di kelasnya. Tapi tahun tu lain sikit. dia dibuli oleh sekumpulan pelajar junior sehingga membuatkan dia tidak mampu fokus untuk belajar.
Dia mula terketar-ketar untuk mengambilnya kerana dia tidak mahu gagal dan tak boleh gagal sama sekali.
Apabila melihat sahaja results yang diberikan guru kelas, dia menjadi cemas lalu ketakutan. Dia perlahan-lahan menuju ke tempat duduknya.
"Kau dapat berapa A, tykah?". Rakan sebelahnya menanya dengan senyuman sinis. Dia juga merupakan pelajar terpintar, Top 2, namanya Ainul Humaira. Dia seorang memiliki wajah yang sangat cantik sehingga dia sendiri tidak henti-henti memuji dirinya sendiri.
Atykah terdiam saja. Tubuhnya mula menggigil.
"Kenapa tu?". Rakan sekelasnya mula menanya.
"Entah. apa yang aku tahu, mak abah dia tu garang, tak boleh fail sikit, kena straight A Jee".
"Ye Ker?".
"Kesian dia kn".
"Maklumlah dia orang berada". Ainul mula mencetuskan kontroversi.
• • • • •
"Mampuslah aku!". Malam itu, dia berada di dalam tandas dengan asyik melihat keputusannya. Tanpa makan, minum dan mandi sejak dari pagi tadi. Keluarganya sudah tentu akan memarahinya.
Tepat jam 1:00 pagi, Dia mengambil keputusan untuk lari dari situ kerana malu untuk bertemu keluarganya dan rakan-rakannya yang lain.
Selepas melihat tiada sesiapa di pondok pengawal, dia terus pecut berlari tanpa rasa takut walaupun di sekitarnya hanya hutan belantara sahaja.
"Huh, Huh, Huh!". Selepas penat jauh berlari, dia terlihat sebuah rumah usang bersama buaian.
Dia duduk di atas buaian yang tidak jauh dari rumah itu untuk menenangkan diri kerana kepenatan.
"Buat apa aku lari, aku mesti hadapi juga, aku minat seni, mana tahu mama bi sokong aku". Dia mula menyatakan hasratnya tapi dah terlambat.
Sebelum dia ingin kembali ke sekolahnya, dia disapa oleh seorang wanita cantik sehingga membuatkannya terpegun.
"Adik nak tak buah ni?". dia menunjukkan sebuah epal emas.
"Nak!". Tanpa memikirkan, Dia terus makan dengan sedapnya.
Semasa dia sedang makan, badannya tiba-tiba rasa seperti tidak boleh bergerak. dia meronta untuk melepaskan diri tetapi tidak bisa.
"Hehehe".
Dia mengikuti wanita cantik itu masuk ke dalam rumahnya.
Dia berdiri di atas bulatan yang dikelilingi lilin. Dilihatnya seorang manusia hangus dihadapannya. Entah apa akan yang dibuatnya. Jeritannya juga tidak dapat didengari.
Wanita itu mula membaca ayat-ayat yang pelik memanggil haiwan peliharaannya untuk mengawal perempuan itu.
Dengan perlahan-lahan, Atykah membuka pakaiannya satu persatu. Lantas dia mengambil keris di hadapannya lalu dipotong tangan kanannya sehingga putus.
"Ahhhh!!!". Kesakitannya tidak tahu nak dibayangkan. darah mula memancut laju keluar.
Dilihatnya manusia hangus tadi mula bergerak sedikit setelah darahnya masuk ke dalam tubuh lelaki itu.
Kemudian dicucuknya perut sehingga terkoyak lalu ditariknya usus sehingga ke jantung.
diambilnya pula jantung lalu dimakannya dengan lahap sekali.
Kemudian kedua Kakinya dipotong bermula kaki kirinya sehingga dia terjatuh baring.
Dengan nyawa ikan-ikan itu, dia masih mengambil keris itu lalu dipotong Kepalanya lalu dihiris perlahan sehingga tercabut.
Sebelum kepalanya dihiris, dia sempat berkata sesuatu...
"Aku..... a... kan..... kem... ba.... li.....!".
"Hahaha, Budak lembab, Tu pun kalau kau boleh". Selepas itu, Keluarlah bayangan hitam dari tubuhnya.
"Bagus!".
Maka, terdamparlah sisa-sisa daging perempuan muda yang tidak berdosa itu.
£ ¢ € ¥ ?
Sedang melihat Atykah, dia terpijak sesuatu. Setelah digalinya-galinya , dia melihat lagi gelang yang pernah dijumpainya tempoh hari. Kali ini gelang itu ada pada tangan tulang yang terpisah dari badan.
Apabila Abdullah ingin mengambilnya , fikirannya tiba-tiba pergi ke tempat lain.
£ ¢ € ¥ ?
Setelah setahun kemudian, semua kembali aman sehingga mereka membuka rahsia mereka sendiri.
"Wei, kau tak rasa ke yang 4 orang lelaki tu Atykah yang buat. Dia nak balas dendam atas kematiannya Kut?".
"tapi bukan aku yang bunuh, aku upah mereka untuk kacau sikit ja, tapi mereka yang melebihi!". Ainul tidak sengaja telah membuka rahsianya yang didengar sepasang mata merah.
"Apa, kau yang upah mereka untuk buat jahat!".
"Eh, dah dah aku nak pergi mandi".
Di dalam bilik mandi, dia terus berada di hadapan cermin, Ainul Humaira memuji kecantikannya.
"Lepas ni mesti tiada siapa yang kalah dari aku".
"kau yakin". satu suara yang dikenalinya muncul di belakangnya.
"Hah, tykah!". Apabila dia mengalihkan kepalanya ke belakang, tiada sesiapa pulak. Perempuan itu masih berada di situ.
"Tolong Atykah, aku minta maaf!". Ainul mengalirkan air matanya kerana badannya tiba-tiba menjadi keras.
"tiada maaf bagimu!".
Ainul yang sudah dikawal oleh Atykah menghentak kepalanya ke cermin sehingga berkecai lalu diambilnya serpihan kaca itu mencucuk mukanya bertubi-tubi sehingga mukanya yang dibanggakan tidak lagi kelihatan.
Tidak habis bergitu saja, dengan kain tuala yang masih dipakai, dia terus terjun melalui tingkap sehingga kepalanya berkecai.
Ahhhhhhh!!!!!!
£ ¢ € ¥ ¶
Atykah tersenyum melihat peristiwa itu. Tiba-tiba dia merasakan aneh pada tubuhnya.
"Eh, kenapa ni!". Atykah merasakan seseorang telah menjumpai mayatnya.
"Ini kamu punya kan!". Abdullah bangun dari tempat persembunyian dan menunjukkan gelang itu
"Jadi kamu sudah tahu ya".
"kamu buat semua sebab ingin balas dendam je, kamu tahukan saya suka kat awak".
"kita tidak boleh bersama walaupun saya suka awak pun".
"jadi awaklah yang membunuh wanita tua itu juga ".
"selamat tinggal Abdullah, jaga diri baik-baik". Badan Atykah mula bercahaya lalu berkecai menjadi kelip-kelip yang sentiasa menemani malam.
Share this novel